Pages

Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan

19 April 2012

Awas bulu babi di sekitar anda!

Awas ia di sekitar anda

Aku cakap terus terang, bulu babi ni dah semakin berleluasa sebenarnya sekarang ni dan ianya mudah sangat dijumpai dimana-mana saja yang kita tidak sangka! Dahulu kita mengadakan sifat berjaga-jaga terhadap bulu berus lukisan, yang mana ada sebahagian pengeluar menggunakan bulu babi ni sebagai material berus lukisan. Huh! sia-sia je ibadat ow kalau kena..

Nak dijadikan cerita, jeng jeng jeng...

Baru-baru ni ada sorang kawan teringin nak beli patung Smurf 3D yang baru deme tengok beberapa hari yang lalu, di salah sebuah kedai cendera hati ( haa.. mesti da dapat agak ending cerita dia kan? ). So belek punya belek, dan jumpa juga akhirnya keychain ( kawan amik pompuan, dan watak pakcik ). Tiba-tiba uncle tokey kedai tu kate, 

"itu patung you tak boleh amik" kata tokey tu dengan perihatin.
"kenapa pulak?" pelik sambil bersangka buruk ( hai, ni kedai ni main pilih pelanggan ke ) 
"sebab you tak boleh beli laa" jawab tokey tu.
"sebab tak suke I ke?" muke pelik
"hayya... itu janggut patung ar, dibuat dari bulu babi lorr!! you tak boleh sentuh bukan?" 
"what??!" (what the fuffffuufff !! )

So, moralnya dalam kisah tadi, Jangan bersangka buruk, pullstop

Jadi, marilah kita sama-sama memperingati sahabat-sahabat lain diluar sana. Adalah diharapkan, pihat yang bertanggung jawab dapat merungkai misteri bulu babi dalam barang perhiasan juga. 

Sekian.

15 April 2012

Tahun 2012 adalah hari Kiamat?

Tahun 2012 adalah hari Kiamat?

Banyak penilik-penilik nasib dari serata benua mengatakan ada petanda kiamat pada tahun 2012 dan menurut mereka lagi pengiraan tersebut tidak pernah salah dari dahulu sehingga kini. Kata ahli pra sejarah menjumpai kalender purba yang menyatakan ada bencana besar pada tarikh tersebut. Kata para saintis pula, bumi semakin tua dan hampir mengalami kemusnaah dalam tahun yang lebih kurang juga. Ahli-ahli astronomi pula tidak telepas dari membuat kajian mencari petanda makna bahawa bumi akan dilanggar sebuah planet pada tahun tersebut. 

2012

Adakah ianya benar-benar akan terjadi ? 

Rata-rata ummat Islam menyanggah pendapat-pendapat mereka dan menyatakan tarikh kiamat adalah diluar pengetahuan manusia, yang mana Manusia kemampuannya itu cukup terbatas. Sepertimana yang kita tahu, menilik adalah sesuatu yang kurang pasti dan juga belum tentu sama ada ianya benar ataupun sebaliknya.  Menilik adalah sama seperti konsep melempar syiling dan meneka sama ada satu bunga ataupun kepala, ianya boleh jadi salah atau betul. Namun ianya syirik untuk diikuti. Kiamat tidak dapat diramal. Itu terang-terangan lagi sudah diberitahu-Nya kepada nabi kita.

Ia boleh terjadi atau belum masanya lagi.

Tapi ia tidak mustahil, setiap sesuatu Allah jadikan fitrah sesuatu benda ada ilmunya. Saya tidak kata ianya benar, tapi bersedialah, kiamat makin menghampiri. 10 tanda kecil sudah lama berlalu. Kita hanya menunggu saat-saat akhir dimana 10 tanda kiamat besar berlaku. Mungkin ianya petanda permulaan kepada kehancuran. Siapa tahu?

3 gempa bumi, tanda-tanda kiamat besar. Berapa kali gempa bumi yang besar telah meragut nyawa manusia? jepun, tsunami, hayati, baru-baru ni ada lagi bukan...??

Masa masih ada jangan dipersia, sehinggalah matahari terbit dari barat semua pintu taubat tertutup. Dengar khabar saintis luar, banyak plenet yang sudah mula berpusing melawat orbitnya. Bumi bakal menyusul.

