Pages

Memaparkan catatan dengan label Sejarah Az. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Az. Papar semua catatan

22 Mei 2011

Teruskanlah Menulis Walau Semiggu Menderita


Sudah dua hari berturut-turut tidak dapat saya membuat sebarang entri terkini. Banyak yang saya mahu sampaikan tapi tidak kesampaian. Seperti yang kalian tahu dalam entri lepas [link], kecederaan ni masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Tapi tangan yang masih lagi dalam kesakitan dipaksa juga menulis untuk anda dan diri ini. Sangkaan saya bahawa sakit ini akan cepat sembuh adalah salah. Malah makin parah rasanya.

Maka dengan itu saya memutuskan untuk bercuti sementara dalam 5 hari. Harap dalam tempoh tersebut dapatlah tangan ni sihat sepenuhnya dan meneruskan tugas saya sebagai designer blogger untuk anda semua. Insyaallah, saya juga berhasrat ingin membuat satu contest untuk semua blogger dan berharap anda menerimanya.

Andai tangan ini tidak lagi mampu menulis mungkin ini adalah tulisan ku yang terakhir. Segala yang saya luahkan adalah nukilan saya sendiri dan kalau ada copypaste tu, mungkin satu dua entri mula-mula dahulu. Saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana hal ini dan terima kasih saya ucapkan pada yang sudi menerima saya seadanya. Saya doakan agan kalian dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang yang mampu bersuara untuk terus menggunakan kuasa dengan sebaiknya. 

Seseorang penulis bukan sebarangan manusia. Kemampuan mereka jauh lebih menyerlah dari mereka yang menyendiri, membisu tampa berbuat apa-apa usaha. Percayalah, andai apa yang anda lakukan ini sebahagian dari perjuangan untuk mendapatkan kebaikan. Saya juga memperingatkan jangan salah gunakan kelebihan. Ingat, menegur dengan berhemah, dan bercakap biar beradap. Wallahualam.


Tulislah dengan akal dan tangan,  
   sampaikan melalui hati yang murni, 
berpandukan Al-Sunnah dan Al-Quran,    
   jangan sampai nafsu mengawal diri...

Mencegah kemungkaran yang terbaik menggunakan tangan, kemudian lidah dan hati.
Ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon tampa buah-buahan.

19 Mei 2011

Kekuatan Ku Kembali Semula


Syukur, kemahiran ku yang sebelum ini lemah kini beransur pulih dengan bantuanNya yang memberikan ku kesihatan ini. Maka dengan ini dapatlah saya memulakan semula kerja seperti biasa. Sebelum ni seperti yang anda tahu saya ada membuat header yang besar selepas terpikat dengan header sayaanonymous.com. Meletakkan konsep seram ala Horror memberikan impak gambaran suasana malam. Tapi kalau header besar semestinya beratnya pun besar dan memberatkan blog biru-malam ini. 


Maka dengan itu, sejurus selepas revolusi perubahan mendadak blog ini [LINK] , maka saya mereka header baru yang nampak lebih ringan dan padat. Saiznya yang kecil dan beratnya yang sederhana kini melajukan lagi kemampuan kepantasan loadingnya.


Setelah beberapa kali percubaan mereka design yang sesuai dengan konsep blog ni, maka saya memutuskan header ini yang akan menjadi penghias ruangan atas blog agar nampak lebih maju dan berseni. Maka dengan ini juga saya memberikan anda peluang untuk menempah rekaan header dan banner dengan harga yang hendah untuk dirangka dan terus direka khas untuk anda. Sebarang rujukan bolehlah menanyakan soalan diruangan komen ini. Kalau sudi marilah kita bertukar banner. Sekian.

17 Mei 2011

Perubahan Drastik Mencari Kelainan

Tangga_perubahan
Siapa saja yang baru melayari blog ini pastinya merasakan sudah tersalah masuk blog. Tidak, tidak sama sekali. Inilah perubahan yang telah saya berjaya lakukan untuk memberikan kepuasan pada diri sendiri dan para pembaca khususnya. Sebelum ni, boleh dikatakan blog ni terlalu lambat loadingnya. Tambahan pula dengan tiada sebarang perkembangan pada blog ini. 

