Pages

15 April 2012

Tahun 2012 adalah hari Kiamat?

Tahun 2012 adalah hari Kiamat?

Banyak penilik-penilik nasib dari serata benua mengatakan ada petanda kiamat pada tahun 2012 dan menurut mereka lagi pengiraan tersebut tidak pernah salah dari dahulu sehingga kini. Kata ahli pra sejarah menjumpai kalender purba yang menyatakan ada bencana besar pada tarikh tersebut. Kata para saintis pula, bumi semakin tua dan hampir mengalami kemusnaah dalam tahun yang lebih kurang juga. Ahli-ahli astronomi pula tidak telepas dari membuat kajian mencari petanda makna bahawa bumi akan dilanggar sebuah planet pada tahun tersebut. 

2012

Adakah ianya benar-benar akan terjadi ? 

Rata-rata ummat Islam menyanggah pendapat-pendapat mereka dan menyatakan tarikh kiamat adalah diluar pengetahuan manusia, yang mana Manusia kemampuannya itu cukup terbatas. Sepertimana yang kita tahu, menilik adalah sesuatu yang kurang pasti dan juga belum tentu sama ada ianya benar ataupun sebaliknya.  Menilik adalah sama seperti konsep melempar syiling dan meneka sama ada satu bunga ataupun kepala, ianya boleh jadi salah atau betul. Namun ianya syirik untuk diikuti. Kiamat tidak dapat diramal. Itu terang-terangan lagi sudah diberitahu-Nya kepada nabi kita.

Ia boleh terjadi atau belum masanya lagi.

Tapi ia tidak mustahil, setiap sesuatu Allah jadikan fitrah sesuatu benda ada ilmunya. Saya tidak kata ianya benar, tapi bersedialah, kiamat makin menghampiri. 10 tanda kecil sudah lama berlalu. Kita hanya menunggu saat-saat akhir dimana 10 tanda kiamat besar berlaku. Mungkin ianya petanda permulaan kepada kehancuran. Siapa tahu?

3 gempa bumi, tanda-tanda kiamat besar. Berapa kali gempa bumi yang besar telah meragut nyawa manusia? jepun, tsunami, hayati, baru-baru ni ada lagi bukan...??

Masa masih ada jangan dipersia, sehinggalah matahari terbit dari barat semua pintu taubat tertutup. Dengar khabar saintis luar, banyak plenet yang sudah mula berpusing melawat orbitnya. Bumi bakal menyusul.

2 ulasan:

  1. hanya Allah lebih mengetahui semua itu.. tak perlu tunggu kiamat.. mungkin boleh jadi sejam lagi nyawa dan roh akan terpisah... setiap masa kita kena ingat akan kematian agar kita tidak terlalai.. gempa bumi semua tu haruslah dijadikan kesedaran untuk kita ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Kata2 yang cukup padat dan mudah difahami. yelah, duk sebok cakap pasal kiamat, sedangkan nyawa bila2 boleh pergi.. Thanks atas peringatan. :)

      Padam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^