Pages

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

23 Mac 2011

Kematian sedang menghampiri kita

Kepla_moto_pecah

Baru-baru ni saja, sudah banyak kematian yang berlaku hampir dengan hidupku. Belum lagi nak dikaitkan dengan mangsa gegaran di Jepun. Nauzubillah himinzalik. Tadi, baharu sahaja kedengaran berlaku kemalangan. Yaa kemalangan jalan raya, bukannya mat rempit, akan tetapi hanya penunggan biasa.

Katanya, mangsa membawa motor dalam keadaan baik sahaja, dalam keadaan hujan yang renyai, gelap malam mungkin menganggu kejelasan penglihatan. Dengan kelajuan yang sederhana dan berhenti di persimpangan. Mereka meneruskan perjalanan selepas lampu traffic berwarna hijau.

Tidak disangka-sangka, dalam keadaan jalan yang agak licin, motor yang dipandu bersama penumpangnya tergelincir di tengah-tengah jalan. Mangsa tersentak, dan mulai terkejut dari lamunan selepas melihat sebuah van yang laju dihadapan menghmpiri mereka. Zaaas.....

"berhenti, berhenti, B  E  R  HENTI I i i i i i i i ! ! !"

Van tersebut tidak mahu berhenti seperti mahu melarikan diri. Seorng mangsa mati digelek, dan seorang lagi mati diseret 4 meter hancur kepala.

Yaa allah.. semakin hampir. . . maut itu. .

Apalah nasib mereka,

apakah cukup amalannya? 
apakah selesai hutangnya? 
apakah sudah dijalankan tanggungjawab yang sepatutnya? 

Sama samalah kita berdoa agar dia dan kita diselamatkan dari azab siksa kubur yang semakin menghampiri.

14 Mac 2011

Hujan Esok Belum Tentu Kita Selamat

Sebentar tadi saya ada mendapat mesej. Agak membimbangkan.

A NUCLEAR POWER PLANT IN FAKUMI,JAPAN EXPLODED AT 4:30AM TODAY. 
IF IT RAINS TOMORROW OR LATER , DON'T GO OUTSIDE
IF YOU ARE OUTSIDE, BE SURE THAT YOU HAVE RAIN PROTECTORS. 
IT 'S ACID RAIN. DON'T LET TOUCH YOU. 
YOU MAY BURN YOUR SKIN, LOSE YOU HAIR OR HAVE CANCER
THIS APPLIES TO ALL ASIAN COUNTRIES. 
PLEASE PASS STAY SAFE AND REMIND EVERYONE YOU KNOW.
( BIOTECH DEPARTMENT, UNIZA)

SEBUAH PEMBANGUN TENAGA NUKLIER DI FAKUMI, 
JEPUN MELETUP PADA 04:30 HARI INI.
JIKA ESOK ATAU KEMUDIAN HARI HUJAM, JANGAN KELUAR DARI RUMAH.
JIKA ANDA DI LUAR, PASTIKAN BAHAWA ANDA MEMBAWA PELINDUNG HUJAN.
IANYA HUJAN ASIT . JANGAN BIARKAN IA MENYENTUH ANDA.
IA MUNGKIN MEMBAKAR KULIT ANDA, 
ATAU ANDA AKAN KEHILANGAN RAMBUT ATAU  MEMPUNYAI KANSER.
INI BERLAKU UNTUK SEMUA NEGARA ASIA.

Antara kilang2 yang meletup. Bukan kilang nuklier


( Sumber kurang pasti, maaf. )

Ini pesanan ringkas yang saya dapat dari sahabat-sahabat saya. Saya kurang pasti akan kebenaran mesej ini.
MEMANG KILANG NUKLIER JEPUN ADA YANG SUDAH MELETUP!.
 Tengok yahoo.com news. Kalau ianya berita benar, maka berdoalah.
Bersama-sama kita ingat memperingati dan mari kita sama-sama berjaga-jaga.

