Pages

Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan

03 Mei 2011

Jangan Salahkan Orang Lain


Semenjak dua ni, Az disibukkan dengan kerja yang menjadi rutin seharian. Ditambah pula dengan projek baru menerima tempahan Header, Banner, Watermark, dan lain-lain Art lagi [LINK]. Semakin hari menjadi semakin sibuk. Hidup makin tidak terurus. Masa tidak terkejar bagai tersungkur di pertengahan larian, kerana sentiasa tidak dapat mencapai apa yang harapkan disebabkan berbagai cabaran baru kerap saja timbul. 
Kerana kerja? atau projek? atau tidak reti menguruskan masa.?? 
Bila tugas semakin berat, maka tanggungjawab semakin banyak, dan di situlah semakin kerap aku bertangguh dan terlupa akan urusan lain. Salah aku tidak pandai menguruskan masa. Masa yang ada sentiasa disia-sia. Kadang-kadang masa berlalu begitu saja kerana satu kerja yang tidak menjadi. Pada masa itu Az mula menyalahkan diri, kenapa aku tidak..
"Ukur baju di badan sendiri"
Bergantung pada kemampuan diri. Bukan semua orang mampu melakukan banyak kerja dalam sesuatu masa. melainkan dia bukan manusia. Jangan salahkan orang lain, "tempahan heade banyak sangat", "tokei bagi banyak kerja sampai penat-penat", atau "mak ayah selalu suruh itu ini pagi pagi masa tengah berehat santai".. 

Diri sendirilah kena pandai menguruskan diri, masa, dan aturan hidup. Kita sudah belajar berdikari, sampai masa kita perlu mengusahakan hidup sendiri. Bukan kita memijak kepala mereka atau melawan mereka, tapi carilah jalan penyelesaian sendiri. Kalau anda ditempat Az bagai mana agaknya ya?

04 April 2011

Serangan lebah menyerang rumah

Jangan_buat_muke_baik

Huuh memang tidak disangka semalam sempat melihat seekor dua saja yang beterbangan. Sekarang, alamak  dah berduyun-duyun yang datang. Hah sudah, sekarang kami dalam bahaya!

Emm.. kenapa lebah ni telah memilih rumah Az? mengikut tiori

  1. Ada pokok yang sejuk rendang sesuai untuk port melepak
  2. Kebetulan musim buah jambu berbuah, baru berbunga
  3. Terhindar dari orang kampung dari menyerang mereka


Sewaktu ketika anda juga mengalami setuasi sebegini, seharusnya anda janganlah mengacau mereka. Kerana lebah jenis ini mampu menyengat anda. Salah satu caranya untuk menghindari dari mereka terus membiak disitu adalah? hehehee.. isikan tempat kosong diruangan dibawah.. hehe.. komen kalau segan.

Nantikan sambungannya! Tiba-tiba teringat kenangan kaki ku disengat lebah, bengkak! Hehe..  tak apa kau sang lebah, jaga kau malam nanti. Ada projek besar dengan my father.
HAHAHAAHAHHAAA .. . . .!!!