Pages

Memaparkan catatan dengan label Art. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Art. Papar semua catatan

08 Jun 2011

Kamera Tidak Menjadi Ukuran

Fotografi_photographer

Saya adalah penggemar seni fotografi selain dari kemahiran seni lain seperti seni lakaran, rekaan, multimedia ataupun lukisan. Fotografi boleh dikatakan seni gambaran yang menceritakan suasana yang sedang dirakamkan, tampa sebarang tulisan mahupun penerangan.

Nak tahu saya pakai kamera apa?? 
tengok ni [link].

Orang kata, yang selalu hebat fotografi adalah yang memakai kamera hitam comot yang mate terjuntai (DSLR). Siapa kata? Kamera tidak menjadi ukuran! Akan tetapi minat, bakat, dan berkat yang menilai sesuatu gambar itu menjadi atupun tidak. Gambar dagi kamera digital pon boleh jadi cantik korang tau! Ni gambar sebelum ni [link].

p/s : Orang yang pakai dslr pon kadng-kadang belum tentu cantik. Tapi brade Reez memang terbaik!

Bagi pengguna kamera biasa jangan terlalu merendah diri akan kekurangan, dan jangan pula terlalu yakin akan kebolehan. Ikut kemampuan, dan kelebihan yang ada. Sentiasa berlatih dan mencari tips-tips yang mencntikkan bakat.

Ini saya sertakan gambar terbaik gathering baru-baru ini... 

 Ni Jacky KOH

Fadil Penyu

Jacky bersama Admiralz Retiss

Gambar Penyu yang paling terbaik

Reez si Photographer, Adi si Vlogger, Ros Nisa is Teacher

Kalau nak tengok lagi, tengoklah link ni [biru arts]

Teknik dan bakat saya tidak sehebat mana. Tapi saya sendiri puas hati dengn hasil kerja ni. Sekurang-kurangnya lebih baik dari sebelum ini. So, Saya nak minta komen gambar-gambar ni boleh tak? Takmau mengampu mengipas tau.. hehe.. 
hheheehee.. teguran yang membina adalah teguran yang datang dari hati yang ikhlas.. 

26 April 2011

Fotografi Kegilaan Remaja


Tidak kira tua atau muda sekarang amat meminati hobi ini. Az sama juga meminati hobi ni. Tapi apakan daya hanya mampu menggunakan kamera Digital Olympus biasa saja. Tapi, Siapa kata kalau pakai kamera biasa ni tidak boleh nampak hebat, itu adalah seseorang yang pemikirannya jumut suke kemut macam semut sedut tau.

Kalu kena pada cara pengambilan gambar, tahu teknik kesenian fotografi, semestinya hasil yang kita dapat semestinya di luaar jangkaan (kata-kata pro, saya besa ja).
"kalau orang tu berbakat, muke tak hensem pun jadi merdu kalau menyanyi!"
Cuba kalian komen, gambar yang Az cuba ambil dari koleksi sendiri ni (tidak cantik mana pun). Tapi tahlah. Maleh nak komen pic sendiri.


Gambar yang tidak bermotif. Saja nak melepaskan geram dan jeles pada mereka yang ada kamera mahai-mahai.. mamat1, mamat2, dan mamat3 tidak dapt dikenal pasti. Huaahh!!! Az pun nk juge. Tapi apakan daya diriku tidak mampu.

p/s: Padil kite geng ok?

24 April 2011

Free Design Tshirt Blogger Perak


Sebelum ni sudah di war-warkan oleh admin group Blogger Perak iaitu KSP bersama Eija meminta untuk sesiapa yang dengan suka rela ingin mereka design tshirt untuk group tersebut. Sudah lama Az ingin buat, tapi  terbengkalai kerana kekangan masa dan sibuk dengan kerja. Tapi alhamdulillah, Az berjaya menyiapkan rekaan yang harap-harap memuaskan hati mereka. Segaja Az mereka banyak rekaan kerana idea Az terlalu mencurah-curah. ( ingat nak je buat berlambak-lambak, tapi takot rambang mate laa pulak, macam masok kedai baju) Ni adalah yang terrrbaik dari yang terbaik dari semua rekaan Az sendiri. Harap mereka atau anda sendiri boleh komen rekaan ini.

