Pages

11 Ogos 2013

Strategi kutip duit raya berkesan

Duit raya
Kalau nak diimbau kembali zaman dulu dengan sekarang. Banyak kenangan pahit manis sewaktu kita kanak-kanak pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Bukannya hanya hendak mengeratkan tali silaturrahim, bahkan hanya kerana satu impian, iaitu mengutip kekayaan di hari lebaran. Hehehe..

Zaman dulu kita kecik-kecik tidak ada perancangan bila pergi beraya. Main redah, sampai tak larat. Baru balik kira duit. Keuntungan yang diperolehi sangat sedikit. Tapi bila umur dah meningkat dewasa, akal makin bergeliga. Strategi pemasaran menjadi-jadi. Hehehe...

Di sini Az nk berkongsi tips-tips mengutip duit raya sehari yang mampu mengaut keuntungan RM100 sehari. Sekarang paling sikit biasanya satu rumah RM1. Kalau 10? 50, dah RM50 kalau  kalau 5 hari? dah 250 hahahahaa.... tapi ada yang bagi RM2,5 .. so?? hehehe ( giller kalau time budak-budak ni, Az sanggup berpanas nak kaya ) hahaha.. ( sayangnya dah tua bangka baru jumpa teknik ni). Mari kita baca dan praktikkan dalam dunia perniagaan. 

Perkara perlu dilakukan :
  1. Peta kawasan, gunakan google map untuk mencetak peta kawaasan yang mahu beraya. Pergi dari rumah kerumah. Mesti ada target. Pangkah rumah yang sudah beraya dan tandakan " O " pada rumah yang belum pergi. Pergi kembali selepas sehari dua. 
  2. Barang penting, pastikan kelengkapan penting seperti beg, telefon ( jika ada kecemasan), topi (kalau panas), dan payung (kalau hujan). Sebaiknya ada basikal bagi mengurangkan mengeluarkan tenaga.  
  3. Sasaran, pastikan rumah beraya adalah orang muslim berkeluarga (jangan pergi beraya rumah brader bujang). Nanti bukan kome yang beraya. Deme yang dapat duit raya nanti hahahhaa.. (kene paow)
  4. Makanan, jangan makan terlalu banyak. Walau sedap, pastikan makan ikut ala kadar. Secukup rasa, seteguk dahaga. Kerana Az tak mau, kome masuk hospital sebab makan banyak sangat.
  5. Berdoa dan Solat, jangan sesekali tinggalkannya. Kompem, kalau tinggal yang ni.. sikit la kome dapat! hahahaha ni sumpahan! so pi solat sekarang!
Perkara yang jangan dilakukan :
  1. Meminta, duit raya adalah pemberian. Jangan sesekali meminta. Kalau tak dapat. itu bukannya rezeki. Kalau dapat itu rezeki. 
  2. Mengeluh, keletihan dan kepanasan adah perkara biasa bila beraya. Maka dengan itu persiapkan payung dari panas  dan hujan. Berhenti dirumah orang yg beraya lama sedikit bagi menghilankan letih.
  3. Menyerah, jangan sesekali menyerah kalah. Habiskan target hari ini. Kalau tidak, anda tidak akan dapat target yang diingini.
Selamat mencuba..

p/s : sebaiknya ada yang memantau keselamatan budak-budak ni. Pastikan ada orang dewasa yang menemani mereka. :) 

Ok tak macam ni? kalaulah kita masih muda..

1 ulasan:

  1. Nice post. I like to share this article in my website too. please share more interesting posts.

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^