Faktor_Menambahkan_pembaca |
Berikut adalah entry sebelumnya.
Apakah fakto-faktor ini boleh berlaku?
- Tajuk tidak menarik
- Entry mereka kosong dan syok sendiri
- Topik yang kurang menarik
- Penulisan yang terlalu panjang
- Jenis tulisan yang keterlaluan
- Copypaste entry
Sudah semestinya berlawanan dengan cara yang salah tadi dan ada sedikit tambahan.
1. Tajuk menarik
Biarkan tajuk seiring dengan isinya. Nama tajuk perlu nampak berseri agar pembaca minat untuk membaca isinya. Seperti contoh beza, "hari ini saya makan di Pulau pinang sedap" dan "Santapan Idaman Pulau Pianang mengancam".
Kalau anda belajar Bahasa melayu, mesti tahu ayat pasif dan agresif. Gunakan ayat agresif agar nampak power. Peringatan penting! jangan letakkan simbol-simbol dalam tajuk. Memang ianya cantik, akan tetapi sesetengah pembaca kurang berminat. Hanya tips saya, tidak ikut tidak mengapa.
2. Entry yang berisi dan mesra pembaca
Tulislah entry yang berisi, jangan sekadar tulis "saya hari ini pergi pasar". Ia tidak mengambarkan langsung apa-apa. Cuba tulis apa yang anda dapat dari pasar, contoh, "wanita harus pandai ke pasar", "Pasar kini bersaing harga" dan lain-lain. haa.. sambunglah lagi bagi ada input yang disampaikan.
Bagi penulis blog peribadi, jika anda mahukan membaca, biarkan sampai entry membuatkan pembaca memahami anda, mengenali anda, membuatkan pembaca berfikir, mendapat teladan hidup, dan biarkan pembaca menyelami hidup anda. Kalau tidak, terserahlah. Hak blogger itu sendiri.
3. Topik yang menarik
Topik yang dibawa biarlah kena pada tempatnya. Andai berita, pastikan sesuai untuk pembaca. Selalu berlatih membaca surat khabar. Peringatan jangan syok sendiri. Cuba jadikan diri anda sebagai pembaca "adakah pembaca lain akan membaca artikel ni?" "merapu sangat kah?" dan lain-lain.
Cuba elakkan menulis topik yang sama berkaitan dengan sesuatu perkara. Contoh, "artis berpakaian tidak senonoh", jangan tulis benda yang sama, isi yang lebih kurang sama, atau sekadar letak gambar. No no no.. be cretive! Cuba tulis cerita disebalik cerita, seperti pendapat, cara mengelakkan, cara menghindari, motivasi, atau menekankan perinsip meneladani peristiwa. Sedah semestinya artikel anda akan dibaca.
4. Penulisan ala kadar dan padat
Jangan biarkan berjela-jela meleret hingga melalut. Biarkan entry anda padat dengan point-point penting. Ini ialah blog, bukan surat khabar, bukan novel, dan bukan buku ilmiah. Ianya BLOG! Pembaca kebanyakan inginkan sesuatu yang mudah dan padat. Ambil yang penting dan cuba membuat artikel dari rumusana anda.
5. Jenis tulisan yang biasa digunakan
Tulisan biar seperti tulisan asal. Jangan tukarkan kepada tulisan yang berapu-rapu sehingga menyukarkan pembaca untuk membaca. Bold untuk tajuk yang penting, Italic untuk perbualan atau gaya bahasa, dan underline untuk point penting. Ikut kretiviti. Jangan syok sendiri.
6. Copy Combine Conclusion Create Creative (c5)
Say no to Copypaste! just say yes to c5 blogger! Macam mana hendak melakukannya? Copypaste merupakan tajuk yang paling hot dikalangan blogger. Ini pula jalan penyelesaian dan teknik mengelakkan dari menggunakan hasil orang lain sebagai hasil sendiri, yang mana kita akan di cop sebagai Muka Pencetak ala Perompak.
- Copy, atau salin maklumat yang ada.
- Combine, atau gabungkan hasil yang seumpamanya.
- Conclusion, atau rumusan dari hasil pengumpulan pengetahuan.
- Create, atau mencipta sesuatu yang baru dari rumusan.
- Creative, atau kreatif akan sesuatu yang dicipta dan menambah baikkan keseniannya.
Dengan cara ini, anda bukan dari golongan Copypaste, tetapi anda adalah golongan c5 blogger yang Hebat! tiada siapa akan rugi. Bahkan anda akan menguntungkan kepada semua para blogger.
Maka jika anda berjaya melakukannya, insyallah anda akan berjaya. Tapi semua itu bergantung kepada berkat usaha dan yakin.
Kepada yang berminat saya buka kepada sesiapa yang bersedia mahu
diterjah dan diberikan cadangan untuk menambah baik blog masing-masing.
Silakan letakkan pendapat anda dan link.
Saya akan cuba yang terbaik selaku Blogger Perihatin!
bukan sebagai pro blogger.
(^_^)
My friend right?
Lambat tak dapat. maaf hehe
Sekian dari Az.
haha.. ada juga entri aku yg c5..
BalasPadamyg penting kita kreditkan kat sumber yg kita ambil tu..
Mai2..terjah blog sy..hihihi
BalasPadamtengok blog saya meh :D
BalasPadam@OK
BalasPadamhehe betul2.. jgn lupa org tuu~~
@intak
hehe otw.. insyallah.. :D
@farah
hehe sentiasa tengok daa.. :P
thnks sume.. :)
input yg amat bergune....hidop biru malam!!caiyok caiyok..
BalasPadamWow HEBAT juga idea Bro AZ.... TEirma kasih atas perkongsian idea Bro Az.memang TIP TOP idea nii... :)
BalasPadamtengs..mmg bagos ni..
BalasPadam