Harini aku sengaja buat 4 rangkap pantun. Khas buat penulis dan blogger.. .
Tangan manusia, biasa tidak berkuasa,
tidak tajam juga tidak merbahaya,
adakala ia mampu meragut nyawa,
kalau takdir-NYA mampu memberi bahagia.
Menulis sesuatu memanglah mudah,
mengarang bukan perkara yang senang,
perbuatan yang baik selalu diperendah,
hanya nafsu sahaja menjadi penghalang.
Ikut rasa menjadi binasa,
ikut hati membawa mati,
janganlah menulis kerana harta,
kerana ia bisa merosakkan kretiviti.
Menulis kerana fakta, datang dari hati,
mengarang dengan perasaan, penuh rendah diri,
biar bermakna apa yang diberi,
jagan biarkan ia sia-sia tampa sebarang erti.
Sekian..
0uh berseni jugak lam pantun2 neh ehh...hehe =p
BalasPadam