Pages

Memaparkan catatan dengan label Tips Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Blogger. Papar semua catatan

01 Julai 2011

Menangani idea terlampau blogger - Utusan

Menangani_idea_terlampau_blogger
Siapa yang ada membaca akhbar ini pada hari ni pasti terperasan akan tajuknya. Bukan menyokong tapi kita ambil baik dari buruknya.

Kata-kata dari pada penulis mengambarkan blogger kini semakin bahaya. Antara risikonya golongan ini, menyebarkan maklumat palsu, menokok tambah maklumat yang melampau batas, isu agama yang diberikan hujjah atau dalil dari orang yang bukan dibidangnya atau mahir dalam sudut tafsiran. Penyebaran berita tampa usul periksa, rujukan tampa pengesahan dan kajian yang terperinci bakal mengundang kecelaruan maklumat dan membantutkan ilmu pengetahuan masyarakat dalam dunia serba moden kini. 

Katanya, perlu ada satu golongan lagi yang mahir dalam sesuatu bidang perlu tampil membetulkan sikap blogger yang membuta tuli ini. Pada pendapat anda siapakah yang layak membetulkan blooger yang menyalah gunakan kuasa ini?

Pada saya dia adalah,

blogger


Yaa, tiada siapa yang mampu mengubah blogger melainkan blogger itu sendiri yang mengubah diri mereka dan seterusnya mengubah persepsi masyarakat terhadap blogger. Tiada golongan lain lagi yang mampu mencapai kebolehan blogger yang mana kebolehan mereka melampaui batasan penulis biasa yang pada  hakikatnya, mereka menerajui ruangan maya dengan begitu mantap sekali. Hatta seorang penulis hebat sekalipun jika menulis diruangan blogger pun belum tentu mendapat perhatian melainkan dia menjadi seperti kami, seperti seorang blogger dahulu.

Rakan-rakan sekalian, kita sebelum berbicara, sebelum berkata, dan sebelum membuat keputusan, pastikan Kita mengkaji dahulu apa yang nak diulaskan. Apa yang ditulis biar bertepatan dengan apa isi kandungnya. Ini adalah untuk membantu orang lain atau memudahkan masyarakat akan datang menilai isi yang disampaikan. 

Blogger adalah sama dengan penulis, bahkan lebih besar tanggungjawabnya dari penulis biasa. Kerana dari penulisan blogger ia boleh menjadi rujukan plajar-pelajar IPT sekarang yang mana gemar menggunakan saluran Google sebagai enjin pencarian apa saja. Maka dengan itu tulislah dengan sebaik mungkin.

Pada penulis atau ilmuan di luar sana, Harap anda bersama kami membawa ilmu pengetahuan didalam ruangan maya ini agar dapat dimanafaatkan bersama. Ilmu perlu seiring dengan zaman tenologi agar dapat disuaikan pada waktu kini,

Kita sebagai blogger harus juga ada disiplin tersendiri. Jangan cemarkan budaya ilmu ini. Sekian.


Pena umpama sebilah pedang
 keybord umpama pistol laser
kalau benar ingin berperang
 sunnah dan quran menjadi sumber

18 Mei 2011

Follower Ramai Tapi Pengunjung Sedikit

I'm_follow_you_back
Kajian demi kajian mencari point-point penting untuk satu-satu artikel bagi menarik lebih ramai lagi pembaca blog. Disiapkan gambar, diletakkan tajuk yang gempak, dan dipromosikan di segala tempat media bagi mencari publisiti, tidak kira facebook, twitter, mahupun feed subscribe. . . . selang beberapa jam. . . 

Aaaaii.... follower ramai ribuan, yang bace cenonet?? 
pengkomen haram macam nak taknak je??

Itulah yang sering terjadi pada setiap blogger. Masa nak naik tidak kesah  walau bagaimanapun caranya akan diusahakan mencari follower. Samada blogwalking 200 blog sehari, komen blog-blog baru dijumpai, ataupun sanggup shout pada setiap shoutbox yang diterjahnya. Wah dalam masa 3 bulan blog barunya itu mampu mencecah ribuan follower yang follow atas sebab teknik yang masih diamalkan iaitu sistem barter,
Sisterm Barter
Pada zaman dahulu masing-masing memerlukan sistem barter ini. bagi memuaskan hati masing-masing, iaitu suka sama suka, aku suka kau, dan kau suka aku.  
I follow you, then you follow me back
Ohh I love you bebeh...  Me too honey....

