![]() |
| Malaysia kini kian meROJAK |
Itulah yang bakal diungkapkan oleh generasi akan datang jika kita sekarang sebagai belia tidak mengangkat bahasa melayu keatas. Ini semua gara-gara kereta proton baru PREVE. Aku rasakan seperti terhina dengan meletakkan nama model terbaru tersebut dengan menggunakan bahasa lain. Ya, memang namanya bakal menarik minat pembeli luar. Tapi sampai bila kita nak jadi macam ni? Seperti pencacai dengan tuan pencacai. Seperti dijajah lagi.
Jepun boleh berjaya kerana, bahasa dan budaya mereka angkat ke tahap tertinggi. Banayak buku-buku terkenal barat, mereka terjemahkan ke pada bahasa mereka agar rakyat mereka boleh maju sama. Sampaikan buku-buku dan kajian mereka pula diterjemahkan kepada bahasa barat.
Negara Islam dahaulu, menyediakan ganjaran bagi sesiapa yang boleh membuat terjemahan kitab-kitab dari bahasa lain kepada bahasa arab. Maka sebab itulah pada masa itu zaman Islam maju dan gah di mata dunia.
Pada zaman Kerajaan Melaka, bahasa Melayu dipertuturkan hampir seluruh pelusuk dunia, hanya kerana ingin berdagang di negeri Melaka yang terkenal pada masa itu.
Bangga yoop..
Tapi sekarang, buku teks jadi bahasa Inggeris sebab ilmu tu dari barat dan senang nak sambung belajar. Nama kereta jadi nama bahasa luar. Nama budak-budak melayu sekarang pun dah jadi macam nama mat salleh. Ingat nak jadi artis ke hape?
Ape kejadahnye ni hooook...
Kita kagum dengan nama Mitsubishi sebab ia datang dari Jepun dan bunyinya unik. Agak-agak, kalau nama kereta PERDANA orang Jepun bace, mesti dia rasa lagi unik, betul tak?! Apa-apa pun, aku bangga Malaysia makin maju. :)
![]() |
| Malaysia Hebat |
Bahasa Jiwa Bangsa.. ( tiba-tiba rasa nak jadi patriotik ) hehehe.. Jangan sekali-kali lupa tanah tumpah darah ini.
.jpg)
.jpg)


