Rekaan Az berpandukan bendera perak sebagai inspirasi dan gabungan perkataan yang membawa makna majmuk yang lebih erat seakan-akan keluarga.



4 rekaan simple
Ini adalah 4 rekaan simple yang Az berjaya merekanya. Rekaan simple amat sesuai bagi mereka yang mahukan bajet yang rendah dan selesa harganya.

A1                                A2

A3                                A4

4 rekaan sentuhan seni
Ini pula hasil 4 rekaan sentuhan seni dari Az. Rekaan ini sengaja diberi keserian supaya nampak lebih kemas dan sesuai dengan corak. Amatlah sesuai bagi meraka yang mementingkan penampilan.

B1                                B2

B3                                B4

6 rekaan belakang
Ini pula 6 rekaan belakang t-shirt yang direka khas untuk blogger perak. Ia direka berbagai-bagai jenis untuk memudahkan pemilihan rekaan.

C1                                     C2

C3                                    C4

C5                                    C6

Tshirt berkolar
Az amat mengesyorkan rekaan ini. Tshirt berkolar yang nampak lebih kemas dan bergaya. Pemakaiannya yang universal, sesuai pada majlis rasmi atau santai. 

 E1 Belang lengan putih kuning

E2 Belang lengan putih sahaja

Tarikh yang dijanjikan kalau tidak silap sudah pun lepas. Tapi sengaja Az buatkan untuk tatapan semua. Maka Az amat berharap pembaca atau ahli BP menyukainya. Kalau sudi sila nyatakan komen atau cadangn pada design Az ni dan sertakan pilihan anda.

21 April 2011

Setia Pada yang Berhati Mulia


Pernah dengar perkataan setia?

Setia ada berbagai rupa, sama ada kerana harta, pangkat, atau ikhlas. Tapi ramai yang mudah mendapat kesetiaan kerana harta kita dan pangkat yang bakal kita beri. Sedar atau tidak kesetiaan yang datag dari keikhlasan lagi hebat bahkan mampu mengalahkan kesetiaan duniawi ini. 

Hampir setahun kami memberi makan kucing, dari sekor kucing jalanan menjadi kucing rumah. Kami beri makan minum, dan jaga dia dengan penuh kemesraan. Makin hari dia makin pandai berdikari. Satu hari bila aku mengelamun di ruang tamu.

Klik gambar kalau mahu tengok gambar lain. [ LINK ]

Ini yang aku lihat. Dia berusaha mengusir kucing-kucing lain untuk masuk kerumah. walau pun kecil dari kucing-kucing lain dia berusaha dengn upaya yang ada. Hampir 3 ekor kucing diluar tuu..  Az tersenyum melihatnya. Itulah setia. Apa yang kalian faham ?

17 April 2011

Header hasil sentuhan BMB 3


Syukur Header yang ke 3 di minta dapat disiapkan akhirnya. Ini adalah enry sambungan dari entri sebelum ini [ LINK ] mengenai entri header free [ LINK ]. Dengan terharunya, mereka menerimanya dengan suke hati. Ini men jadi kepuasan kepada Az untuk terus bekarya. Berikut adalah hasil yang dapat dibuat mengikut kehendak mereka. 

Ini blog member. Hehe.. Header dia ni Az mendapat inspirasi dari tajuk headernya. Coretan, selalu dikaitkan dengan sesuatu yang memberi kenangan. Daun gugur punb lebuh kurang macam tu. Nak tau siapa dia, pi la tengok. :D

Blogger dari seberang. Sabahan blogger tuu.. Bertemakan biru dan tajuk yang kurang pasti maknanya hehee.. Tuannya pon belum tentu tau. 
Ini antara blogger yang Az paling tabik. Walaupun masih baru lagi dalam bidang blogger ni yang baru saja memulakan hobi barunya pada pertengahan januari lepas, dengan bertungkus lumus, mampu bersaing sama hebat dengan blogger lama. hoho Hebat hebat hebat. . . Follower dia memang Az jeles. sekelip mata je da banyak.
Ini pula blogger dari satu group yang sama, Blogger Perak. Fuh time gath boleh pulak diew ungkit bile nak siap header? hahaha nk je tolak bg jatoh tasik tuu~~ lalaaa.. Ape-ape poon, bagus laaa diew suke. Tu pun nak tolong balik oter bagi muat.
 Ok ini saja yang sempat Az buat. Ada lagi satu trip yang perlu disiapkan.. harap bersabar. Giliran anda akan tiba. Insyaallah selagi hayat dikandung badan, selagi itu bakat ku tidak disia-siakan.

