Kepla_moto_pecah |
Baru-baru ni saja, sudah banyak kematian yang berlaku hampir dengan hidupku. Belum lagi nak dikaitkan dengan mangsa gegaran di Jepun. Nauzubillah himinzalik. Tadi, baharu sahaja kedengaran berlaku kemalangan. Yaa kemalangan jalan raya, bukannya mat rempit, akan tetapi hanya penunggan biasa.
Katanya, mangsa membawa motor dalam keadaan baik sahaja, dalam keadaan hujan yang renyai, gelap malam mungkin menganggu kejelasan penglihatan. Dengan kelajuan yang sederhana dan berhenti di persimpangan. Mereka meneruskan perjalanan selepas lampu traffic berwarna hijau.
Tidak disangka-sangka, dalam keadaan jalan yang agak licin, motor yang dipandu bersama penumpangnya tergelincir di tengah-tengah jalan. Mangsa tersentak, dan mulai terkejut dari lamunan selepas melihat sebuah van yang laju dihadapan menghmpiri mereka. Zaaas.....
"berhenti, berhenti, B E R HENTI I i i i i i i i ! ! !"
Van tersebut tidak mahu berhenti seperti mahu melarikan diri. Seorng mangsa mati digelek, dan seorang lagi mati diseret 4 meter hancur kepala.
Yaa allah.. semakin hampir. . . maut itu. .
Apalah nasib mereka,
apakah cukup amalannya?
apakah selesai hutangnya?
apakah sudah dijalankan tanggungjawab yang sepatutnya?
Sama samalah kita berdoa agar dia dan kita diselamatkan dari azab siksa kubur yang semakin menghampiri.
huhu ,betul ,
BalasPadambila kite dengar brita kematian ,tandanya dekat dah giliran kite jugak an .huhu .
nice entry^^