Pages

Memaparkan catatan dengan label Blogger Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger Perak. Papar semua catatan

13 Julai 2011

#4 Wordless Wednesday



Perlu klik gambar untuk lebih jelas  . . . :)


Kerana anda akan faham kalau sesudah 
melihat gambar ni dengan penuh teliti..


( entry hari RABU tanpa ayat )
http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

Ceritakan pada az apa yang kalian faham & pelik :)

13 Jun 2011

Follower ke 600 Selepas Gathering BP

BP apakah itu?
Blogger Perak KOMUNITI atau nama singkatannya BP (bukan stesen minyak bp) adalah satu group blogger yang boleh dikatakan membesar hari demi hari.  Kami menyatukan semua blogger dibawah satu bumbung hanya yang menetap atau tinggal di perak sahaja (itupun ada juga blogger luar yang menyertai kami). Nak join? klik gambar logo BP kat atas tuu OK? hehehe.. . kalu nk borak-borak ni [link] komuniti.


Bersempena follower ke 600 az merasakan, ini adalah satu pencapaian tertinggi blog serba baru ini. Dan follower yang dinanti-nantikan adalah member sendiri hahahahaa... 


Memperkenalkan.. 


Follower ke-600 


Geng BP juga. Adip seorang designer juga nampaknya, movie maker, blogger, dan juga photographer.. Fuh semua dia pegang (ada DSLR juga, tu buat aku jeles). Dia ni seorang blogger yang pemalu jugak la. Kenapa az kata macam tu? klik profile dia ni [link]. Hehee.. langsung tak nak bagi link blog dia. Hahahaha... kalau nak trafik, cepat-cepat letak OK? (nak tengok blog dia, klik gmbar beliau diatas)

Antara perkara yang az paling jelas jeles! Dia orang  dalam BP yang buat vid gathering yang pertama dan yang paling gempak rasanya dari vid gath lain-lain group blogger! Bukan hanya menekankan cerita tentang seseorang blogger then bercerita benda yang sama, akan tapi dia mengolah dari setiap blogger vid tersebut dari suasana dan menjadi satu cerita. Serius, boleh kata tidak boring nak tonton vid yang di publishkannya di 1tube.my (anti youtube.com!). Kalau Anda nak sangat tengok vid tu, klik link ni [link] dan komenlah hasil kerjanya. Setiap komen memberikan ispirasi bukan?

Harapan Blogger semua bersatu dan memberikan yang terbaik pada dunia kita. Semoga jangan salah guna kuasa yang ada.

Maaf ADIB dan pembaca semua, kerana lmbat update entri ini. 

p/s: Update, Gathering BP akan datang bulan Julai di bukit merah. 

08 Jun 2011

Kamera Tidak Menjadi Ukuran

Fotografi_photographer

Saya adalah penggemar seni fotografi selain dari kemahiran seni lain seperti seni lakaran, rekaan, multimedia ataupun lukisan. Fotografi boleh dikatakan seni gambaran yang menceritakan suasana yang sedang dirakamkan, tampa sebarang tulisan mahupun penerangan.

Nak tahu saya pakai kamera apa?? 
tengok ni [link].

Orang kata, yang selalu hebat fotografi adalah yang memakai kamera hitam comot yang mate terjuntai (DSLR). Siapa kata? Kamera tidak menjadi ukuran! Akan tetapi minat, bakat, dan berkat yang menilai sesuatu gambar itu menjadi atupun tidak. Gambar dagi kamera digital pon boleh jadi cantik korang tau! Ni gambar sebelum ni [link].

p/s : Orang yang pakai dslr pon kadng-kadang belum tentu cantik. Tapi brade Reez memang terbaik!

Bagi pengguna kamera biasa jangan terlalu merendah diri akan kekurangan, dan jangan pula terlalu yakin akan kebolehan. Ikut kemampuan, dan kelebihan yang ada. Sentiasa berlatih dan mencari tips-tips yang mencntikkan bakat.