17 Mei 2011

Perubahan Drastik Mencari Kelainan

Tangga_perubahan
Siapa saja yang baru melayari blog ini pastinya merasakan sudah tersalah masuk blog. Tidak, tidak sama sekali. Inilah perubahan yang telah saya berjaya lakukan untuk memberikan kepuasan pada diri sendiri dan para pembaca khususnya. Sebelum ni, boleh dikatakan blog ni terlalu lambat loadingnya. Tambahan pula dengan tiada sebarang perkembangan pada blog ini. 

Blog_inspirasi_perubahan
Terima kasih pada blog mereka reezluv.com dan penyuagar.com (akan datang) yang banyak memberikan inspirasi. Sesetengah orang berusaha mahu mencantikkan blog walau apa cara sekali pun, hatta sampai penuh widget dan getget di ruangan blog mereka. Tapi saya hari ni gembira kerana berjaya memberikan rupa yang seringkas mungkin pada blog ini agar isinya dapat memberikan lebih berfaedah dari suatu yang melalaikan.

Perubahan Drastik

Memang perubahan sebegini amat kurang keberkesanan kerana perubahan ini dilakukan dengan mengejut. Boleh dikatakan drastik berubah baik, maka drastik juga selepas itu turun semangatnya, berbanding perubahan secara berperingkat-peringkat ( Peringatan berperingkat bukan bermakna bertangguh-tangguh ). Seperti ibarat menaiki tangga, 
Kalau dah berlari menaiki tangga, kalau tersadung jatuh serius juga luka, tapi kalau berjaga-jaga dalam langkah menaiki tangga, semestinya selamat sampai kepuncak walau lambat seketika.
Jadi oleh kerana itu saya boleh mengatakan kalau ada janji perubahan drastik, itu mungkin hanya janji kosong atau boleh disifatkan sementara. Saya pernah alaminya dan saya jujur katakan saya sendiri pernah melakukannya, Kerana beranggapan ia mampu merubah diri dengan lebih cepat. Mungkin boleh jadi, kalu diri empunya badan kuat dengan motivasi diri yang hebat. 

Jangan kata kosong, kalau tidak mahu ditinggalkan rakan. Jangan kata bongkak kalu diri sendiri sering ada kelemahan, jangan kata kau yang benar jika kebenaran sebenar belum kau pertahankan, tapi jagalah diri sendiri sebelum nyawa dipertaruhkan.

01 Mei 2011

Maruah Serendah 20sen

nilai_20sen_memusnahkan_bumi
"Kak, hari ni sabtu kempen "saturday no plastic bag". Kalau nak pakai jugak, kena bayar 20sen boleh ke" Tanya juruwang. Jawab pembeli tersebut, "Alaahh ... takpe, takpa, amik laa seringgit ni. Bukan mahal pun. takpa, lebih tu masuk poket ye dik". 
Apa yang kalian boleh simpulkan dari situasi ni. Makcik tu murah hati? Makcik tu berbudi bahasa? atau Makcik tu golongan kaya raya? Jawapannya, Makcik tu tidak faham erti isu semasa. Fine baik duk hutan je.
Kempen pengurangan penggunaan plastik. Semua orang sudah sedia maklum, kita perlu ada kesedaran demi menjaga bumi ini dari musnah dengan pencemaran yang makin menjadi-jadi. 
Pada pandangan Makcik tersebut, plastik barang keperluan, tak perlu susah-susah nak bawak beg berat-berat untuk membeli belah. 20sen harga yang murah berbanding tenaga yang dihabiskan membawa beg galas. Boleh la terus buang kalau kotor beg plastik tersebut.

Pada pandangan Az pula, adakah keperluan jika tahu plastik penyebab pencemaran. 20sen bolehkah nilai itu membantu pencemaran dari terus berkurangan? Adakah 20sen tersebut dimasukkan dalam tabung pencegahan pencemaran? adakah hanya bergantung pada kerajaan untuk memulihara kebaikan bumi ni? Adakah anda tidak kesah 20sen itu penyumbang kemusnahan alam semesta? 20sen itu segala galanya. Nak ke shoping complex letak harga satu beg RM10? 

Murah betul maruah masyarakat sekarang, kerana sanggup menyumbang lagi kemusnahan yang ada pada bumi. 20sen itu hanya pada yang betul-betul memerlukan beg plastik saja. Anda yang mampu, bawalah beg, atau troli sendiri. Kurang kan pencemaran. Jangan jadi penyebab kemusnahan atas sifat murah hati anda dari nila 20sen tersebut.

