Pages

30 Januari 2011

Falsafah Ilmu Panglima

Sewaktu zaman pertengahan, kita ada mendengar sejarah-sejarah tentang kehebatan tamatun-tamadun dunia yang hebat. Seperti Rom, Cina, Jepun, Parsi, dan lain-lain. Kalau dunia Cina boleh berbangga dengan ilmu peperangan "the Art of War" oleh Sun Tzu, dan Jepun boleh bermegah dengan ilmu falsafah samurai "The Book of Five Rings" oleh Miyamoto Musashi. Kita sendiri juga boleh merasakan kehebatan ulama' kita jua, seperti falsafah Panglima.



1. Berdiri tegak

  • Berdiri merupakan satu posisi yang paling sempurna bagi manusia. Hanya manusia yang mampu berdiri tegak dan dapat menstabilkan diri berbanding makhluk lain seperti haiwan-haiwan yang lain. Dengan berdiri tegak, manusia dapat bergerak dengan mudah tidak kira bagai mana bentuk permukaan bumi. 
  • Melalui posisi ini, manusia dapat membentuk keyakinan diri.



2. Berani 

  • Takutkan sesuatu selain Allah boleh membawa kepada syirik. Bila syirik menguasai diri, berlakunya murtad atau mati kafir boleh terjadi. 
  • Berani tidak bermaksud tidak takut. Tetapi berani boleh dikatakan suatu sifat yang membolehkan seseorang itu menegakkan kebenaran, dan menghindari kesesatan. 
  • Melalui sifat ini, manusia itu akan lebih yakin dari biasa. Dirinya akan terus berusaha mencari kebenaran, dan belajar sesuatu dari kesilapan.



3. Pantang berundur

  • Nabi Muhammad SAW, cukup pantang dari berundur dari medan perang. Baginda tidak pernah mengundurkan tenteranya dari medan perang. Bahkan  ada juga hadis nabi mengatakan baran siapa yang lari dari medan peperangan boleh jatuh kafir. Baginda akan terus mara, dengan keyakinan dan berkat pertolongan Allah akan membawa kejayaan kepada mereka dalam peperangan. 
  • Ada ketika baginda berundur, bukan bermakna lari. Tetapi bersedia mencari srategi baru dan akan menyerang kembali. Itulah taktik peperangan, itulah taktik kehidupan. 
  • Bila manusia tidak mampu untuk mengharunginya, jangan lah kau mengalah. Akan terapi, cuba mencari kelemahan, kekurangan, dan kesalahan. apabila sudah diperbetulkan, insyaallah akan berjumpa dengan jawapan yg dicari.



4. Jujur, Amanah, dan Tepati janji

  • Rasulullah sendiri seorang Alamin (sentiasa jujur), beliau juga amanah dalam tugas yang diberikan. beliau juga boleh dikatakan menepati segala janji-janjinya. Dengan adanya ketiga-tiga sifat ini, seseorng itu mudah dipercayai. 
  • Segala urusan akan bertambah mudah.
  • Bila mulut kata jujur, tangan jadi amanah, bila janji ditepati, segala urusan menjadi mudah.



5. Hanya satu tujuan

  • Tujuan kita hnya satu. Membawa diri pada yang satu. Allah dah memberikan kita petunjuk. Kita hnya hidup sementara didunia, dan yang kekal itu akhirat selamanya. 
  • Tujuan kita bukan untuk bermusuh-musuh, tetapi Allah nak kita bersatu. Melalui masjid kita bersatu, dan melalui persatuan kita juga boleh bersatu. Bukan untuk menentukan siapa menangn siapa hebat. 
  • Hidup kerana Allah, mati kerana Allah. Mati itu susah, syahid itu hadiah.Kita boleh membaca, mengkaji, atau mendalami buku-buku falsafah mereka. Tetapi janganlah sampai terikut agama dan kepercayaan mereka. apa yang membezakan kita dan mereka adalah, kita dari ummat manusia iaitu hamba Allah, Khalifah dimuka bumi, juga hidup tidak seperti mereka sangka bhkan ini hanyalah sementara dan penghujungnya iaitu akhirat yang kekal abadi.


Sama-samalah kita renung-renungkan.

Wassalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^