Blog_inspirasi_perubahan
Terima kasih pada blog mereka reezluv.com dan penyuagar.com (akan datang) yang banyak memberikan inspirasi. Sesetengah orang berusaha mahu mencantikkan blog walau apa cara sekali pun, hatta sampai penuh widget dan getget di ruangan blog mereka. Tapi saya hari ni gembira kerana berjaya memberikan rupa yang seringkas mungkin pada blog ini agar isinya dapat memberikan lebih berfaedah dari suatu yang melalaikan.

Perubahan Drastik

Memang perubahan sebegini amat kurang keberkesanan kerana perubahan ini dilakukan dengan mengejut. Boleh dikatakan drastik berubah baik, maka drastik juga selepas itu turun semangatnya, berbanding perubahan secara berperingkat-peringkat ( Peringatan berperingkat bukan bermakna bertangguh-tangguh ). Seperti ibarat menaiki tangga, 
Kalau dah berlari menaiki tangga, kalau tersadung jatuh serius juga luka, tapi kalau berjaga-jaga dalam langkah menaiki tangga, semestinya selamat sampai kepuncak walau lambat seketika.
Jadi oleh kerana itu saya boleh mengatakan kalau ada janji perubahan drastik, itu mungkin hanya janji kosong atau boleh disifatkan sementara. Saya pernah alaminya dan saya jujur katakan saya sendiri pernah melakukannya, Kerana beranggapan ia mampu merubah diri dengan lebih cepat. Mungkin boleh jadi, kalu diri empunya badan kuat dengan motivasi diri yang hebat. 

Jangan kata kosong, kalau tidak mahu ditinggalkan rakan. Jangan kata bongkak kalu diri sendiri sering ada kelemahan, jangan kata kau yang benar jika kebenaran sebenar belum kau pertahankan, tapi jagalah diri sendiri sebelum nyawa dipertaruhkan.

10 Mei 2011

Follower 555 Permulaan Perubahan Drastik


Sudah sekian lama menyepi, kira-kira hampir 2 minggu. Itupun kadang-kadang saja dikemas kinikan post-post baru. Itupun kerana paksaan diri sendiri. Disebabkan terlalu malas, letih, dan tekanan penyebab kemerosotan semangat menulis. Makin hari makin menjunam trafik. Trafik bukan Az kirakan sangat, akan tetapi yang paling memimbngkan kepercayaan pembaca ramai yang semakin berkurangan dan makin menyepi. 

Tiba-tiba hari ni selepas memaksa diri untuk menaip entri "Blogger sombong tidak mahu dikenali" [ LINK ] terus ade semangat nak meneruskan hobi menaip ni. Sejurus selepas itu, banyak idea mencurah-curah aku dapat. Az trus memasang niat. Ak perlukan perubahan drastik! Walau pun risikonya besar, akan tetapi itu saja cara untuk membuakan diri ku ini biasa dengan keadaan kesibukkan ku. 

Terima kasih juga pada follower 555 Amira Chan [ LINK ] yang sudi menjadi follower Az. Tidak dilupekan juga, Shahera [ LINK ] yang sudi membantu capture pic 555 ni. Siap bagi email.. fuh terharu sesangat. Akan ku kenang sampai bebila. Maka dengan ini ak amat terharu pada kalian semua.. Sokong lah daku demi negara tercinta. 

28 April 2011

Follower 500+ berkira dan Follower tiada blog?

Follower_ke500_biru_malam
Hari makin pantas berlalu, dan aku pula masih macam dulu, kadang kala rajin dan kadang kala malas nak update. Semangat seseorang perlu dipupuk dengan bersungguh-sungguh agar terus kuat dalam sebarang ujian, supaya dapat meneruskan kehidupan dengan penuh dengan kesabaran dan kecekalan. Az nak mengatakan sekarang setiap sesuatu yang dilakukan manusia mahukan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Tampa balasan mana mungkin seseorang itu bersungguh-sungguh melakukan kerja tersebut. 
Follower Az baru melepasi angka 500 alhamdulillah. Itu semua adalah kehendak pembaca. Az tidak mahu memaksa untuk follow, dan Az akan follow pada blog yang Az suka.
503 504 506 503 eh?? menurun?? hehhee.. 
Ada yang "unfollow". Tidak mengapa Az tidak kesah. Mungkin kerana blog ini tidak langsung memberi manafaat kepada mereka. Jadi sila tinggalkan blog ku ini. Az mahukan orang yang betul-betul ikhlas (ikhlas ke). Heheee.... Ikut kalianlah, yang pasti Az akan pastikan isi blog ini tidak kosong dan akan memberikan kalian informasi yang sepatutnya.