Konsep itu masih lagi diamalkan sampai sekarang. Memang bagus, kedua duanya mendapat manafaat masing-masing. Sorang dapat follower, dan sorang lagi dapat follower, deal!! Tapi janganlah merungut,
Blogger, "Kenapa kau tak baca blog aku sayang?" Jawab pasangannya, "Kau hanya nak follower dari dulu sayang ku, bukankah itu janji pertemuan kita pertama dulu?" Blogger, "errr.... Ye ke??"
Sebenarnya kalau anda sudah mulakan dengan sebegitu maka anda akan dapat kembali begitu. Percayalah, first impression sangat penting. Kalau pembaca mula terpikat dengan blog anda dia sendiri follow dan komen artikel, dan dia bakal menjadi good reader. Berbanding blogger yang terpaksa follow sebab ayat touching mintak difollow, dia akan dapat seperti dihajat. Iaitu sebagai follower dan bukannya reader (sila betulkan niat anda)

09 Mei 2011

Faktor Utama Kunjungan Tidak Dibalas Blogger

blogger_pemalu_atau_tidak_reti_menyapa
Dengan cara mereka yang tidak meninggalkan link pada profile seperti memanggil orang kemudian menyorok.. ape kejadahnya itu? malu untuk memperkenalkan diri atau tidak tahu caranya untuk memperkenalkan diri?? heheeheee..... ak hantuuu :P adoi...
Kebelakangan ni ramai pembaca yang datang membaca isi blog dan meninggalkan link mereka di ruangan komen ataupun di shoutbox ni. Tapi ada juga yang malas nak tinggalkan banyak jejak-jejak. Paling kurang salah satu dari jenis jejak adalah dengan cara komen link, shoutbox teks ataupun menjadi follower.. Mungkin mereka merasakan cukup sekadar satu jejak sudah memadai. 

Tapi bagi Az kalau betul-betul mahu diterjah kembali oleh blog yang anda singgah sepatutnya anda membuat dengan cara yang betul seperti meletakkan link blog pada mesej di shoutbox dan link pada komen. Lagi banyak lagi tinggi kebarangkalian dijejak kembali. Tapi ada satu langkah lagi yang patut seseorang blogger ni tau dan semestinya persedian ini adalah paling penting! Kalu anda tidak buat ni, maka anda akan kerugian sampai bila-bila. (terserah mahu tau atau tidak, tentang apa yang saya ingin sampaikan ini.)

Mungkin ada yang tahu cara hendak melakukan ini, atau tidak tahu fungsinya atau memang mereka tidak mahu blog mereka dikunjungi. Terserah pada hak masing-masing. 

Hari ni Az nak mengfokuskan link utama seorang blogger supaya mudah dirujuk, iaitu melalui profile blogger. Memang sesetegah orang tidak mempedulikan bahagian ni, tapi pada hakikatnya bahagian inilah yang paling mudah untuk dijejak. Macam ni,

(Klik Gambar untuk kejelasan)

1A-cara_edit_profile
Jika anda tidak meletakkan link blog pada laman ni, anda akan sukar dijejak oleh blogger lain. Seperti gambar di atas, yang mana hanya ada blog-blog orang lain saja. 

2A-cara_edit_profile
Akibatnya anda akan kehilangan follower atau ganjaran. Seperti contoh, sudah banyak blogger yang Az tidak dapat direviewkan oleh kerana tiada link dan jejak mereka. Kesudahannya, Az tidak dapat mengesan mereka. Sayang sungguh.

Ini langkah untuk membantu anda meletakkan link pada profile.

Bermula di dalam Dashboard..

1B
Klik edit profile untuk meneruskan tutor ini

1C
Klik select blog to display untuk memilih blog yang disarankan.

1D
1E
Tandakan pada blog yang anda mahu dipamerkan. Kalau ada banyak blog, tanda la pada semua blog anda. Kalau mahu blog tertentu tandakan pada yang perlu. Kemudian klik SAVE. Maka ia akan jadi seperti gambar rajah 1A. Tambahan lagi anda juga boleh meletakkan link pada bahagian sini

3A
Dengan mengulangi langkah edit profile, kemudian isikan link blog anda seperti ini,

3B
Selesai mengisi, maka boleh la mengklik SAVE di bawah page tersebut.