30 April 2011

Mengenali Seseorang Melalui Perlakuannya

Gila_shopping_tak_ingat_dunia
Waah baju ni cantik! eh.. eh.. tak ada saiz pulak. Emm... haa baju ni nampak menarik sangat-sangat. Tapi.. jap-jap, mungkin kat bawah rasanya (tanganya terus menarik-narik baju itu keatas). Haa.. da jumpa! laki I mesti suka baju ni.. (jalan berlalu meniggalkan raga baju yang pakaiannya berlonggokkan).
Pada pandangan sesetengah orang itu perkara biasa. Pembeli ada berbagai ragam, meninggalkan begitu, melipat caca merba, buat muka tidak bersalah, dan kadang-kadang berlagak seperti pemilik shoping complex dengan mengatakan "maaf ye dik, saya saja nak bagi kerja" (kata kepada aku yang bekerja sambilan semaktu dulu). Heyy, mak cik tidak beri saya gaji ok! (jerit dalam hati sambil menampilkan senyuman manis sebagai tanda mengharapkan dia pergi dari ku). Itulah hakikatnya.

Dalam suasana sibuk membeli-belah bersempena minggu gaji bulanan, ramai berpusu-pusu mencari barang sampingan dan keperluan hidup seharian. 

Apa yang Az dapat dari pengalaman itu, adalah kita dapat mengenali seseorang itu melalui perlakuan. 80% dari percakapan adalah perlakuannya dan perlakuannya menampakkan peribadi seseorang. 

Situasi : Seseorang lalu di tempat jualan murah, lalu ternampak pakaian terlipat rapi dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang memuaskan.  

1.  Orang yang mencari dengan perlahan-lahan dan melipat baju tersebut sambil lewa 
---> bersahaja yang selalu kurang berbicara. 
2.  Orang yang mencari dengan teliti dan melipat seperti sediakala 
---> pandai menjaga hati orang lain 
 3.  Orang yang mencari memunggah tampa perasaan dan membiarkan baju tersebut  
---> pentingkan diri sendiri dan segala-gala yang disayanginya.   

Itulah yang dapat datang dari pengalaman untuk dikongsikan. Walau apapun yang kawan atau orang yang terdekat melakukan sesuatu, anda pasti dapat membaca hatinya. Lihat perlakuannya, lihat responnya, perhatikan gerak gerinya, dan cuba buat catitan. Rumuskan apa yang ada dapt. Insyallah 80% anda dapt kenali dirinya.

29 April 2011

Study Blogging Santai Bersosial Dalam 1 Masa


McD_bersarapan_berblogging_study


Suasana pagi yang menyenangkan hati membuatkan aku saja hendak merasa bersarapan di McD sambil update blog ditemani rakan-rakan (tak penah buat sebelum ni). Pengalaman pertama yang mengubah persepsi kepada dunia sekarang, yang mana study boleh dimana-mana.

Siapa kata belajar perlu di dalam pusat sumber atau bilik bacaan. Kita boleh study di kedai makan atau mana-mana restoran yang ada keselesaan. Tambahan lagi sekarang banyak kemudahan yang diberikan untuk kebaikkan pengguna, seperti wifi percuma. Bak kata orang boleh la mengulangkaji pelajaran secara santai. Tapi kalau ada bunyi bising-bising tuu sabar je la.. maklumlah tempat awam. 

Istimewa McD bagi aku hehehe, leh refill kopi banyak kali hahaha dan malam leh refill coke free.. huahahah lumayan!!! bak kata orang rezeki jangan ditolak, lapar jangan dicari. Gunakan kelebihan yang ada. Bila tengok kat sini, Az nampak ramai anak cina study kat sini. Tapi anak melayu berdating, berpotpet (bukan makcikpopet ), dan menonton bola. Tak salah, tapi biar itu jadi sampingan, dan utamakan yang lebih utama.

Apa-apapun jagan salah gunakan keistimewaan yang ada. Kalau kata diri tu tak boleh study dalam bilik, mai try cara ni pulak. 