Ok nak di revewkan blog follower yang ke 500. Tapi tiada blog. Adakah mereka ini pembaca sahaja. Tapi gaya lebih kepada seorang blogger. Tapi kenapa perlu tidak ditonjolkan blog mereka, segan atau tidak tahu. Katakan kalau kau tidak tahu. Az sedia membantu. Kalau ada blog sila linkkan ye Bella Biela. Kepada yang follower 500 terbaru selepas ada yang unfollow harap maaf hehee.. Anda di tagkan juga Cik anggur. Dua-dua tiada blog, Tiada blog ke?

19 April 2011

Follower 444 Menyedarkan Aku


Masa berlalu begitu pantas. Az merasakan makin lama berblogging, makin sayang nak tinggalkan. Pastinya, ada yang bertanya-tanya mengapa Az makin jarang berkarya baru-baru ni. Az kebelakangan ni, terlalu sibuk dengan bermacam-macam hal. Itu kerja, ini kerja, sana pun kerja. 

Aghh!!! alasan..  ini ke nak dikatakan ingin menjadi blogger berwawasan [ LINK ]. Kata nak jadi hebat laa, bermatlamat laa, sembang kencang !!.. Sibuk itu bukan alasan. Tapi malas itu penyebab kegagalan. Yaa Az terpaksa mengaku atas kelemahan diri. Memang diakui malas adalah penyebab kegagalan. Tapi penyebab utama adalah tiada kesedaran. Kalau tidak sedar, maka diri hilang kewarasan. 

Az cuba memperbaiki lagi kelemahan diri. Harap blogger atau pembaca lain setia memberikan tunjuk ajar kepada Az. Terima kasih pada blogger cik saffa [ LINK ]. Kerana dia blog Biru Malam ini pasti tidak sampai ke angka 444 ni. Tapi tidak dilupakan rakan-rakan lain yang masih memberikan sokongan. Insyallah, Az akan berikan yang terbaik. 

06 April 2011

Follower Angka Istimewa 333 ku

Follower_333_biru_malam
Setelah berjam-jam menunggu nombor bertuah ini. Tidak kusangka, ia akan terjadi sebegini. Serentak dan tak sempat nak snap pic kenanagan. Walau bagaimana pun, masa pantas berlalu. Ini menandakan blog ku ini dah hampir menunjukkan kematangan. Hari demi hari tanpa penat aku memberikan nafas baru pada laman ini. 

Tapi tanpa follower yang ke-332 dan ke-334, tidak mungkin dia akan menjadi follower yang ke-333. Jadi Az memperkenalkan mereka follower bertuah untuk dijadikan hiasan entri hari ini. Terima kasih atas keperihatinan mereka


 334                                       333                                       332

Merekalah tangga kejayaan blog ini, 
yang memberikan kekuatan untuk
 terus berdiri sehingga ke angka ini. 
Terima kasih diucapkan sekali lagi. 

Follower ke 300 yang bertuah!

Setelah berhempas pulas mencari rakan teman seperjuangan. Hari ni telah menemukan aku dengan follower ke 300 ini!. Berkat sengmen brader ben, Az berjaya mencari rakan sebanyak ini. Waah, terharu sangat-sangat. Bukan mudah untuk blogger baru mahu naik. Iaperlukan usaha gigih dan perlu ada sifat tidak pernah jemu untuk berjaya.

Kepada follower ke-300
Pemilik kepada Header paling smart yg Az pernah tengok!
Same konsep sikit dengan Az hehee.. 

Boleh kata otablogger ni, dari 2010
hmpir setahun lebih jugak laa tuu.
nak tau lagi?
mai terjah!! : D

So apa-apa pun thanks for all my follower. 
Az akan terus memperbaiki cara az menulis. Terima kasih.

