Pages

01 April 2011

Bila Pistol pupus baru nak belajar silat?

Ilmu_elak_peluru

Ini pemikiran jumut macam semut duk kemut-kemut. Bila pistol boleh pupus, sanggup nak tunggu kiamat ke? itupun kalau panjang umur. Fikirlah, Ia tidak boleh dijadikan alasan langsung. Ramai orang berkata,
"Tidak guna belajar seni beladiri waktu zaman moden ni. Pistollah segala-galanya. Tembak dari jauh dah kena. Kita nak elak macam mana?"
Heey!!  berfikirlah dengan waras sikit! Usahalah belajar dari tidak ada apa-apa ilmu. Tak nak belajar silat yang menari-nari tak pa, tak marah. Nak belajar tomoi, judo, atau taekwando? Pergilah, sekurang-kurangnya ada ilmu di dada. Kalau dia keluar pistol, berdoa dan bertawakkallah, nak buat macam mana., ilmu elak peluru takda. Tapi kalau dia bawak keluar kayu, pisau, atau parang? Andai sebelum itu juga kau sudah belajar satu ilmu seni beladiri, hah! Agak-agak ok ape! Mesti boleh lawan balik! Allah sentiasa bersama-sama orang yang berada di jalan yang benar. 

Bukan apa, walaupun statistik jenayah PDRM tahun lepas sudah di dalam keadaan stabil. Tapi kes pembunuhan makin menjadi-jadi dan mereka makin berani. Kita kena persiapkan ilmu di dada. Takkan bila dah smpai takdir, musuh datang tidak terduga. Baru nak menyesal?? 

Jadi macam kes paper Utusan hari ini. Diseran samseng 10 orang menggunakan parang. Mangsa hanya mampu membaling kerusi untuk menyelamatkan diri. Kesudahannya mangsa ditetak dan menerima 20 jahitan. Kesian, anda tidak mahu belajar dari sejarah dia? takut belajar? segan? atau diri itu masih ego? "haha aku lawan koboi je dah boleh menang!" Sedarlah, sementara masa masih menyebelahi kita. Siapa tahu masa itu akan sampai. Jangan berfikir menggunakan otak, tapi berfikir guna akal.

Mati mengalah,
ialah mati yang sia-sia,
mati yang bermaruah,
ialah mati berusaha,
insyaallah syahid terus kesyurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^