Hari ni saya nak bercerita tentang pelanggan tempahan pertama dan kedua rekaan header saya. Mereka apabila sudah memutuskan untuk menempah header pada saya, itu bermakna mereka sudah pun berpuas hati melihat sample-sample yang saya tunjukkan dan semestinya menerima dengan hati yang terbuka bersedia untuk membayar upah yang rendah disamping memberikan kepercayaan untuk mereka header mereka. Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang saya lakukan. Berikut saya sertakan siapa mereka,
lindahery.blogspot.com
Beliau ada meminta tempahan header, dengan diserikan bersama gambar perkahwinan beliau. Alhamdulillah dia menyatakan suka pada header tersebut. Walaupun saya ada meminta komen akan tapi beliau tetap bertegas mengatakan tidak perlu sebarang perubahan malah berpuas hati.
Maka hasilnya seperti yang kalian lihat. Tapi baru-baru ni saya lihat ada header lain yang menghiasi blognya. Tidak mengapalah, kadang-kadang baju yang kita beli bukan satu jenis saja kita pakai bukan? Tapi harap, kalau beliau nampak entry ini, harap beri komen ya header lama tu, untuk memperbaiki lagi hasil kerja saya.
macamnilahkita.blogspot.com
Sedara ni adalah pelanggan kedua yang katanya berpuas hati juga dengan perkhidmatan saya. Banyak kali juga beliau memberikan keritikan dan cadangan untuk membaiki hasil kerja yang dibuat untuknya, dan hasilnya cukup memuaskan hati masing-masing. Tapi ini kali pertama saya cuba membuat banner iklan selain dari banner 125x125.
Ia merupakan satu cabaran pertama membuat banner bergerak yang berjaya saya buat. Nak lihat cara ia bergerak tengok blog ben ni [LINK]. Alhamdulillah, katanya dia sudah membeli domain baru. So selepas sihat tangan yang cedera ni, dapatlah saya meneruskan hasratnya itu. Menukar nama header, dan banner kepada tiada dot blogspot. Kalau sihat, minggu depanlah siap. Doakan yang terbaik. Nilah iklan yang ada di blog Ben tuu kalau korang perasan :-P hehe terharu kot.
Saya cuba memberikan yang terbaik pada pelanggan saya. Tidak kira kawan ataupun sesiapa yang belum dikenali, mesra pelanggan adalah moto utama dan teliti kerjaku adalah matlamat bekerja ku. Kalau kurang berpuas hati, maka katakan lah, dan suarakan kalau mahu membatalkannya.
Saya bukan mengambil keuntungan dari segala kerja saya dengan berlebihan, akan tetapi upah kerja saya berpandukan hasil usaha dan kemahiran yang setimpal. Saya tidak terlalu hebat dan tidak terlalu Profesional. Tapi, saya ada kemahiran dan saya boleh lakukan ikut kemampuan. Saja minta upah yang sedikit agar berbaloi deagan hasil yang saya lakukan. Sekian.