15 April 2011

Header hasil sentuhan BMB 2


Ini adalah entri sambungan kepada entri sebelum ni [ LINK ]. Alhamdulillah, header yang dibuat dapat memberikan kepuasan pada pemilik blog masing-masing dan semangat untuk terus berblogging. Az bukan hendak kejar nama dengan membuat kerja amal ini, tapi sekadar membantu rakan-rakan sahaja. Syukur, mereka dengan senang hati amat berpuas hati deengan hasil kerja Az. Nak tahu lebih lanjut, klik header mereka ya? 

Dia adalah salah seorang yang rajin berkunjung dalam blog Az. Syukurlah dapat pembaca yang setia ni. hhee.. kalau nak juga, rajin-rajinlah ke blognya. Dia blogger baru, tapi bersemangat macam blogger yang sudah berpengalaman. Thanks pembaca setiaku~
Ni salah seorang yang mahukan header yang simple. Hehee.. bila orang kata nk simple memang susah nak imagine. Yelahh, kene ambil masa nak perah otak oww.. Sebab tu lah Az lebih suka mintak detail maklumat untuk buat header. Tidak mengapa, lain kali kene bagi tau ye? hehe Thanks budak baik~
Ni pula, blogger pendiam. Tah la, menyepi saja. Harap sukalah dengan header tu. Susah kalau orang tidak beri respon ni. Kita buat sesuatu kerja, pastikan ada feedback baru next time kerja jadi lebuh berkualiti. Bukan mahukan pujian pun. Just nak feedback, komen kepada header. Eh.. mybe ok kot., sebabtu senyap. Hehehee.. Tidak mengapa, thanks coz suke pakai.
Haaa.... Header cik gadis sorang ni pon sama. Manje sangat! hehehee... nasib baik dapat jugak laa idea. Idea melalui pemerhatian. Tajuk header pon dah nmpak klasik gitu, maka buatlah header klasik jugak. Harap dia suke. Thanks ye nor. Ape-ape hal, mesej balas.
Syukur, semuanya dalam keadaan baik. Masih ada lagi header yang dalam proses. Harap yang lain dapat bersabar. Bukan senang nak buat header bnyak-banyak ni oii.. heeheeeheee.. nek lengoh tau. sengal-sengal jari mula berleluasa tang malam. Dek penat memain dengan tikuih. Harap bersabar. Terima kasih.

14 April 2011

Header hasil sentuhan BMB 1

Seperti yang Az pernah janjikan dahulu. [ LINK ] Hampir lebuh 10 tempahan header Az cuba buatkan kahs untuk mereka yang mahu. Maaf kerana lambat. Bukan disengajakan tapi, ada tugas penting yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, Az dengan sukacitanya telah menyiapkan hampir semua header. Berikut adalah header rakan-rakan yang berjaya Az buat dengan sebepuh kemahiran yang ada. Naktengok tuan punya blog, klik Header mereka ye? :)

Dia kata ok dan terus pakai, walau mulanya header yang Az mula-mula buat tak jadi. 
Nak tau, tengoklah entri dia tentang Az. Thanks.. heehe..

Dia pun kata ok dan terus pakai tampa kompromi. Alhamdulillah, katanya cantik. 
Nak tau, tengok entri dia. Thanks.. hehe

Mula-mula nak buat header untuk dia memang tiada idea langsung. Sebab dia pernah kata nak simple. 
Setelah tengok tuan empunya blog yang berseri itu, barulah dapat idea. Thanks.. hehee

Member kenalan dati group BP. Katenya nak header, tidak mengapa. Az terus buatkan untuknya.
Tapi dia kata kureng, dang terus ubah. Hehe.. ok takpe! setiap orang ada cite rasa masing-masing. Thanks.. hehe

Az bukannya mahir sangat, tapi Az sudah buat yang terrrrr..baik! Az seronok dapat buat untuk rakan-rakan sekalian. Maaf kerana lambat. Biasalah sibuk dengan urusan dunialah katakan. Heheee.. apa-apapun, terima kasih kerana sudi menerima hasil kerja Az.

Ada lagi header yang belum ditunjukkan. Nantikan..!!