Pages

05 April 2011

Jujurlah pada ku

Jangan_jadikan_alasan_jujurlah
Pernah aku mendengar orang berkata, jangan terlalu jujur pada seseorang. Kerana kalau terlalu jujur, orang lain mungkin tidak suka kita kerana sesuatu perkara pada kamu. Ada juga orang berkata tipu sikit-sikit tidak  mengapa, hanya tipu sunat kerana disebabkan tipu itu boleh merapatkan kita dengan seseorang. Ada juga yang berkata menjadi penipu lebih baik dari seseorang yang berkata jujur kerana, jujur boleh merosakkan hubungan, dan menipu kita boleh menjaga setiap hati orang lain dan diri sendiri.

Bagi Az pilihan yang pertama adalah terbaik, kerana ia membuatkan Az teringat akan satu hadis yang bunyinya hampir sebegini, 
Berkata benar walaupun ianya pahit
Walau apa-apapun bagi Az kita perlu berterus terang dalam sesuatu perkara, sebelum menyesal dikemudian hari. Mungkin dengan menipu boleh menyelamatkan kita, tapi belum tentu selamanya. Kerana setiap sesuatu pasti akan diketahui orang juga. Kes pembunuhan yang dibakar hangus rentung pun akhirnya diketahui orang juga.

Az tau memang susah nak bekata jujur, tapi itulah kepahitannya. Kepahitan adalah pelengkap asam garam kehidupan. Az nak katakan, aku lebih rela dikatakan sebagai seorang yang teruk dari digelar sebagai seorang penipu. Az tidak sanggup melihat orang yang hidup dalam penipuan. Ingatlah, 
Menipu itu manis jujur itu pahit,
terlebih manis itu penyakit,
semestinya ubat itu pahit,
tapi ia pengubat penyakit.

10 ulasan:

  1. betul tu Az . .
    =)
    dab jujur itu seharus nya berlaku dari permulaan segala nya =)

    nice entry =)

    BalasPadam
  2. Tat takpe AZ. Depan manusia , if kita menipu pun mungkin kita terlepas. Tapi , bila kat akhirat nanti macam mana ? Terlepas jugak kah ?

    & Rasulullah berkata kepada Abu Zar 'bercakap benarlah walaupun pahit'. :)

    BalasPadam
  3. setuju sangat!!

    cakap bohong lame2 mencuri.. ekeke :p

    BalasPadam
  4. katakan tidak pada penipu!..hehe

    BalasPadam
  5. like entri ni...
    tahap kejujuran tu kta sndiri handle..
    biarlah org len kata itu dan ini..yg pnting niat kta..=)

    BalasPadam
  6. Honesty is the best policy.. :-)
    saya datang menyinggah.

    BalasPadam
  7. perkara yang paling susah ialah berterus terang tetapi itu adalah ubat pencegah yang paling mujarab!

    BalasPadam
  8. betul tu..

    sesakit manapun kebenaran... sekurang-kurangnya ia memberitahu benda yang betul...

    BalasPadam
  9. yeahhh !! sgt menyokong statement anda "jujurlah padaku.." :)
    i like ;)
    betul tu.. takkan selamenye kita boleh menipu.. sepandai pandai tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jugak..kankan..?? jujurlah pada kebenaran, although sgt la pahet kan..

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^