Tiap-Tiap Sesuatu Ada Baik Buruk

Baik_buruk_lumrah_kehidupan
Tidak pernah lari dari hakikat, tiap-tiap perkara ada baik ada buruk. Hatta perkara baik sekalipun ada kekurangannya dan ada kala yang buruk itu adalah paling baik buat kita. 
Dua perkara,  
BaikBuruk     BermanafaatMelalaikan        BerbudiJahat
Biarpun susu Anlene banyak mana vitamin pun pasti ada buruknya, seperti mahal sangat harga, bukan sebarangan orang boleh minum dan lain-lain. Badan berketul nampak hebat dan gagah, tapi kekurangannya banyak berbelanja memakan vitamin, telur, dada ayam dan yuran gim yang tinggi demi mengekalkan kestabilan badan berbanding manusia biasa yang dapat berjimat didalam bandar yang nilai tinggi mata wangnya. Begitu juga kereta dan motor, bila hujan kereta selamat tapi bila trafik jem memang lambat, berbanding motor pula sebaliknya. 

Tiap-tiap perkara ada baik buruk. Jangan katakan semua ini buruk dan semua itu baik, melainkan yang kekal  sempurna hanya Dia dan kita pula sentiasa ada kelemahan tersendiri. 

Kalau kau kata tidak hensem, maka cari kelebihan mu itu. Siapa tahu kau lebih hebat, pandai, berharta, berhati mulia dari mamat hensem yang hanya tau melepak tepi jalan merempit tiada hala tuju tu. Perempuan pula kalau cantik sangat menjadi perhatian jejaka dan sentiasa menjadi buruan, tapi pada yang kurang menarik semestinya dia ada kelebihan tersendiri sama ada sifat anak yang taat, ikut perintah Allah, dan menutup aib. Tapi, walau apapun hanya diri sendiri dapat menilai perkara tersebut. 

Jangan bersedih akan tiap-perkara. Kerana pasti ada hikmah di sebalik tiap-tiap satu perkara. Siapa lebih tahu dari maha berkuasa yang mengetahui segala-galanya. 

26 April 2011

Jangan Menulis Kalau Tekanan


Jangan paksa menulis entri berlambak-lambak menimbun. Entri yang kosong atau terlalu santai hanya merosakkan kredibiliti anda sebagai blogger sejati. Kini Az nampak terlalu banyak penulis yang menulis kerana mengejar follower dan traffic. Tips brader Ben memang cantik, post entri 10-20 kali sehari, tapi biarlah ada isi, kalau kosong buat apa. Bagi Az Ben sentiasa ada point, melainkan ade sesetengahnya sekadar berita hidupnua (santai memanglah macam tu). 

Kalau anda tidak ada langsung perasaan menulis, sila jagan menulis. Kerana masa itu apa yang anda tulis balak merosakkan blog anda sendiri. 

Sebenarnya Az sekarang ni tengah tekanan, kepala pening, penat, runsing, dan lain-lain. Aghhr!!!!! dah banyak poit di padam, dan di taip tidak menjadi hasil. So pointnya jangan menulis masa tekanan.

21 April 2011

Setia Pada yang Berhati Mulia


Pernah dengar perkataan setia?

Setia ada berbagai rupa, sama ada kerana harta, pangkat, atau ikhlas. Tapi ramai yang mudah mendapat kesetiaan kerana harta kita dan pangkat yang bakal kita beri. Sedar atau tidak kesetiaan yang datag dari keikhlasan lagi hebat bahkan mampu mengalahkan kesetiaan duniawi ini. 

Hampir setahun kami memberi makan kucing, dari sekor kucing jalanan menjadi kucing rumah. Kami beri makan minum, dan jaga dia dengan penuh kemesraan. Makin hari dia makin pandai berdikari. Satu hari bila aku mengelamun di ruang tamu.

Klik gambar kalau mahu tengok gambar lain. [ LINK ]

Ini yang aku lihat. Dia berusaha mengusir kucing-kucing lain untuk masuk kerumah. walau pun kecil dari kucing-kucing lain dia berusaha dengn upaya yang ada. Hampir 3 ekor kucing diluar tuu..  Az tersenyum melihatnya. Itulah setia. Apa yang kalian faham ?

20 April 2011


Seorang lelaki yang usianya dalam lingkungan kanak-kanak datang menghampiri patung yang dipakaikan pakaian terdedah seksi. Bersweter putih nipis terbuka zipnya, dan blouse hitam dari takat dada sampai paha. Budak itu menghampiri tanpa disuruh dia mencapai zip baju itu dan mengzipkan pakaian tersebut sampai tertutup penuh.
"malu.. malu.. malu.. takmau nakal-nakal"
Hehehee.. Apa yang sedara faham? Pada Az budak kecil itu pun sudah memahami baik buruk. Kalian sudah mecapai usia baligh, sudah patut bersedia menghadapi dunia ini dengan kekuatan sendiri. Bukan lagi di bawah kekuatan ibu bapa. Kau sudah besar, kau sudah mampu berfikir mana baik buruk. 