02 April 2011

Matlamat Biru Malam adalah untuk semua



Memang tidak dinafikan Az adalah pendatang baru dalam dunia blogger. Tapi walau bagaimanapun Az sendiri mempunyai matlamat tersendiri dalam dunia breblogging ini. Setiap sesuatu perkara yang ingin dilakukan mestilah mempunyai kesungguhan. Setiap matlamat pula jangan sampai terlalu tinggi sehinggakan tidak mampu dek akal untuk mencapainya. Kerana ia akan membantutkan semangat kamu dengan mudah.

Akan Az ceritakan apa yang bermain-main didalam fikiran. Dan yang pastinya matlamat ini pukan untuk Az sorang saja, bahkan untuk semua pembaca boleh mendapatkan faedah darinya.

1. Biru Malam Blog
Populariti bukanlah target utama, tapi ada yang lebih utama darinya. Blog yang dikatakan ialah blog ini juga. Biru Malam Blog (BMB) yang mana bakal menjadi sebuah blog yang berfungsi sebagai medium penyampaian ilmiah disamping bersantai bersama blogger-blogger lain. Memang bukan senang ingin berjaya dalam dunia blogger, tapi perlukan usaha dan kegigihan dalam sesuatu bidang untuk berjaya. Hari ini Az amat berbesar hati akan kunjungan ramai reader baru. Mungkin ini baharu saja permulaan. Bnyak lagi tangga yang perlu di naiki. Apa-apapun terima kasih, kerana sudi terus menyokong.

2. Biru Malam Arts
Didalam blog lain pula seperti nama diatas, Az ingin membuka ruang atau minat Az sendiri dalam bidang seni. Seperti penulisan, lukisan, photografi, dan multimedia itu sendiri. Dalam ruangan tersebut, Az akan berkongsi hasil art yang dibuat, ataupun mengamil tempahan art dari rakan-rakan lain. Seperti yang kalian tahu sebelum ini saya ada membuat satu artikel yang mana telah Az telah membuka permohonan kepada sesiapa yang ingin menempah Header blog mereka. Itu hanya satu permulaan. Banyak lagi bibit-bibit yang perlu Az rasakan perlu lakukan. 

3. Biru Malam Blogger Trainer
Ini akan tercipta apabila Biru Malam Blog sudah menjadi kenyataan. Dimana Az akan turun padang membantu rakan-rakan lain yang masih baru dalam berbloggr unuk sama-sama naik ke mata dunia. Ini hnya impian Az yang teringin hendak membantu kalian. Az berharap apa yang diimpi menjadikenyatan dan anda dapat berikan sokongan kepada Az insyallah. 

Ini bukan kata-kata kosong, Az akan cuba baiki kelemahan yang ada. Sama-samalah kita tunggu. Hehe.. mesti ramai yang akan gelak. Hahahaa biarlah. Aku hanya nak membuat sesuatu yang aku minat. Siapa yang suka boleh join sekaki tau. Sekian. 

Kalau berkata biar terucap,jangan sampai terkaku tidak berbunyi,kalau ingin dapur berasap,jangan sampai merugikan diri sendiri.

Follower ke 200 yang bertuah!


Pejam celik, pejam celik. Blog Biru Malam sudah mencapai umur cukup dua bulan. Hehe dan sudah pun mempunyai 200 orang anak?? noo anak buah laa. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Az berasa amat bersyukur. Selama hampir dua bulan berblogging, Az dapati banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Sama ada sesama pembaca atau pun pada diri sendiri.

Az mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan yang sudi follow blog baru ini. Semoga blog Biru Malam akan sampai ke muncak kejayaan tidak lama lagi. Matlamat Blog ini sebenarnya, adalah untuk menyamapaikan ilmu disamping bersantai, dan bertukar pendapat. Melalui cara ini, masing-masing akan memperoleh kelebihan.

Doakan blog ini mencapai matlamatnya!

Terima kasih Follower 200
Hehe.. bahase campuran dari gabungan baka bahasa yang berlainan.
Dia kat rumah orang panggil mak cik. Heheh mak cik!! nak ais krim!
Thanks