Pages

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

08 April 2011

Makanan ini perosak kesihatan ummat



Semua makanan kita makan. Apa yang sedap kita telan, yang tidak sedap diluahkan. Tapi tahukan sekalian, makanan juga ada jenis-jenis campuran yang dilarang oleh baginda. Kerana boleh mengakibatkan berbagai penyakit. berikut adalah petikan yang Az jumpa dan semestinya anda pernah baca [ LINK ARTICLE ] ,

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. 
  1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
  2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
  3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
  4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
  5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
  6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
  8. Jangan makan BUAH bersama SUSU 
Kalau kita tengok list makanan tu semetinya kita berjaga-jaga. Tapi hakikatnya, dalam diam-diam anda perasan atau tidak, kita sering makan makanan tersebut dalam kita tidak sedar. Mungkin anda katakan, anda tidak pernah makan benda ini bersama bukan? Az berani katakan "ya!!" bagi pihak anda, walaupun anda menafikannya. Kerana apa, kerana ianya adalah hakikat santapan rakyat masa kini.

Ada banyak buruknya percampuran bahan ini. Kajilah dalam google tu. Ada banyak kajian orang lain mengenainya. Tidak rugi mencari sesuatu yang baru. 

Anda semestinya sudah biasa makan dimajlis-majlis keramaian, dan kenduri seumpamanya. Perasan atau tidak, ada lauk yang disajikan seiring dengan larangan ini. Daging kari sama ikan panggang, koktail lagilah.  Jangan salahkan mereka, mereka cuma tidak tahu. Anda yang tahu kenalah memilih. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi sebaiknya biarlah anda cari sendiri. Di sini Az sertakan apa yang Az jumpa. Selamat berkongsi ilmu. Semua ini ada dalam makan harian kita, jadi berjaga-jagalah. Kalau rajin carilah resipi-resipi yang macam ini untuk diteladani. 

Ikan_goreng_bertepung


Koktail_buah_bersama_susu
Kek_ada_telur_dan_cuka
Ikan_masak_salad
Cabaran,  cari lagi resipi-resipi yang 
ada mengandungi seperti bahan ini. 
Selamat berjaya.


15 Mac 2011

Port yang Line Clear nak . . .


Sebelum ini aku tidak pernah menjumpai port yang paling selamat. Port yang tidak akan diserang JAIP (Perak) atau seumpamanya. Ha, semestinya line clear je nak makan!! memang best brader.. heheee.


Apa lagi kalau bukan port Line Clear Nasi Kandar Penang! hahaha... perghh!! sedap hingga menjilat jari brader.. Hehe.. Please jangan pikir lain ok. Aku nak cerita pasal port makan yang best nie! Baru hari tu merasa. Pelik juge namanya, tapi sesuai dengan suasananya. Mungkin ada yang pernah pergi, tapi mungkin ada juga yang belum pernah. Harga? fuh memang berbaloi dengan rase dia yang ... 

"emmmhh!!! tak terkata sedap giller lah!" 

Mungkin lokasinya memang pelik. Tapi Pelanggan sanggup beratur panjang walau panas matahari memancar. Ada orang kata.

Makanan yang dihidangkan, cukup menyelerakan.
"kenapa tidak tukar ke restoran jew. Pelanggan dah berderet panjang. Mesti dapat sambutan!"
"pasti ke dapt sambutan, kalau dat tukar nanti, nama LINE CLEAR tak boleh dah la letak. hehehe"
~ hilanglah seri ~




Haa.. ada macam-macam makanan ada, nasi kandar, cendol, ABC, dll. memang puaslah. Kalau nak tau lagi.

 Mai ar Penang ~

Sekian.

03 Mac 2011

Resipi rahsia Ibu memukau hatiku



Sudah sebulan lebih lidah ku tidak merasa masakan yang sedap. Adapun kadang kala ada yang sedap juga, akan tetapi tidak berjaya menggantikan masakan yang aku idam-idamkan dari dulu.

Bukan mudah untuk ku cari ganti, bukan mudah untuk di jual beli, bukan mudah untuk didapati, juga bukan mudah untuk mencari pengganti.. ooh Ibu.. masakan mu sungguh sedap sekali. ^_^

Sudah sebulan ibu ku tiada mood untuk memasak ( huhu merajok punye fasal ).  Rindu yaa amat. lagi-lagi sambal ayam. Fuhh!!! leleh...

