Pages

01 January 2013

Kehebatan Perempuan

Satu-satunya kehebatan mereka ini, mampu mengalahkan semua lelaki. Kelebihannya ia dapat melawan kejahatan lelaki dan menghindarinya. Ia juga mampu membantu perempuan menjaga diri dari sesiapa.

Ianya hanya satu kelebihan.. iaitu naluri perempuan..

Wahai pembaca sekalian.. ada orang mengatakan lelaki ini gagah, dan perkasa dengan khuderatnya. Akan tetapi sebenarnya perempuan pula mempunyai kadar ketahanan yang tinggi.

Seperti lelaki dan perempuan
Umpama pedang dan perisai

Hendak digambarkan lelaki seperti superman yang gagah, keluli pun menyerah. Tapi perempuan seperti spiderman, walau apa yang datang dari segenap penjuru dia bisa mengelak, dan melawan kembali dengan bantuan instinct (naluri). Akan tetapi semuanya bergantung kepada kepantasan nalurinya. (Dinasihatkan untuk faham ayat diatas, sila google atau rujuk watak tersebut di youtube)

Kehebatan wanita adalah naluri..

Melalui six sense ini, perempuan adalah makhluk allah yang sangat hebat, dan mereka di anugerahkan kelebihan ini adalah untuk melawan logik akal lelaki atau sesiapa saja..

Walau mereka ditipu, penipuan itu akan terbongkar. Hanya masa saja menentukannya. Kalau mereka dikhianati mereka sendiri akan ternampak pengkhianatan yang terjadi.

Banyak kelebihan perempuan ini, dan jangan katakan perempuan ini lemah ya? :)

Apabila zaman ini berkata soal cinta


Cinta hanyalah permainan remaja. Cinta nilainya seperti permainan yang tiada nilainya. Cinta hanya menjadi janji-janji kosong semata.


Tidak ada pengorbanan
Tidak ada keikhlasan
Tidak ada kejujuran dan 
Tidak ada kesetiaan


Cinta itu sekarang hanya barang mainan. Mudah disebut, senang dilakukan. Mudah direbut, senang di leraikan.

Mungkin ini lumrah kehidupan yang disesuaikan dengan keadaan. Maklumlah, nisbah perempuan makin ramai. Sampaikan tidak jumpa pasangan. lelaki pula membantu mengisi ruang (ruang-ruang) kesepian.

That what we call give and take.

Adakah itu sebenarnya erti cinta? Kasih sayang? Tapi itu yang berlaku sekarang. Adakah ini yang orang dulu-dulu selalu katakan "cinta ini indah".. indah pada siapa? adakah ia benar..?

30 December 2012

Apabila Wanita dilamar


Saya berjanji akan menjaga awak..Menyayangi awak sampai akhir hayat.. Insyaalah bahagia dunia akhirat.. amin..

Terasa indah perkataan yang diungkapkan. Seumpama doa yang bakal dikabulkan. Seperti dipayungi ilahi dan kebahagiaan berada di hadapan. Itulah perasaan seorang perempuan yang menerima lamaran.. dirinya terasa bakal mendapat kebahagiaan yang sejati..

Tapi bagaimanakah jika ianya hanya janji palsu semata? Hanya sebagai alasan untuk mengeratkan hubungan? Mungkin untuk mendapatkan kepercayaan? 


Atau hanya berniat hendak bermain-main..? Test power? Market?


Jaga-jagalah diri wahai wanita sekalian.. janji2 palsu lelaki seperti ini sangat merbahaya.. ia mampu membuatkn seorang wanita itu lemah, kalah, dan menyerah.. jangan terpedaya dengan kata-kata manis itu..
Kenali dirinya.. perbuatanya, perlakuannya, percakapannya, pandangannya, dan insyaallah kamu akan berjaya membaca hatinya. Saat tu, barulah kamu mengerti apa yang sebenarnya dia mahukan.

11 December 2012

Hidup Ini Satu Pengembaraan


Selepas tamat zaman persekolahan, ape yg aku lalui hari ini adalan pengembaraan aku untuk mngenal dunia sebenar.. apa yang aku pernah belajar dulu, dipraktikkn dalam kehidupan.

Perancangan, pengiraan, pembahagian, pengorbanan, dan perhubungan..

Kata orang, bila sudah mula bekerja kita akan mula mngenali dunia sebenar.. Ya, aku mula mngenali dunia.. masyarakat yg berbagai2 ragam. Ada yg baik.. ada yg buruk.. kita kenalah pandai menilai..

Belajar dari orang yang berpengalaman. Jangan malu bertanya.. jangan trlalu percaya.. dunia ini penuh dengan fatamorgana.. 


Percayakn dengan sentuhan membawa kelalaian, bukan dengan mata yg mampu diperdayakn, tapi dengan hati yang boleh diharapkan jika dipandukan dengan ilahi.

Wassalam..