Pages

04 Mac 2012

Tinggalkan yang terbaik, boleh jadi sempurna?

Hari ini, aku nak mula balik penulisan aku yang dah lama ku tinggalkan. Aku rasa aku perlu mula balik dari apa yang aku tamatkan dulu. Hampir setahun barulah aku benar-benar mengerti apakah itu maknanya setia.

Aku dahulunya suka menulis, kerana melaluinya aku dapat mengenal diri ku sendiri dan mencari kelemahan aku disamping mencari kekuatan untuk menjadi yang lebih baik dengan bantuan sahabat-sahabat di luar sana. Aku menulis dan terus menulis menerusi hati, turun ke lembaran maya ini. Banyak yang aku coretkan, dan kebanyakkannya memuaskan hatiku. Aku mulai rasa dihargai.

Semuanya bermula disaat aku mulai jatuh cinta pada laman blogger.com ini. Aku mencantikkan dia, aku hiasinya dengan berbagai perhisan agar dia menjadi perhiasan ku di alam maya ini. Boleh dikatakan aku banyak menghabiskan masaku dengannya pada masa itu. Dalam beberapa bulan, dia berjaya menaikkannya di mata aku dan aku rasa dialah yang sempurna dan terindah bagi tu, walaupun aku tau ada lagi cantik darinya. Aku tak peduli itu semua, yang aku tau dialah satu-satunya milikku sampai bila-bila Dan aku akan pastikan dia milikku selamanya.

Masa berlalu begitu pantas..

Pada satu hari aku memenangi hadiah yang membuatkan aku boleh berpindah ke wordpress.org yang boleh aktif percuma dua tahun berturut-turut. Wordpress yang dikatakan laman yang gah atau grand jugaklah kalau dipakai oleh seorang penulis, ia membuatku rambang mata dan hilang arah kerana terlalu seronok. 

Dalam tempoh itu aku keliru, aku keliru. Aku tidak tahu mana satu aku ingin teruskan. 3 bulan berlalu.. kali terakhir ialah pada bulan julai..

Kata orang..
Wordpress bagus, dan SEO mantap. Boleh untung kalau pemakainya mahir. Nampak ke sungguhan menulis ataupun serius, sebab ini laman berbayar.
Blogger baik untuk kos yang rendah, untuk yang biasa-biasa dan main-main saja bolehlah..

Aku terlalu mengikut kata-kata orang, dan aku mulai mencari apakah itu wordpress. Yaa.. ramai mengatakan ianya bagus. Tidak sampai dua minggu, aku memutuskan untuk meninggalkan blogger.com (biru-malam.blogspot.com) kepada wordpress.org (birumalam.com). 

Aku buta.

Apabila aku mula melangkah ke dalam dunia wordpress.org, aku bercelaru, aku runsing, aku seperti hilang arah. Aku cuba menulis, tapi tidak mampu menulis seperti dulu. Tidak sekerap dulu. aku cuba dan terus mencuba. Banyak yang aku curah, dan ku semai, tetapi tidak satupun yang subur cantik. Semuanya bagaikan batu di tepi jalan, pasir di tepian, sesawang di bucu perumahan, atau makanan yang tidak menyelerakan. Ianya seperti tidak kena dengan jiwaku. Tambahan pula adakala dia tiada (server down) ini mempuatkan aku bertambah benci. Aku mula meninggalknya sedikit demi sedikit..  dan terus berlalu meninggalkanya tampa ku sedari...

Hampir 7 bulan berlalu..

Aku sudah tidak menulis lagi. Banyak kali aku cuba tidak berhasil jua. Aku tidak tahu kenapa, sedangkan masa dulu, idea mencurah-curah bagaikan pancutan air zam-zam pertama kali mengalir, akhirnya kering bagai telaga mati. 

Hari ini.. setelah 7 bulan berlalu, aku merasakan yang aku sebenarnya terlupa sesuatu. Tiba-tiba terdetik aku mencari blog lama yang ditinggalkan dahulu. Aku cuba menulis artikel yang sedang kalian baca ini. Ternyata, mencurah-curah idea datang seperti air terjun. 

Ya..aku amat merinduinya. 

Sangat-sangat merinduinya. Sangat banyak yang aku ingin tuliskan.. Aku mulai faham dan mengerti. Apakah itu cinta dan apakah itu setia. Insyallah, aku rasa aku akan mula kembali menulis dan mencari kembali identiti ak yang sebenar melalui blog ini.

Nasihat aku, kalau ingin membuat sesuatu keputusan, berfikirlah betul-betul, dan janganlah dikaburi dengan  tiga perkara ini iaitu dunia, wanita, dan harta. Berfikir dengan waras, dan jangan sekali-kali salah langkah. 

Kalau sudah dapat yang terbaik, jangan sekali-kali ingin yang sempurna. Bersyukurlah, kerana selalunya peluang yang datang hanya sekali, dan sekiranya ada sekali lagi peluang, itulah takdir namanya.

Terlajak perahu,
boleh diundur,
telajak laku,
masa tak bisa diundur.

Wassalam.

3 ulasan:

  1. 2 laa..penat woo tgu kucing update..rupenyer ade blog bruu..cehh! hahaha:P

    happy back bro! ehem~ haha:P

    rinduu :)

    BalasPadam
  2. @syafiq thanks :)

    @eyka hehehe yeah! ehh bukan da g tau dulu ke yg az ade tuka blog huhuhuh

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^