Hari ini pasti ramai yang sudah mendapat keputusan SPM tahun 2011. Meraka ialah masa hadapan negara. Kini mereka sudah mula mencari hala tuju masing-masing mengikut kehendak hati demi mencapai cita-cita yang diimpi. Tidak kiralah sama ada mereka sudah berjaya dengan cemerlang ataupun ada yang gagal dan berhasrat untuk mengulang.
Mereka harus sudah bermula merancang masa depan sama ada, meneruskan pembelajaran, bekerjaya, ataupun sudah mahu berumahtangga? Mereka harus mula merancang dari sekarang, kerana mereka sudah sampai ke alam dewasa, dan bukan lagi kanak-kanak.
Jika ingin menyambung pelajaran, fikir betul-betul corse yang ingin diambil. Jangan ikut suka hati takut memakan diri. Ukur baju di badan sendiri, kalau tidak rugi suatu hari nanti. Kalau tidak mampu, cuba cari yang bersesuaian dengan diri. Andai ada ibu bapa yang menyarankan sesuatu. Beranilah menyuarakan kemampuan anda. Saya pasti mereka hanya mahukan yang terbaik dari anda.
Jika ingin bekerjaya, fikir betul-betul basa hadapan yang akan ditempuhi. Zaman sekarang nilai ata wang semakin tinggi. Sebelum mencapai usia 25tahun mampukah anda membina aset sendiri dengan kerjaya itu? Bekerja menggunakan SPM sekarang amat sukar diperolehi, dan nilai gajinya belum tentu membantu masa depan. Fikirlah yang terbaik untuk masa depan, bukannya sekarang. Sebaiknya belajar dahulu kalau mampu. Andai tidak, carilah kerjaya kerajaan kerana cerah masa depan.
Jika ingin berumah tangga, berfikir dengan waras dengan akal yang sihat. Selalunya wanita akan memilih pilihan ke3 ini sebagai penyelesaian. Sila katakan TIDAK! Kerana anda perlu juga berjaya. Sebarang kemungkinan mungkin berlaku. Andai yang sudah berumah tangga bermasalah, Adakah anda mahu meminta pertolongan keluarga ibu? Jadilah wanita yang berfikir. Tidak rugi bekerjaya. Agar bahgia hingga keakhir hayat.
Ini adalah pengalaman orang yang sebelum dari kamu. Kamu sudah merasakan asam garam kehidupan terlebih dahulu. Saya hanya menunjukkan jalan, dan anda harus memilih jalan yang mana. Jangan salah langkah.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak masa tidak akan kembali,jika masa tidak bisa diundur, maka rugilah hidup sampai mati.
Kalau sudi sebarkanlah link ini kepada rakan-rakan kalian untuk ditatapi. Thanks.
Hanya ini pesananku kepada adik-adik sekalian. Hanya ku mampu berdoa agar kejayaan kalian. Semoga Allah memberikan kejayaan diri, kebahagiaan hidup, dan kesenangan di dunia dan di akhirat nanti, insyallah.
Sekian. :)
terima kasih bg nasihat yang sangat bergune :)
BalasPadam