Ini saya sertakan gambar terbaik gathering baru-baru ini... 

 Ni Jacky KOH

Fadil Penyu

Jacky bersama Admiralz Retiss

Gambar Penyu yang paling terbaik

Reez si Photographer, Adi si Vlogger, Ros Nisa is Teacher

Kalau nak tengok lagi, tengoklah link ni [biru arts]

Teknik dan bakat saya tidak sehebat mana. Tapi saya sendiri puas hati dengn hasil kerja ni. Sekurang-kurangnya lebih baik dari sebelum ini. So, Saya nak minta komen gambar-gambar ni boleh tak? Takmau mengampu mengipas tau.. hehe.. 
hheheehee.. teguran yang membina adalah teguran yang datang dari hati yang ikhlas.. 

27 April 2011

Bila Syaitan Merasuk Maka Badan Menjadi..

Bila_syaitan_menggila_merasuk_diri
Bila orang sudah membenci kita, apa yang kita lakukan dan usahakan pasti menjadi seperti rumput dijalanan, yang mana kewujudannya tidak dihiraukan. Sedangkan tampa rumput itu sudah pastinya sebuah padang menjadi gersang dan kelihatan merah tanahnya dan lecah diwaktu hujan. 

Bila marah semua kerja tidak menjadi, seperti memijak kuman sampai mati. Bila semua benda tak menjadi, habis orang lain menjadi mangsa semburan naga berapi. Kenapa tidak lihat kelemahan diri, dan mengapa mencari alasan melepaskan diri. Kalau kau betul-betul pasti mahu mencari kebenaran dalam diri, pergi bangun dan solat hajat bersama solat dhuha, insyallah diberi hidayah dan dimurahkan rezaki.
Blogger benci blogger, 

blogger dengki sesama sendiri, 
blogger nak bunuh diri, 
blogger kena tangkap lagi, 
blogger penjenayah, 
dan blogger anti blogger???

Semalam group kami Blogger Perak diserang kulat jangkitan virus kemut semut sedut buat pertama kalinya. Bertempatkan di wall group facebook BP [ link] tiba-tiba ada seorang yang baru masuk membawa sahabatnya mula berborak diruangan tersebut. Tapi yang peliknya, mereka mula berborak mengenai topik yang pelik-pelik. Sampai menimbulkan rasa tidak senang pada kami. Ada yang menegur dan mereka mula naik berang.

Habis semua orang dia komen mencarut memaki macam anjing bercakap. Fuuhh... Pedass... Hanya mereka yang berada di sana sahaja dapat mengagak situasi tersebut. Dalam 15 minit semuanya beransur pulih, selepas berjaya ditendang keluar dari group oleh admin yang penuh dengan sopan dan santunnya. Walaupun ianya sudah reda akan tetapi luka dihati ahli masih merah berbirat-birat. Harap semua ahli dapat menerima pengalaman ini dengan terbuka. Paling yang Az tidak tahan, mereka siap memperomosikan page "ANTI Blogger" sedangkan mereka itu sendiri blogger. Hehehehe nampak sangat dengkinye. Maka dengan itu dengan suka citanya dimaklumkan,

Bila Syaitan Merasuk Maka Badan Menjadi Busuk. Sekian.

24 April 2011

Free Design Tshirt Blogger Perak


Sebelum ni sudah di war-warkan oleh admin group Blogger Perak iaitu KSP bersama Eija meminta untuk sesiapa yang dengan suka rela ingin mereka design tshirt untuk group tersebut. Sudah lama Az ingin buat, tapi  terbengkalai kerana kekangan masa dan sibuk dengan kerja. Tapi alhamdulillah, Az berjaya menyiapkan rekaan yang harap-harap memuaskan hati mereka. Segaja Az mereka banyak rekaan kerana idea Az terlalu mencurah-curah. ( ingat nak je buat berlambak-lambak, tapi takot rambang mate laa pulak, macam masok kedai baju) Ni adalah yang terrrbaik dari yang terbaik dari semua rekaan Az sendiri. Harap mereka atau anda sendiri boleh komen rekaan ini.