Selepas selesai maka anda bakal mendapat kunjungan kembali oleh blogger lain dengan mudah selepas blogwalking.. Insyallah, kalau anda berusaha maka akan anda peroleh kejayaan kelak. Selamat mencuba. 

06 April 2011

Mengejar kekayaan tidak kemana-mana


Ramai yang beranggapan dengan berblogging kita akan memperoleh kejayaan dan keuntungan dengan mudah. Mendapat wang dengan sekelip mata. Memang benar, tapi tidak seperti yang disangkakan mudah dan senang. Blogger bukan kerja mudah, kalau ingin besahaja bersantai mungkin hanya dapat memuaskan hati. Tapi kalau terdetik di hati ingin menjadi blogger sepenuh masa, fikir betul-betul. Ia tdak seperti yang disangka.

Hari ini Az nak bercakap mengenai post seorang blogger sambilan. Mereka dibayangi dengan kejayaan dan keuntungan disebalik menghidupkan sesuatu blog. Mereka mula membuat posting yang banyak. Itu memang bagus, tapi yang menghampakan tidak ada point yang diselitkan. Kalau benar anda menulis sesuatu tentang pengalaman hidup, carilah point yang anda dapat dikongsikan. Bak kata orang setiap yang sudah berlalu itu adalah sejarah, dan sejarah itu boleh dijadikan ikutan dan teladan.

Blogger sambilan ada banyak kelebihan. Kerana melalui kehidupan seharian yang dilaluinya boleh dijadikan entri. Macam mana? kenalah bagi kretif sikit dan sentiasa kena kaitkan degan isu semasa atau sejarah yang sudah berlaku.

Mahu berjaya kenalah berusaha. Kita hanya manusia biasa, tapi kita mempunyai kemampuan yang luar biasa. 

05 April 2011

Ciri-ciri Blogger mesra Komen


Sepanjang program Gegar 1000 blog, membuatkan Az terus merantau hampir 300 blog mencari pengalaman dan kenalan. Apa yang Az dapat ingin dikongsikan kepada rakan-rakan sekalian. Apakah ciri-ciri seseorang blogger itu mesra komen?
( a ) Adakah dia membalas setiap komen yang diberikan oleh pembaca entrinya,
( b ) atau dia bermesra dengan blogger yang telah memberi komen kepada entrinya?
Jawapannya ialah,
( c ) Seseorang blogger memberikan ruangan komentar yang baik untuk pembacanya.
 Kenapa Az katakan begitu? Bagi Az personaly tampa cara (c ) tidak mungkin atau jarang sekali seseorang itu akan menerima komen dari pembacanya. Kerana setiap pembaca adalah cerewet! Az sendiri pun sebegitu, dan itulah namanya hak pengguna.

Anda sebagai seorang blogger, haruslah peka dengan situasi sebegini. Jangan ambil mudah, dan jangan ambil remeh. Kerana blogger yang bombong dan tinggi egonya bakal mengundang kegagalan. Hatta dalam bidang apa-apa pun sekali.

Apakah cara mahu menjadi Blogger mesra komen?


Az mahu anda ikut cara-cara ini satu persatu. Sesiapa mahu ikut teruskan, dan yang mana enggan dan tetap dengan pendirian sila perhatikan,


1. buka Dashboard anda dalam laman blogger.com
2. klikkan Setting dan 
3. klikkan pecahan dibawahnya Comment (boleh rujuk rajah (1) dibawah)


Klik gambar (1) ini kalau mahukan kejelasan
4. klikkan semua seperti didalam rajah (1) diatas. Ada penerangan disediakan.
5. sambungannya di rambar rajah (2) di bawah,

Klik gambar (2) ini kalau mahukan kejelasan
6. Ikut seperti yang diberikan petunjuk dalam gambar rajah (2) diatas
7. selesai menekan klik pada butan Save, anda sudah pun berjaya.
8. ini hasilnya selepas diubah suai menjadi lebih mesra.

Kilk untuk tumbesaran gambar
9. Apa bila di ruangan blog, anda klik bahagian komen. Ini akan keluar dalam bentuk frame yang baru. dengan mudah dan pantas maka anda sudah pun berjaya menjadi seorang Blogger mesra komen.

Ini adalah idea sendiri. Jika berminat untuk berkongsi. Maklumkan dahulu.
Selamat mencuba.