![]() |
| Gunung_lang_Blogger_perak |
Baru saja pagi tadi Az ada gathering di Gunung Lang bersama ahli group Blogger Perak (BP) [ LINK ]. Az sampai awal jam 10 pagi (semangat betul kau ni?). Tapi ramai yang datang lambat ataupun aku yang awal sangat? (konfius). Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walau aktiviti nampak biasa bagi sesetengah orang yang datang, tapi bagi aku itupun sudah cukup untuk pengalaman gath yang pertama buat BP kali ini. Tidak ada yang sempurna untuk kali pertama.
Az sempat berkenal-kenal dengan ahli yang rapat dan tidak pernah kenal. Ada juga yang baru masuk BP. Selamat datang diucapkan. Perjumpaan ni juga sedikit sebanyak membuatkan semangat ku bertambah-tambah untuk meneruskan niatku untuk berblogging tambahan pula apabila mendengar matlamat KSP (admins) dan rakan-rakan lain dalam BP yang jauh pandang kehadapan. Bukan sahaja matlamatnya kearah semangat berbloging itu sendiri, bahkan bermanafaat untuk masyarakat sejagat.
Matlamat utama sekarang adalah mengumpukan blogger perak bagi melebarkan lagi sayap group BP ini keserata perak. Apa yang Az nampak kekuatan BP ini bertambah kukuh dengan sokongan padu oleh blogger aktif seperti KSP (admin), Eija (admin), Fadil (orang kuat), dan Admiral (blogger terkenal) tambah-tambahan lagi orang besar SB si Amal (yang suka beramal sifatnya).
Kepada blogger atau pembaca yang asal dari perak atau
tinggal di perak berminat untuk menyertai
amatlah digalakkan, dan yang bukan dari perak adalah dialualukan.
Kalau nak tengok gambar-gambar yang hadir boleh klik link ni [ LINK ]
Semoga BP mencapai matlamat dan sekaligus berusaha mengubah persepsi masyarakat bahawa kami blogger tidak ada life sendiri adalah tidak benar.