Semalam, kebetulan aku berjalan disebuah pasaraya terkemuka di pekan Ipoh. Berjalan di ruangan pakaian sambil mencari pakaian murah. Tapi aku ternampak situasi ini secara tidak sengaja. Di bahagian pakaian wanita (jangan pikir lain) ada sekeluarga sedang mencari pakaian anak mereka, disitulah terjadinya. 

Datang pekerjanya,
Eeeesshhh.... sapa kacau patung ni. Tadi dah cantik dah....
Apa yang kalian faham agaknya..

11 April 2011

Semangat datang dari hati yang ikhlas



Boleh kata hampir dua hari aku tidak mengemaskini blog. Aku seorang yang sentiasa update entri 3 4 kali sehari dan tidak ada masa pun hendak mengsia-siakankannya. Tapi bila line TM ni tiba-tiba slow yaa amat kebelakangan ni, nak berblogging dan update entri pun hilang semangat. Sampaikan dua hari lepas enti pun tidak ada. 

Mulanya aku merasakan puas yang tidak terhingga. Kerana aku dapat buat bermacam-macam perkara sampaikan aku banyak mengsia-siakan masa dan terlena sehinggakan leka dibuai mimpi. Tapi sampai satu tahap, aku mula merasakan kekosongan. 
"kenapa aku rasa macam kekurangan?"
Aku berblogging bukan kerana paksaan sesiapa tapi kerana aku ada sifat suka berkongsi pengalaman. Bila aku tidak dapat meluahkan pengalaman dan perasaan, diriku mula tidak merasakan lengkap. Kini aku sudah sedar, jiwa ku sudah sebati dengan jiwa blogger. Yaa.. aku kini seorang blogger! Aku tidak boleh memisahkannya dari diri ku mulai hari ini. Yaa.. tidak sama sekali. Go go go blogger..  

09 April 2011

Pokok mampu hidup atas batu, percaya tidak?

Cili_power_sepokok
Hari ni aku terkejut tidak tersangka, cili di rumah aku ni mampu bertahan dan terus membuahkan hasil yang pertama merah menyala. Kalau nak dilihatkan, ruang yang dia perlukan untuk terus hidup amatlah sempit. Dari mana datangnya sumber air dan tanah yang subur?

Sudah sekian lama tempat itu bersimen. Ajaib memang ajaib bagi aku walau pun ianya biasa bagi segelintir orang. Tapi apa mesej yang ingin diberi sebenarnya oleh pokok cili ini, atau ianya hanya kebetulan? Bagi Az setiap perkara yang terjadi mesti ada sebab munasabah yang boleh dijadikan alasan.

Baru-baru ini Az merasakan sudah tidak ada harapan lagi untuk meneruskan kehidupan. Berbagai-bagai halangan yang terjadi pada diri ini. Segala yang dilakukan banyak tidak menjadi. Bagaikan petanda nasib menyuruhku mengundurkan diri. Semakin hari semakin lemah. Aku mengalah seperti tidak terdaya lagi.

Tapi ibu bapa ku tidak putus-putus harapan memberikan berbagai-bagai nasihat dan tunjuk ajar. Aku cuba mengorak langkah mara kehadapan lagi, bersama-sama rakan yang turut memberi bimbingan. Aku terus mara dan kehadapan sekarang, alhamdulillah. Bila aku terlihat pokok ini aku percaya , mungkin pokok itu mengingatkan aku bahawa,

"   Kini usaha ku membuahkan hasil... !!   "
Usaha yang bersungguh-sungguh diiringi semangat yang kental, insyaallah pasti akan berjaya walau bagaimana besar atau rumitnya masalah yang datang itu. Asalkan ada kesugguhan dan tidak ada sifat putus asa. 

08 April 2011

Tanpa lelaki, bagaimana wanita menjaga diri?