"Sediakan payung sebelum hujan"

12 Februari 2011

Malaysia Negara Hebat


Amat bersyukurlah kita, dilahirkan di bumi Malaysia yang indah lagi aman. Malaysia, terletak di tengah-tengah garisan katulistiwa yang berada dalam kawasan hutan hujan tropika. Pernahkah anda terfikir, mengapakah kita tidak di lahirkan di tempat lain? Las Vagas, yang mempunyai casino besar di merata-rata pelusuk? atau Hollywood, tempat artis-artis disana tinggal? atau Jepun negara maju yang membangun.? atau Mesir, yang mane kita sudah pasti mudah memahami bahasa arab dengan mudah? apakah kelebihan sebenarnya negara yang sepatutnya kita cintai ini?


1. Terhindar dari bencana alam besar.
Syukur, kita terhindar darinya. Tiada gunung berapi, gempar bumi, puting beliung, dan lain-lain. hanya bencana kecil-kecilan sahaja yang berlaku, sepeti banjir dan gegaran kecil. Kita juga tidak termasuk dalam kawasan lingkaran api palsifik. Walaupun begitu, berdoalah agar negara kita terhindar dari bencana-bencana besar.


2. Antara negara Islam yang maju
Malayasia antara negara yang mendapat tempat di serata dunia. Dengan kejayaan sukan, pentadbiran, dan perniagaan. Melalui matawang Ringgit Malaysia, ia secara tidak langsung bakal menaikkan nilai matawang kita   ke mata dunia tidak lama lagi. tambahan pula jika dinar emas yang bakal negara kita laksanakan.



3. Menerapkan Hukum-hukum Islam
Hanya Malaysia saja mempunyai mahkamah Syariah yang lebih memfokuskan mengenai  hukum-hukum Islam. Melaluinya, sebarang kesalahan agama akan dibicarakan, sama ada urusan jenayah, agama, nikah, dsb. Kelebihan sistem Haji yang terbaik. Negara kita juga mendapat pujian dengan kelebihan cara pengurusan para jemaah yang hendak ke Mekkah bagi menunaikan haji pada setiap tahun. 

4. Suasana hijau hutan yang bersih
Kebersihan hutan yang masih terkawal dan khazanah-khazanah yang masih terjaga, membuatkan kini sudah tidak terkira nilai harganya. Kita boleh berbangga dengan kelebihan ini, berbanding negara lain.



 5. Berbilang kaum
Dengan adanya sifat bersatu antara kaum. Tiada masalah akan timbul seperti rusuhan atau tidak puas hati. setiap kaum berlainan cara, kelebihan, dan kekurangan, dengan penyatuan, negara kita akan mudah maju dan membangun. Bersama kita bersatu! demi bnagsa agama dang negara.




Justeru itu, bersyukurlah kita dilairkan dibumi bertuah ini.

Sekian

Malaysia top3 blogger dalam dunia

Blogger Malaysia

Sepertimana yang anda pernah dengar, Malaysia adalah antara negara pengguna facebook teramai antara negara-negara maju yang lain. Tetapi, bukan sahaja facebook, malahan Malaysia antara pengguna blog atau blogspot tertinggi di dunia. Ini carta dari tahun 2004 sehingga 2011. Malaysia antara pengguna top3.

"blog"
Carta blog dalam dunia

Kita antara yang tertinggi. Wah!!.  hebat.. hehee.. mungkinkah no.1 boleh tercapai??  inilah carta kata kunci yang seumpamanya,

"blogspot"
2009

2010

2011


"bogger"


2009

2010


2011

 Anda boleh mencuba sendiri laman ini  Google Insights for Search

Malaysia adalah antara pengguna terbanyak dalam dunia


Waaah waaah wah... tidak heran-lah mengapa kita ada gengblogger, syoknyerblogging, nuffnang dan lain-lain.  Andai blogger menggunakan blog ini sebagai  medium penyampaian ilmu, maklumat, berita atau seumpamanya sudah pasti kita tidak akan ketinggalan.

Ada juga yang meggunakan cara ini untuk mendapatkan hasil keuntungan. Itu terserah kepada kreativiti individu yang mencorak cara pnyampaian mereka. Antara blog yang sudah mendapat nama dan mempunyai ramai pengunjung seperti BENASHAARI, ANaStaSyea, dan lain-lain (maaf kalau tidak disebut blog lain). Oleh itu sama-samalah kita memajukan negara, memartabatkan bangsa, dan mendaulatkan agama, agar kemudahan ini tidak disalah guna.

Sekian.