Gambar, pada umumnya rata-rata blogger tidak mengambil berat akan hal remeh ini dan sesetengah blogger menjadikannya sebab mengapa untuk tidak meletakkan komen pada blog yang dibawah pengurusan wordpress (aku pernah rasa sendiri). Sebabnya, bila nak post komen profile kita tiada gambar dan payah nak isi macam-macam. Sebagai contoh,
Sinopsis dalam bentuk vlog jika kalian tidak faham bahasa bunga ku.
Apa yang diperlukan,
Contoh sebelum Gravata |
Ini adalah komen dari member Blogger Perak iaitu Penyu. Beliau tidak mengenakan gambar pada komennya sekaligus orang akan melihat kekurangan disitu dan mengatakannya sebagai newbie atau baby. Tapi cuba bayangkan komen itu ada gambarnya, profile FB, twitter, link blog, maklumat peribadi, status bujang available dan makanan kegemarannya?? Hah, inilah masanya yang kalian tunggu-tunggu. Akan aku bantu, sekaligus memperkenalkan pada pembaca komen,
siapakah diri anda yang sebenarnya! jeng.. jeng jeng!!
Sinopsis dalam bentuk vlog jika kalian tidak faham bahasa bunga ku.
Pada permulaan, kalian boleh mula membuka laman yang bertanggung jawab sepenuhnya membantu menayangkan muka kalian pada seluruh alam, walaupun kalian hanya seorang blogger biasa, bahkan lebih nampak serius dan profesional dalam berblogging.
Apa yang diperlukan,
- Email login blogger. Email yang sama, yang selalu digunakan dalam komen. Kerana bila kalian meletakkan selainnya maka ia tiada efek.
- Gambar. Sebaiknya, cari gambar yang mudah dilihat dan dicam orang. Adalah yang lebih baik, jika menggunakan gambar yang sama dalam id fb atau blogger ( jika anda ada akaun google ).
Seterusnya terus kelaman ini Gavatar.com bagi meneruskannya. Klik perkataan "Get your Gavatar today" atau klik sini untuk terus pergi ( JOM ) dan isikan emel anda padanya. Setelah selesai, sila balas pengesahan atau confirmation email dari mereka bagi meneruskannya.
Kalau korang suka berdikari, bolehlah terus buat mengikut arahannya dan lompat kebahagian akhir sekali.
Kedua, setelah mengaktifkannya, anda akan dapat link berupa seperti, isi username dan password. Isikannya seperti biasa dan pastikan username biar serupa dengan akaun google jika mahu orang lain mudah mengenali anda.
Kemudian, selepas berjaya mengisinya dengan jayanya. Anda bolehlah meletakkan gambar melalui link seperti ayat yang tertera dibawah itu. "add one by clicking here!".
Selepas itu, anda boleh pilih untuk ambil gambar melalui mana-mana pilihan dan kemudian upload gambar tersebut. Setelah selesai, pilih rating gambar yang tersedia ( pandai-pandailah). Klik padanya.
Siap!
Maka siap sudah gambar kalian. maka terus boleh gunakan komen pada mana-mana blog tidak kira blogger, wordpres, atau dimana saja, anda akan mudah dikenali.
Tapi!!
Akhir sekali, ini adalah bahagian penting. Jika anda mahu ia nampak lebih berisi. Pergi keatas navbar Gavatar tersebut, pilih My account dan pilih Edit my profile. Isilah apa-apa yang patut. Tiba masa anda berdikari. Letak akaun fb, link blog, biodata peribadi, dan lain-lain. Setelah selesai, anda akan digelar, The new Avatar huahahaa... (mengarut-ngarut tengok the last air bender). Bahagian ini amat penting, jika tidak, anda umpama telah mengsia-siakan banyak trafik. Sesungguhnya anda dikalangan orang yang rugi. Ish ish ish...
Salam gembira. Nanti kalau dah jadi, cubalah try komen post ni ek? hehe... selamat mencuba.
nanti shera try ea.. ^_^
BalasPadam