Contoh_wushu
Boleh dikatakan, bilangan lelaki semakin berkurangan. Tengok saja di IPTA atau IPTS negara kita sekarang, ramai yang dikalangan mereka ialah golongan wanita. Pada masa akan datang, siapa lagi hendak menjaga wanita yang dikatakan golongan lemah dan sederhana ini kalau lelaki semakin berkurangan. Ini adalah sambungan pada enti sebelum ini [ LINK ]

Kami lelaki boleh lagi menjaga diri, akan tetapi mampukah seorang wanita itu menjaga dirinya di luar sana? Sedarkah kau wahai wanita, kau kini mudah terancam oleh bahaya. Kerana itu kau perlu belajar menjaga diri, belajar berdikari, dan menghindari diri dari bahaya. Kerana di dunia luar sana, terdapai berbagi ragam manusia, tambahan pula lelaki yang bersifatkan haiwan yang tidak dijangak kerakusannya. Memang ada lelaki yang berguna tetapi siapa tahu nasib kadang-kadang belum tentu menyebelahi kita.

Kalau kau mengatakan sudah cukup penyembur lada atau wisel, Az boleh katakan itu belum cukup lagi. Kau perlukan sesuatu ilmu mejaga diri, yang pastinya itu adalah ilmu mempertahankan diri. Tujuan Az bukan mahukan wanita kini menjadi ganas atau keras seperti lelaki, tetapi perlu ada inisatif sendiri untuk menjaga diri. 

Sekarang wanita perlu mengorak langkah lebih jauh, dan pandangan melangkaui zaman. Kalau kata seni beladiri kasar dan merbahaya, cari yang lembut dan sesuai dengan perwatakan anda. Seperti wushu cina Wing Chun kalau minat seni antarabangsa. Tapi saya amat mengesyorkan Seni Silat Cekak Malaysia, kerana ia lebih sesuai dengan wanita Islam melayu yang bersifatkan lembut dan sopan. Mata pelajarannya pula tidak mengambil masa yang lama untuk belajar, berbanding silat lain kata seorag sahabat.

Terserahlah pada diri, kerana kau yang perlu dipertahankan. Kepada lelaki pula sokonglah mereka. Ini demi masa depan. Apa pendapat pembaca sekalian?
Buangkan sifat takut, beranilah menghadapi masa, jangan kau merasa takut, semestinya Dia sentiasa bersama kita.

06 April 2011

Wanita segala-galanya dari isi dunia


Ya itu huruf " ta' " satu huruf yang boleh membawa bencana, bala, dan mala petaka pada sekalian alam jika tidak dijaga dan dipelihara. Sama ada mereka atau kita sendiri yang mengubahnya untuk menyelamatkan dunia dan akhirat nanti. ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu,

HarTa,
Dengan harta manusia boleh menjadi baik, boleh menjadi pembinasa. Sesiapa pun mampu mengawalnya. Pandai guna selamat selamanya.

TakhTa
Dengan pangkat, manusia boleh jadi gila kuasa atau adil saksama. Adil penggunaan kuasa selamat dunia seisinya. Semua terletak pada hati. Mahu jadi adil maka jadilah ia.

Ta yang terakhir ini sekarang paling sukar dijaga. Hanya mereka saja mampu membantu kami (lelaki) untuk teruskan perjuangan.

WaniTa
Dia mampu merosakkan dunia, dia juga mampu menyelamatkan alam seisinya. Hanya mereka mampu menjadikan lelaki gagah perkasa, dan hanya mereka jugalah mampu melemahkan kami semua. Apa terdaya kami ingin menabahkan diri, sedangkan mereka lebih ramai dari kami. Mereka boleh menjadi serangga pemusnah kepada kami sepohon pokok. Mereka juga boleh menjadi bagai bunga-bunga di taman kepada kami si serangga yang hidup bahagia kerananya. Wanita bantulah kami ini lelaki. Walaupun gagah tampa sokongan mu kami goyah.

Sekadar renungan untuk semua.

05 April 2011

Berdoa yang bakal mengundang bala

Jangan_amalkan_seperti_gambar_ini
Sekarang ni Az cukup dah tak tahan tengok filem atau drama yang terlalu over acting ni. Aduh main pakai sental saja. Lagi-lagi babak yang paling aku nak hantam, babak berdoa. Haah.. ingat kite ni macam kucing nak mintak makanan dari tuan ke. Main buat muke sesedih, tengok kelangit. No!! Ada rasa macam nak kena korek biji mata? Janganlah jadikan itu bahan tontonan nanti jadi ikutan. 

Ada hadis nabi telah menegur seorang sahabat yang sedang berdoa, yang bermakna melarang dengan mengatakan akan dikorek biji mata jika melihat ke langit ketika berdoa. Kerana perbuatan tersebut amat tidak disukai-Nya.

