Pages

Memaparkan catatan dengan label Follower. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Follower. Papar semua catatan

13 Jun 2011

Follower ke 600 Selepas Gathering BP

BP apakah itu?
Blogger Perak KOMUNITI atau nama singkatannya BP (bukan stesen minyak bp) adalah satu group blogger yang boleh dikatakan membesar hari demi hari.  Kami menyatukan semua blogger dibawah satu bumbung hanya yang menetap atau tinggal di perak sahaja (itupun ada juga blogger luar yang menyertai kami). Nak join? klik gambar logo BP kat atas tuu OK? hehehe.. . kalu nk borak-borak ni [link] komuniti.


Bersempena follower ke 600 az merasakan, ini adalah satu pencapaian tertinggi blog serba baru ini. Dan follower yang dinanti-nantikan adalah member sendiri hahahahaa... 


Memperkenalkan.. 


Follower ke-600 


Geng BP juga. Adip seorang designer juga nampaknya, movie maker, blogger, dan juga photographer.. Fuh semua dia pegang (ada DSLR juga, tu buat aku jeles). Dia ni seorang blogger yang pemalu jugak la. Kenapa az kata macam tu? klik profile dia ni [link]. Hehee.. langsung tak nak bagi link blog dia. Hahahaha... kalau nak trafik, cepat-cepat letak OK? (nak tengok blog dia, klik gmbar beliau diatas)

Antara perkara yang az paling jelas jeles! Dia orang  dalam BP yang buat vid gathering yang pertama dan yang paling gempak rasanya dari vid gath lain-lain group blogger! Bukan hanya menekankan cerita tentang seseorang blogger then bercerita benda yang sama, akan tapi dia mengolah dari setiap blogger vid tersebut dari suasana dan menjadi satu cerita. Serius, boleh kata tidak boring nak tonton vid yang di publishkannya di 1tube.my (anti youtube.com!). Kalau Anda nak sangat tengok vid tu, klik link ni [link] dan komenlah hasil kerjanya. Setiap komen memberikan ispirasi bukan?

Harapan Blogger semua bersatu dan memberikan yang terbaik pada dunia kita. Semoga jangan salah guna kuasa yang ada.

Maaf ADIB dan pembaca semua, kerana lmbat update entri ini. 

p/s: Update, Gathering BP akan datang bulan Julai di bukit merah. 

19 Mei 2011

Bermula Menyelamat Mangsa Yang Hampir Lemas

Mangsa_hampit_kelemasan
Setelah berminggu-minggu saya tergelumang dalam kesibukan dunia mencari rezeki halal buat diri ini, kerapkali badan menjadi penat dan keletihan. Aktiviti menulis terpaksa dihentikan kerana kemampuan dan kewarasan dibawa arus deras oleh kelemahan diri, dan ditambah pula tangan yang sakit mencacatkan emosi menulis. 

Adakah ini mungkin,
adalah ujian kepada ku...

tempoh penghapusan dosa, ataupun...

DIA menyedarkan aku erti bersyukur padanya...
Alhamdulillah, setelah dua tiga hari ni, dalam tempoh sakit tangan, saya merasakan semangat menulis kembali semula. Walau bersakit tangan dan terpaksa menghentikan kerja mereka design header saya tetap meneruskan niat menulis ini dengan menggunakan tangan kiri. 

Saya nampak bermacam-macam benda yang perlu saya luahkan dan coretkan di sini.  Berkat usaha tiga hari berturut-turut, saya berjaya menaikkan kembali jumlah pembaca blog ini. Dari 20+ kepada 100+ pembaca. Bukan nombor itu memberikan semangat menulis, akan tetapi pembaca yang kerap datang dan memberikan komen itulah yang memberikan saya seribu satu senyuman dan kepuasan dalam penulisan.

Dua_hari_lepas_26_sehingga_150_Reader
Saya perlu berusaha keras untuk menjadikan blog ini medium penyampaian yang dapat memberikan maklumat yang sepatutnya disamping hiburan yang tidak melampaui batasan. Semalam saya berusaha mencari kembali mangsa-mangsa lemas iaitu dikalangan pembaca yang sudah tenggelam dibawa arus. Saya cuba dengan sedaya upaya menjejaki mereka, dan hasilnya,

Semalam_26_hingga_230_Reader
Ini membuatkan saya kembali bersemangat dan berhasrat untuk meneruskan pencarian seterusnya. Mangsa yang hampir-hampir lemas, bersabarlah. Akan AKU berusaha mencapai mu dari terus hanyut dari laman blog saya ini. Harapan saya, saya amat berharap agar dapat mencari kesemua pembaca dari 230 lebih ini kepada keseluruhan follower 585 ini. Sekian.

18 Mei 2011

Follower Ramai Tapi Pengunjung Sedikit

I'm_follow_you_back
Kajian demi kajian mencari point-point penting untuk satu-satu artikel bagi menarik lebih ramai lagi pembaca blog. Disiapkan gambar, diletakkan tajuk yang gempak, dan dipromosikan di segala tempat media bagi mencari publisiti, tidak kira facebook, twitter, mahupun feed subscribe. . . . selang beberapa jam. . . 

Aaaaii.... follower ramai ribuan, yang bace cenonet?? 
pengkomen haram macam nak taknak je??

Itulah yang sering terjadi pada setiap blogger. Masa nak naik tidak kesah  walau bagaimanapun caranya akan diusahakan mencari follower. Samada blogwalking 200 blog sehari, komen blog-blog baru dijumpai, ataupun sanggup shout pada setiap shoutbox yang diterjahnya. Wah dalam masa 3 bulan blog barunya itu mampu mencecah ribuan follower yang follow atas sebab teknik yang masih diamalkan iaitu sistem barter,
Sisterm Barter
Pada zaman dahulu masing-masing memerlukan sistem barter ini. bagi memuaskan hati masing-masing, iaitu suka sama suka, aku suka kau, dan kau suka aku.  
I follow you, then you follow me back
Ohh I love you bebeh...  Me too honey....

Konsep itu masih lagi diamalkan sampai sekarang. Memang bagus, kedua duanya mendapat manafaat masing-masing. Sorang dapat follower, dan sorang lagi dapat follower, deal!! Tapi janganlah merungut,
Blogger, "Kenapa kau tak baca blog aku sayang?" Jawab pasangannya, "Kau hanya nak follower dari dulu sayang ku, bukankah itu janji pertemuan kita pertama dulu?" Blogger, "errr.... Ye ke??"
Sebenarnya kalau anda sudah mulakan dengan sebegitu maka anda akan dapat kembali begitu. Percayalah, first impression sangat penting. Kalau pembaca mula terpikat dengan blog anda dia sendiri follow dan komen artikel, dan dia bakal menjadi good reader. Berbanding blogger yang terpaksa follow sebab ayat touching mintak difollow, dia akan dapat seperti dihajat. Iaitu sebagai follower dan bukannya reader (sila betulkan niat anda)