Hati seorang perempuan |
Jagalah hati seorang perempuan. Tidak kiralah dia itu sekental pepejal atau sekeras batu-batan. Hatinya tetap lembut bak tisu menyerap kelembapan. Dia nampak kental akan pendirian, teguh keyakinan dan bersemangat penuh dengan kegigihan. Tapi, dia tetap perempuan yang bersifat lemah dan lembut.
Berkata-katalah pada mereka, akan perkataan yang lembut dan sopan. Kerana mereka mudah terasa dan terkilan. Tersilap kata membawa dendam dan ingatan, sepanjang hidup sampailah masa dia dikapankan. Dendam bawa mati, dosa bawa musibah, dosa disoal nanti, diri membawa padah.
Katalah pada mereka kata-kata yang baik, mereka akan menerima perlahan-lahan. Jangan memaksa, jangan menekan, mereka akan mudah tertekan. Keputusan yang dibuat bakal mengikut berasaan tanpa menggunakan akal fikiran.
Berkatalah selembut-lembutnya, kerana hati mereka lembut bak sutera. Cantik dipakai tapi susah dijaga.
Jagalah sepenuh hati... insyallah selamat hatinya.