Pages

22 Mei 2011

Teruskanlah Menulis Walau Semiggu Menderita


Sudah dua hari berturut-turut tidak dapat saya membuat sebarang entri terkini. Banyak yang saya mahu sampaikan tapi tidak kesampaian. Seperti yang kalian tahu dalam entri lepas [link], kecederaan ni masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Tapi tangan yang masih lagi dalam kesakitan dipaksa juga menulis untuk anda dan diri ini. Sangkaan saya bahawa sakit ini akan cepat sembuh adalah salah. Malah makin parah rasanya.

Maka dengan itu saya memutuskan untuk bercuti sementara dalam 5 hari. Harap dalam tempoh tersebut dapatlah tangan ni sihat sepenuhnya dan meneruskan tugas saya sebagai designer blogger untuk anda semua. Insyaallah, saya juga berhasrat ingin membuat satu contest untuk semua blogger dan berharap anda menerimanya.

Andai tangan ini tidak lagi mampu menulis mungkin ini adalah tulisan ku yang terakhir. Segala yang saya luahkan adalah nukilan saya sendiri dan kalau ada copypaste tu, mungkin satu dua entri mula-mula dahulu. Saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana hal ini dan terima kasih saya ucapkan pada yang sudi menerima saya seadanya. Saya doakan agan kalian dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang yang mampu bersuara untuk terus menggunakan kuasa dengan sebaiknya. 

Seseorang penulis bukan sebarangan manusia. Kemampuan mereka jauh lebih menyerlah dari mereka yang menyendiri, membisu tampa berbuat apa-apa usaha. Percayalah, andai apa yang anda lakukan ini sebahagian dari perjuangan untuk mendapatkan kebaikan. Saya juga memperingatkan jangan salah gunakan kelebihan. Ingat, menegur dengan berhemah, dan bercakap biar beradap. Wallahualam.


Tulislah dengan akal dan tangan,  
   sampaikan melalui hati yang murni, 
berpandukan Al-Sunnah dan Al-Quran,    
   jangan sampai nafsu mengawal diri...

Mencegah kemungkaran yang terbaik menggunakan tangan, kemudian lidah dan hati.
Ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon tampa buah-buahan.

11 ulasan:

  1. hee~ lepas ni boleh la baca dengan seronok . jangan pergi yerk cik azqar , saya perlukan design kamu ! haha

    BalasPadam
  2. get well soon! dont worry, skrg byk kemudahan perubatan..jumpe la physiotherapy!

    BalasPadam
  3. take care..get well soon..jgn pakse tgn tu..nnt maken parah lg ssh.. :)

    BalasPadam
  4. Seriously you need to be careful..if its getting worse go meet speacialist..aku x mmpu nk wat ape2..tp sbagai pmbaca blog ko..aku hanya mampu bg smgt!teruskan usaha!GAmbate neh!:)

    BalasPadam
  5. salam..akak doakan semuga cepat sembuh dah bolih tulis yg hebat2 lagi eh...

    BalasPadam
  6. serius sedih.. hope sehat2 k.. ^_^

    BalasPadam
  7. ececece header baru...bro semoga cepat sembuh ye..nanti bile-bile free kite kuar lg ye...

    BalasPadam
  8. weh...sedih gila ayat ang..
    entry lain macam je..
    insyaAllah tak da pape la..mesti boleh menulis seperti biasa.
    ~~kami sokong ang weh~~

    p/s: Allah sayangkan ang,jadi dia uji la ang~^^

    BalasPadam
  9. sedihnya baca... :( moga cepat sembuh ye bro..

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^