Hari ni saya nak bercerita tentang pelanggan tempahan pertama dan kedua rekaan header saya. Mereka apabila sudah memutuskan untuk menempah header pada saya, itu bermakna mereka sudah pun berpuas hati melihat sample-sample yang saya tunjukkan dan semestinya menerima dengan hati yang terbuka bersedia untuk membayar upah yang rendah disamping memberikan kepercayaan untuk mereka header mereka. Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang saya lakukan. Berikut saya sertakan siapa mereka,
lindahery.blogspot.com
Beliau ada meminta tempahan header, dengan diserikan bersama gambar perkahwinan beliau. Alhamdulillah dia menyatakan suka pada header tersebut. Walaupun saya ada meminta komen akan tapi beliau tetap bertegas mengatakan tidak perlu sebarang perubahan malah berpuas hati.
Maka hasilnya seperti yang kalian lihat. Tapi baru-baru ni saya lihat ada header lain yang menghiasi blognya. Tidak mengapalah, kadang-kadang baju yang kita beli bukan satu jenis saja kita pakai bukan? Tapi harap, kalau beliau nampak entry ini, harap beri komen ya header lama tu, untuk memperbaiki lagi hasil kerja saya.
macamnilahkita.blogspot.com
Sedara ni adalah pelanggan kedua yang katanya berpuas hati juga dengan perkhidmatan saya. Banyak kali juga beliau memberikan keritikan dan cadangan untuk membaiki hasil kerja yang dibuat untuknya, dan hasilnya cukup memuaskan hati masing-masing. Tapi ini kali pertama saya cuba membuat banner iklan selain dari banner 125x125.
Ia merupakan satu cabaran pertama membuat banner bergerak yang berjaya saya buat. Nak lihat cara ia bergerak tengok blog ben ni [LINK]. Alhamdulillah, katanya dia sudah membeli domain baru. So selepas sihat tangan yang cedera ni, dapatlah saya meneruskan hasratnya itu. Menukar nama header, dan banner kepada tiada dot blogspot. Kalau sihat, minggu depanlah siap. Doakan yang terbaik. Nilah iklan yang ada di blog Ben tuu kalau korang perasan :-P hehe terharu kot.
Saya cuba memberikan yang terbaik pada pelanggan saya. Tidak kira kawan ataupun sesiapa yang belum dikenali, mesra pelanggan adalah moto utama dan teliti kerjaku adalah matlamat bekerja ku. Kalau kurang berpuas hati, maka katakan lah, dan suarakan kalau mahu membatalkannya.
Saya bukan mengambil keuntungan dari segala kerja saya dengan berlebihan, akan tetapi upah kerja saya berpandukan hasil usaha dan kemahiran yang setimpal. Saya tidak terlalu hebat dan tidak terlalu Profesional. Tapi, saya ada kemahiran dan saya boleh lakukan ikut kemampuan. Saja minta upah yang sedikit agar berbaloi deagan hasil yang saya lakukan. Sekian.
yess sangat berpuashati,.. akan lantik encik biru malam sebagai designer saya taknak org lain dah,.
BalasPadamdoakan semoga cepat sembuh,. kalau ada kat kl sy dah urut dah tangan tu,. cepat2 la sembuh yer,.
@macam2
BalasPadamwahh! naik pangkat dah.. syukur.. hehe saya akan buat yg terbaik boos.. hehee.. amin moga2 cepat sembuh tangan ni.
mesra pelanggan moto yang bagus. teruskan usaha.
BalasPadam@ros
BalasPadamhehe semestinya!.. tampaa pelanggan yang berpuas hati, belum tentu dia akan kembali memerlukan khidmat kita lagi.. :)
kih kih kih!!!! jgn le marah @ kecik hati ye.. header saya sentiasa btukar....ni mesti jarang lawat blog saya kan!!! tiga-tiga header yg azqar buat, semua dah pakai taw... yg baru ni saja gatal2 nk tukar...heeeheee... jgn risau, saya tetap akan pakai header yg azqar buat tu ye... :)
BalasPadamsaya juga berpuas hati dengan hasil karya yang az buat.. Hahaha.. Boleh ke macam tu.. >.<" eheee
BalasPadam@k.lin
BalasPadamhehhe tauuu banyak kali gak jejalan negok.. bertukar2 je.. hhehee saje je tnye :P . memeang laa kang2 boring jugak benda yg same je kan?? hehhehe
@shaherah
heehhe buleh jee.. :P thanks.. terharu plak XD
wah..tahniah diatas usaha mu itu :)
BalasPadamkalau nak tau shaherah yg rekomen kt sy
BalasPadam@eady
BalasPadamThanks.. hehehe mesej kalu perlukan pertolongan ye? :)
@macam2
eh ye ke?? hehe kenal dia macam mana ye?? :D
@shaherah
Thanks ye :)