Korang tau tak rasa hormat pada pencipta alam yaa rabbul jalil, dia umpama raja yang agung, dan kita hanya hamba yang kerdil. Sewaktu zaman cina, apabila maharaja mereka pergi sesebuah kampung dengan segerombolan tenteranya. Semua rakyat menirap diatas jalan sabagai tanda hormat. Sampaikan tidak boleh melihat mereka. Kalau didapati hukumannya korek biji mata. Haa kalau nak bayang keadaannya, macam filem lang buana babak terakhir dengan sultan. Macam tu cara hormat. Tapi kita dengan Allah buat saja apa yang disuruh, solat lima waktu dan jangan pandai-pandai tokok-tokok tambah. 

Ingat, apa tahap kita sehingga boleh menyamakan pandangan kita dengan-Nya. Tunduklah dengan hormat, mintalah dengan cermat.

Bila malas menguasai diri


Malas, yaa penyakit yang hampir semua golongan dan berbagai jenis lapisan masyarakat mempunyai penyakit ini. Seperti mana yang anda tahu, sudah berbagai-bagai tips yang diberikan oleh orang bijak pandai. Semuanya betul, tapi hanya hati seseorang itu saja mampu mengubahnya.

Hari ini, Az dapat lagi pengalaman untuk dikongsikan bersama. Malas memang malas, tapi apakan daya itulah tanggungjawab kita. Hendak bangun awal-awal pagi, memang malas, bersiap untuk mencari sarapan pun malas dan tambahan lagi mahu menulis entri pun malas. Yaa tidak dinafikan, itulah hakikatnya. Az percaya semua orang merasakan sebegitu. 

Apa penyebab malas?

Sikap sambil lewa, dan tidak mengambil endah hal lain. Kesan dari itu semua pun tau, pastinya akan menyesali perbuatan tersebut. Tapi bakal mengulanginya. 

Apa jalan penyelesaiannya?

Jalan itu ada pada anda. Tepuk dada tanya diri. Setiap orang mempunyai cara tersendiri. Melalui tanggungjawab yang harus dipatuhi, anda perlu merubah diri. Jangan kata anda tidak berupaya mengubahnya.

Cuba bayangkan ada dua bakul, satunya berisi pelam, dan satu lagi berisi mangga. Mangga itu di kanan, pelam itu di kiri. Anda pula ada tangan yang sihat. Pilihlah ikut cita rasa sendiri. yang kanan atau yang kiri? Ramai yang melangakah kekiri. Alasannya lebih dekat dan mudah, walau hakikatnya kepahitan tetap terasa. Sedangkan dia sedar bahawa yang kanan itu lebih manis. 

Kenapa dia tidak melangkah kekanan saja? Kerana dia sendiri memilih untuk senang. Pilihlah dengan betul dan bijak sana, jangan sampai menyesal, kerana ada orang lain yang datang mengambil mangga itu.
Tidak Allah itu mengubah sesuatu kaum, melainkan dia sendiri yang mengubahnya. 
Sekian.

Terlalu bermanis mulut badan binasa


Disebabkan ingin menjaga hati seseorang kita boleh bermanis mulut. Tapi jangan sampai terlalu manis sehingga membawa kemudaratan. Hatta manis yang berlebihan juga boleh membawa penyakit. 
Hati manusia senang dirobek, tapi sukar pula nak baik. 
Tidak kira mengampu atau seumpamanya janganlah berlebih-lebihan. Hari ni Az telah belajar banyak kesilapan. Moga anda juga belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Kita kadang-kadang mahu menjaga hati rakan, kadang-kadang nak berbaik mahu musuh menjadi kawan, ada juga nakkan persahabatan. Tidak kira apapun janganlah sampai berlebihan, kerana jika tersalah langkah yang dihajati tidak kesampaian.

Mahukan kawan menjadi lawan, mahukan kemesraan menjadi kebencian, dan sebagainya. Kerana, akal manusia berlainan, tidak sama pemikirannya. Sebaiknya jujur seperti kata entri sebelum ini [ link ]. Biar ala kadar sahaja. Bermanis benda yang benar tidak mengapa, tapi bermanis benda yang tidak jangan sekali.

Jujurlah pada ku

Jangan_jadikan_alasan_jujurlah
Pernah aku mendengar orang berkata, jangan terlalu jujur pada seseorang. Kerana kalau terlalu jujur, orang lain mungkin tidak suka kita kerana sesuatu perkara pada kamu. Ada juga orang berkata tipu sikit-sikit tidak  mengapa, hanya tipu sunat kerana disebabkan tipu itu boleh merapatkan kita dengan seseorang. Ada juga yang berkata menjadi penipu lebih baik dari seseorang yang berkata jujur kerana, jujur boleh merosakkan hubungan, dan menipu kita boleh menjaga setiap hati orang lain dan diri sendiri.

