Pages

23 Mac 2011

Faktor Mengurangkan Pembaca ( Reader ) Blog

Faktor_Pembaca_Kurang

Ramainya merungut akan kekurangan pembaca. Boleh kata hampir seharian blokwalking, tetapi masih tidak sepadan dengan komen balas pembaca yang diberi. Hanya meninggalkan jejak di shoutbox dan chatbox,

"Saya dah balas singgah" 
"Follow saya ye" 
"Jalan-jalan sambil minum air" 
"Salam.. cantik blog :D"

Ini antara respon pembaca yang selalu kelihatan. Bagi yang tiada kotak mesej ini, lagilah kesian kerana tiada sebarang tanda pengunjung. Pada entry saya pada kali ini harap tidak mengecewakan anda.

Aku amat faham akan perasaan seorang penulis atau lebih mesra sebagai blogger. Mereka amat mengharapkan balasan dari pembaca. Tidak follow tidak mengapa, akan tetapi sekurang-kurangnya biar ada pembaca. 

Apakah fakto-faktor ini boleh berlaku?
Adakah ini salah satu ciri-ciri entry anda? Jika tidak, tinggalkan. Hanya yang ingin tahu teruskan membaca. 

1.  Tajuk tidak menarik
Sebelum ini ada saya mengupas isu ini. Tajuk adalah wajah kepada entry. Kalau tajuk yang simple, biasa, dan kurang menarik akan membuatkan pembaca membayangkan akan entry yang kurang memuaskan.

2.  Entry mereka kosong dan syok sendiri
Bukan bermaksud tiada entry, akan tetapi enry yang ditulis tiada yang bermanafaat yang boleh diterima pakai. Tambahan pula bagi mereka yang suka menulis entry peribadi. Maaf saya hanya menulis. 

3.  Topik yang kurang menarik
Topik yang dibawa tidak kena pada masa dan tidak disukai oleh pembaca. Seperti contoh, ada unsur dewasa yang keterlaluan, lebih kepada luahan perasaan yang agak memualkan (boring), dan seumpamanya.

4.  Penulisan yang terlalu panjang
Entry yang ditulis berjela-jela, tapi point yang disampaikan hanya sedikit. Sehingga membuatkan pembaca terpaksa melangkau penulisan anda dan adakalanya terus membawa diri.  

5.  Jenis tulisan yang keterlaluan
Tulisan memainkan peranan penting dalam berbloging. Jika tulisan anda terlalu kecil, terlalu tebal, terlalu berseni, dan terlalu sukar untuk dibaca, akan membuatkan pembaca terus meniggalkan penulisan anda. Hatta, penulisan sehebat mana pun pasti tidak diendahkan

6.  Copypaste entry 
Inilah entry yang paling tidak disukai oleh pembaca. Tambahan lagi entry itu adalah entry pembaca itu sendiri. Kaedah ini mungkin memudahkan blogger, akan tetapi hanya seketika, dan bakal tidak disukai oleh pembaca akan datang.

Apakah pula cara-cara mengatasinya? 
Sudah semestinya berlawanan dengan cara yang salah tadi dan ada sedikit tambahan.

  1. Tajuk menarik
  2. Entry yang padat dan mesra pembaca
  3. Topik yang menarik
  4. Penulisan ala kadar dan padat
  5. Jenis tulisan yang biasa digunakan
  6. Copy Combine Conclusion Create and Creative Blogger(c5 blogger)
Saya juga akan memperkenalkan kepada pembaca sekalian teknik c5 blogger yang saya cipta ini. Saya tidak akan mengecewakan anda. selamat membaca. Saya sudah pun meng-update sambunggannya. klik ini.

APAKAH PENDAPAT ANDA ?? SILA BERIKAN KOMEN


Sekian, kalau saya buat sambunganya terus. Pasti pembaca akan skip dan mula cepat boring. Ini adalah untuk tidak membiarkan point asal saya lari dari mata pembaca. 

Thanks, sudi membaca.

5 ulasan:

  1. agreed with you on the points on how the bloggers can make their article great. For comments, please visit other ppl's blog and comment, in return they will also do the same.

    Shoutbox is no big deal, its "Post A Comment" which is more relevant.

    BalasPadam
  2. haha..
    bab tulisan tu mmg aku sokong..

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^