Pages

09 Mei 2011

Faktor Utama Kunjungan Tidak Dibalas Blogger

blogger_pemalu_atau_tidak_reti_menyapa
Dengan cara mereka yang tidak meninggalkan link pada profile seperti memanggil orang kemudian menyorok.. ape kejadahnya itu? malu untuk memperkenalkan diri atau tidak tahu caranya untuk memperkenalkan diri?? heheeheee..... ak hantuuu :P adoi...
Kebelakangan ni ramai pembaca yang datang membaca isi blog dan meninggalkan link mereka di ruangan komen ataupun di shoutbox ni. Tapi ada juga yang malas nak tinggalkan banyak jejak-jejak. Paling kurang salah satu dari jenis jejak adalah dengan cara komen link, shoutbox teks ataupun menjadi follower.. Mungkin mereka merasakan cukup sekadar satu jejak sudah memadai. 

Tapi bagi Az kalau betul-betul mahu diterjah kembali oleh blog yang anda singgah sepatutnya anda membuat dengan cara yang betul seperti meletakkan link blog pada mesej di shoutbox dan link pada komen. Lagi banyak lagi tinggi kebarangkalian dijejak kembali. Tapi ada satu langkah lagi yang patut seseorang blogger ni tau dan semestinya persedian ini adalah paling penting! Kalu anda tidak buat ni, maka anda akan kerugian sampai bila-bila. (terserah mahu tau atau tidak, tentang apa yang saya ingin sampaikan ini.)

Mungkin ada yang tahu cara hendak melakukan ini, atau tidak tahu fungsinya atau memang mereka tidak mahu blog mereka dikunjungi. Terserah pada hak masing-masing. 

Hari ni Az nak mengfokuskan link utama seorang blogger supaya mudah dirujuk, iaitu melalui profile blogger. Memang sesetegah orang tidak mempedulikan bahagian ni, tapi pada hakikatnya bahagian inilah yang paling mudah untuk dijejak. Macam ni,

(Klik Gambar untuk kejelasan)

1A-cara_edit_profile
Jika anda tidak meletakkan link blog pada laman ni, anda akan sukar dijejak oleh blogger lain. Seperti gambar di atas, yang mana hanya ada blog-blog orang lain saja. 

2A-cara_edit_profile
Akibatnya anda akan kehilangan follower atau ganjaran. Seperti contoh, sudah banyak blogger yang Az tidak dapat direviewkan oleh kerana tiada link dan jejak mereka. Kesudahannya, Az tidak dapat mengesan mereka. Sayang sungguh.

Ini langkah untuk membantu anda meletakkan link pada profile.

Bermula di dalam Dashboard..

1B
Klik edit profile untuk meneruskan tutor ini

1C
Klik select blog to display untuk memilih blog yang disarankan.

1D
1E
Tandakan pada blog yang anda mahu dipamerkan. Kalau ada banyak blog, tanda la pada semua blog anda. Kalau mahu blog tertentu tandakan pada yang perlu. Kemudian klik SAVE. Maka ia akan jadi seperti gambar rajah 1A. Tambahan lagi anda juga boleh meletakkan link pada bahagian sini

3A
Dengan mengulangi langkah edit profile, kemudian isikan link blog anda seperti ini,

3B
Selesai mengisi, maka boleh la mengklik SAVE di bawah page tersebut.


Selepas selesai maka anda bakal mendapat kunjungan kembali oleh blogger lain dengan mudah selepas blogwalking.. Insyallah, kalau anda berusaha maka akan anda peroleh kejayaan kelak. Selamat mencuba. 

13 ulasan:

  1. betul2..ade jugak yg dtg and foolow..tp xde link..susah nk g tgk balik blog dorg..huu~~

    BalasPadam
  2. macam nak nangis2 kalau blog uh tak dapat jejak.. T_T

    BalasPadam
  3. Da follow.

    and yup betul! apa you cakap tu betullah :D

    BalasPadam
  4. yurp..kadang2 ade yang dah follow...tp x de link...mcm mana nak track...good tutor... really appreciate dan perlu diperkembangkan bg semua blogger tahu

    BalasPadam
  5. kadang2 mereka mungkin nak main permainan waktu kecik. main sorok-sorok. maafkan mereka..haha..

    nice entri. :)

    BalasPadam
  6. Betul tu az, benda nie mmg penting especially kalau kita nak blog kita di kunjungi oleh other bloggers :)

    BalasPadam
  7. wah wah ade tut0 lah . .bole promote ni . .hehe =)

    BalasPadam
  8. aah..ada gak yg wat cmni..huhu
    gud info ^^

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^