Rekaan Az berpandukan bendera perak sebagai inspirasi dan gabungan perkataan yang membawa makna majmuk yang lebih erat seakan-akan keluarga.



4 rekaan simple
Ini adalah 4 rekaan simple yang Az berjaya merekanya. Rekaan simple amat sesuai bagi mereka yang mahukan bajet yang rendah dan selesa harganya.

A1                                A2

A3                                A4

4 rekaan sentuhan seni
Ini pula hasil 4 rekaan sentuhan seni dari Az. Rekaan ini sengaja diberi keserian supaya nampak lebih kemas dan sesuai dengan corak. Amatlah sesuai bagi meraka yang mementingkan penampilan.

B1                                B2

B3                                B4

6 rekaan belakang
Ini pula 6 rekaan belakang t-shirt yang direka khas untuk blogger perak. Ia direka berbagai-bagai jenis untuk memudahkan pemilihan rekaan.

C1                                     C2

C3                                    C4

C5                                    C6

Tshirt berkolar
Az amat mengesyorkan rekaan ini. Tshirt berkolar yang nampak lebih kemas dan bergaya. Pemakaiannya yang universal, sesuai pada majlis rasmi atau santai. 

 E1 Belang lengan putih kuning

E2 Belang lengan putih sahaja

Tarikh yang dijanjikan kalau tidak silap sudah pun lepas. Tapi sengaja Az buatkan untuk tatapan semua. Maka Az amat berharap pembaca atau ahli BP menyukainya. Kalau sudi sila nyatakan komen atau cadangn pada design Az ni dan sertakan pilihan anda.

10 April 2011

Gandingan Blogger Perak bersama Sahabat Blogger



Gunung_lang_Blogger_perak

Baru saja pagi tadi Az ada gathering di Gunung Lang bersama ahli group Blogger Perak (BP) LINK ]. Az sampai awal jam 10 pagi (semangat betul kau ni?). Tapi ramai yang datang lambat ataupun aku yang awal sangat? (konfius). Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walau aktiviti nampak biasa bagi sesetengah orang yang datang, tapi bagi aku itupun sudah cukup untuk pengalaman gath yang pertama buat BP kali ini. Tidak ada yang sempurna untuk kali pertama. 

Az sempat berkenal-kenal dengan ahli yang rapat dan tidak pernah kenal. Ada juga yang baru masuk BP. Selamat datang diucapkan. Perjumpaan ni juga sedikit sebanyak membuatkan semangat ku bertambah-tambah untuk meneruskan niatku untuk berblogging tambahan pula apabila mendengar matlamat KSP (admins) dan rakan-rakan lain dalam BP yang jauh pandang kehadapan. Bukan sahaja matlamatnya kearah semangat berbloging itu sendiri, bahkan bermanafaat untuk masyarakat sejagat. 

Matlamat utama sekarang adalah mengumpukan blogger perak bagi melebarkan lagi sayap group BP ini keserata perak. Apa yang Az nampak kekuatan BP ini bertambah kukuh dengan sokongan padu oleh blogger aktif seperti KSP (admin), Eija (admin), Fadil (orang kuat), dan Admiral (blogger terkenal) tambah-tambahan lagi orang besar SB si Amal (yang suka beramal sifatnya). 

Kepada blogger atau pembaca yang asal dari perak atau
 tinggal di perak berminat untuk menyertai 
amatlah digalakkan, dan yang bukan dari perak adalah dialualukan. 


Kenangan_Gathering_blogger_perak_2011
Kalau nak tengok gambar-gambar yang hadir boleh klik link ni [ LINK ]

Semoga BP mencapai matlamat dan sekaligus berusaha mengubah persepsi masyarakat bahawa  kami blogger tidak ada life sendiri adalah tidak benar.