Bagi Az pilihan yang pertama adalah terbaik, kerana ia membuatkan Az teringat akan satu hadis yang bunyinya hampir sebegini, 
Berkata benar walaupun ianya pahit
Walau apa-apapun bagi Az kita perlu berterus terang dalam sesuatu perkara, sebelum menyesal dikemudian hari. Mungkin dengan menipu boleh menyelamatkan kita, tapi belum tentu selamanya. Kerana setiap sesuatu pasti akan diketahui orang juga. Kes pembunuhan yang dibakar hangus rentung pun akhirnya diketahui orang juga.

Az tau memang susah nak bekata jujur, tapi itulah kepahitannya. Kepahitan adalah pelengkap asam garam kehidupan. Az nak katakan, aku lebih rela dikatakan sebagai seorang yang teruk dari digelar sebagai seorang penipu. Az tidak sanggup melihat orang yang hidup dalam penipuan. Ingatlah, 
Menipu itu manis jujur itu pahit,
terlebih manis itu penyakit,
semestinya ubat itu pahit,
tapi ia pengubat penyakit.

03 April 2011

Sifat benci mengundang ketidakwarasan

jangan_tikam_belakang_kawan

Dahulunya dia berjaya menempah nama membuka membuka mata semua bangsa. Bila sudah megah namanya, mulalah ada yang dengki akan kejayaannya.

Itulah lumrah kehidupan, ada saja yang tidak suka walaupun ianya baik untuk semua. Benci membawa kepada hasad dengki, kemudiannya dendam manakluki diri, dan akhirnya boleh mengundang ketidakwarasan akal untuk berfikir nanti. Bila akal tidak waras maka tiba masa dirinya bakal dihasuti nafsu dan syaitan yang direjam. 
Kenapa perlu dengki dan benci sesama sendiri? 
Kalau aku berjaya adakah kau akan membenci aku?
Apa pula kau akan dapat bila aku ni benci?
Kepuasan, kemenangan, atau ketidakwarasan???
Benci tidak mengundang apa-apa. Bila sudah tidak waras mula kau akan menuduh semborono tampa mengkaji sedalam-dalamnya. Kerana apa, kerana kau bukan lagi manusia. Hari ini aku kesian dengan seseorang, bila dulu namaya dibangga. Bila jatuh dihina sehinanya. Kiri dia cuba bangun dan bakal berjaya, tapi di kritik begitu saja. Janganlah biar akal dikawal. Kalau dia dipihak yang benar semoga Allah membantunya.

31 Mac 2011

whi - Sukar orang yang berkulit cerah

Kulit_cerah_pun_susah
( tajuknya kurang pasti, lebih kurang)

Kulit cerah lebih sukar dijaga. Ya memang tepat gancangan popular itu mengupas isu ini. Tapi sayangnya, apa yang dibincangkan tidak sampai kepada kami penonton (pendapat sendiri). 

Orang yang berkulit cerah selalunya mendapat masalah kulit sensitif. Dimana tidak dapat menahan cahaya matahari, dan kadang kala sering mengalami masalah kulit. Kerana, selalunya golongan ini kurang mengandungi sel-sel yang melindungi kulit berbanding yang berkulit sawo matang dan gelap. Apa yang 

Az dapat dari situ, kita haruslah menerima kelebihan yang ada pada diri kita. Beruntunglah yang berkulit cerah menampakkan seserian wajahnya dan beruntunglah jua mereka yang mempunyai wajah yang tidak perlu bersusah payah menjaga dengan terlalu teliti dan memerlukan pengorbanan wang ringgit yang boleh mencapai ribuan. 

Wahai golongan yang merasakan kekurangan, janganlah kau bersedih. Ingatlah, sentisa  ada orang yang menyanjungimu. Walau ada kekurangan tapi yang pastinya kau tetap ada kelebihan. Siapa tahu? hanya kau dan orang yang rapat sahaja yang mengetahuinya. Sesugguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersyukur. 
Kesian, ada seorang tu. Dulunya dia kelihatan manis saja. Tapi sekarang sudah tiada seri. Sebab ingin cantik. Semoga dia menyedarinya. Maafkan saya.