Dari kecil ku dilahirkan serba sederhana. Menikmati sejenis lauk menjadi tabiaat sehingga kini, walau ada di jamahkan berbagai-bagai jenis lauk-pauk daging masak rengang, udang gorngeng kunyit, telur goreng masak asam, akan tetapi pilihan hanya satu. Itulah keinginan sederhana seorang anak watan (lahir kat ampang seri watan hehe kebetulan).

Masakan Ibu kita mana boleh ditandingkan dengan masakan mamak, atau gerai-gerai makan biasa. Hatta KFC pon boleh kalah tau (hingga menjilat 10 jari).

Selagi dia masih ada, hargailah dia sebelum pergi. Alhamdulillah.. tiba-tiba saje mak aku niew semangat nak masak! hahahah

"haa kalau nak makan sambal ayam, pi beli ayam kat pasar malam tu cepat"

yaaahooo!!!!!


fuh.. sedap ^_^

Saya sayang mak saya.

sekian.

22 Februari 2011

Ayam panggang Ulu Kenas Kuala Kangsar


Perghhh!!!!!  Sape boleh tahan tengok gambar niew?? hehehe

Baru-baru ni, saya sempat pergi berkelah di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak sebelum hendak menduduki final exam untuk semesta ni (enjoy puas-puas dulu).  Hehehe, semestinya ada aktiviti BBQ ni, kalau tak, maka rugi woooo!!!  

Ada kebaikan ke makanan ni?

Sipulan : ade ke kebaikn makanan panggang ni?  ('_")
Bro : adaa..  (^_~)
Sipulan : ye ke? ce cite, ce cite??  ('o^)

Ada baiknya makanan panggang dari goreng. 
Bila dah kurang minyak, maka kuranglah kolestrol. 

Akal yang sihat datang dari badan yang sihat, badan yang sihat datang dari makanan yang sihat

Ini bukan ayam bakar. Nabi juga tidak suka makanan yang terkena api. Bukan bermakna, suka mkanan sejuk, tidak sama sekali. Akan tetapi makan yang dalam ketegori terbakar (hangus) kerana dijilat api boleh menyebabkan banyak pula penyakit. Adalah terbaik cukup sekadar dipanggang diatas bara pun dah memadai. 

Lagi sedap kalau kita buat bersama-sama sahabat handai, susah senang bersama. memang puaslah katakan..


Siapa dapat tahan yeooopp.... jom lew try-try heehehee





Bila dah siap cukup masak, apa lagi jom le makan!  ^_^



Sekian saja artikel santai ini,

wassalam.. 

12 Februari 2011

Makanan Segera Sedap dan Menyusahkan


Maggie, begitu sinonom dengan nama mee segera dengan simbol maknan segera yang boleh dikatakan murah, mudah dan jimat. Fuuh memang sedap kalu dapat tambah telur, cili api, sos cili sikit, dan kalau ade udang peeerrrghh!!! layan~  (^o^) (mcm gambar di atas).

Akan tetapi ia boleh dikatakan mkanan yang tidak menyihatkan badan dan boleh mengundang penyakit. Makanan ini juga boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser. 
Kebaikan mi segera:
1. Mudah dan cepat masak  
2. Sedap dan ada berbagai-bagai perisa 
3. Murah harganya.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari. Mi segera boleh menyebabkan:
1. Pengambilan garam yang berlebihan ( natrium )  
2. Pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan. 
3. Mengandungi karbohidrat. 
4. Tiada serat, vitamin dan galian.  
5. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) 

Merujuk kepada masalah di atas mi segera ini banyak buruknya dari kebaikannnya.


So... nak makan lagi kew? Justeru itu makanan ini adalah kurang baik untuk menjadi santapan harian. Maka dengan ini, marilah sama-sama kita kurang kan pengambilannya.

Alaaaaa... tak best laa macam niew..

Saya menyarankan, kepada pengusaha-pengusaha yang bijak sana untuk mencipta makanan segera yang selamat, mempunyai khasiat, dan kurang mengandungi garam. 


waa.... msti sedap kalau ade yang macam tu... Inilah cabaran yang pertama untuk orang-orang kita. Berusaha!! (harap2 ruski selamatlah, waupun maal sikit)


Sekian.