Pages

02 April 2011

Blogger sepenuh masa bukan senang

Full_time_blogger

Az telah mencubanya selama 2 minggu berturut-turut. Fuh, itu pun tak full time sangat la. Shift time, pagi petang atau petang malam. Bukan senang ingin berjaya dalam berblogging. Benar apa kata-kata brader ben, kalau blogger baru nak berjaya perlu merasa kepahitannya dulu. Yaa.. masih merasakan kepahitan dan kesakitan. Hehee akibat kerja menaip yang terlalu kerap, sampaikan sakit pula sendi-sendi dan otot lengan (aii, lebbik ke brader oi).

Bukan lembik, mana taknya sakit. Menulis entri dah 3x (eleh sikit ja), dah tu blog walking lagi (macam laa bnyak sangat!), bagi mesej pada blog orang lain di shoutbox mereka (ewmm.. macamlah kau tu kenal tuan blog tuu), baca entri dan komen (hah, hang tu faham ka apa orang lain tulis?), dan last sekali update blog. Haa yang tambahan tu tiada kaitan hnya suara nafsu hati yang dengki bila orang ingin berbuat baik.

Sakit laa tangan ni. Baru shift blogger, bukan full time! Tapi aku berpuas hati dengan usaha selama dua bulan berhasil. Az bukan nak sangat kejar Nuff atau BE atau seumpamanya, tapi nak mencari pengalaman berblogging dan berkawan dengan dunia luar. Alah tipulah tidak ada niat nak duitkan? Ada, memang ada. Tapi hanya sampingan bukan matlamat utama. Kalau dapat, itu adalah bonus kepada usaha, yang Az kejarkan adalah mencari pengalaman, kawan, ilmu, dan menyampaikan ilmu yang ada di dada. Pengalaman itu mahal harganya, maka rebutlah sementara berupaya.
Jangan kejar dunia,
  kerana ia hanya sementara,
jangan lupa dunia,
  kerana ia membawa bala.

6 ulasan:

  1. mmg ssh nk jady blogger.. ak ni pn ssh jgak.. :)

    BalasPadam
  2. same la, buat blog bkn utk tatapan sepanjang mase..ader mase free update and BW klu xde kene tnggl la

    BalasPadam
  3. betul tu. macam mana blogger2 yang buat full time? eeemmmm aku yang ada masa 2 hari ni pon rasa nak kembang pungung aku ni. hehhehe

    BalasPadam
  4. as salam..
    yup! menajdi blogger tegar memang sukar.
    perlu berusaha sebaik mungkin untuk maju
    ;)

    janji, ada niat, usaha adn tawakkal yang utuh tak gentar dek badai ;)


    SAYA SUDAH CUNKAN BLOG SAYA ! SILA LA SINGGAH KAWAN KAWAN !

    http://fadzli-rt.blogspot.com


    saya reader baru dalam blog ni, nak tahu perkembangan blog ni~maka saya follow..
    kalau ikhlas..follow la saya semula ;)

    BalasPadam
  5. baru perasan..
    rangkap yang akhir tu.. kurang sesuai.

    jangan lupa akhirat,
    kerana ia adalah penemu kepada yang berkekalan.

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^