Pages

31 Januari 2011

Mengapa kita perlu bermusuh?

Salam..



Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 Maksudnya : " Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain ".

Kita di dalam sesebuah negara yang aman. Tiada peperangan, tiada penindasan, juga kezaliman. tetapi mengapa ada segelintir masyarakat suka bermusuh-musuhan? adakah mereka mahu menegakkan keadilan, atau mereka tidak dapt apa yang mereka sendiri mahukan? cuba kita renung kembali. Ianya kebenaran, atau kepalsuan? hanya diri sendiri saja dapat mengukurnya. Pada pendapat sahabat sekalian, mengapa perlu terjadi begini, tidak bolehkah ia dibawa berbincang?

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

1 : Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"  

2  : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

3  : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "



Peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya : Maksudnya : " Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"



Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah, wahai sahabat seperjuangan.

(hadis-hadis diambil dari petikan khutbah ini )

Wassalam..

5 ulasan:

  1. salam.. wah. bgus idea blog awak. hee..
    menarik utk kite. dah follow pun ur blog.. hee~

    BalasPadam
  2. wkumsalam.. thanks heehe masih baru lagi, blog kmu pon bnyak info2 dan input2 yg brgune. Same2 kita kongsi2 =)

    BalasPadam
  3. hehe... okay.. teruskan bgi input 2 utk kita bca tau.. :))
    baru buat blog eh??

    BalasPadam
  4. semestinya! dah itu matlamat menulis nie (menaip) hehehe baru lagi. newbe nk mintak tunjuk ajar sifu yg da lame. =P

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^