Pages

16 April 2012

Salah lelaki atau wanita?


Salah lelaki atau wanita?


Lelaki adalah penyebab banyaknya terjadi kes pembuangan bayi. Ada orang kata, lelaki bila dah buat projek tinggal saja wanita tu terkontang kanting. Tidak ada rasa tanggung jawab langsung! (perggh hhehehe pedas giller). Ini yang aku dapat rumuskan. Siapa salah, lelaki atau wanita?

Kata wanita : Lelaki banyak buat salah, mungkin kerana, lelaki penyebab segalanya berlaku. Kalau bukan lelaki tu nak memikat, tak mungkin perempuan tu terpikat. Lelaki juga ego, pentingkan diri dan memang tidak ada sifat setia.

Yaa memang betul apa yang berlaku sama dengan apa yang disenaraikan. Akan tetapi ada pula lelaki mengatakan akibatnya adalah kerana perempuan juga.

Kata lelaki : Perempuan adalah penyebab lelaki menjadi tidak berkualiti. Melalui pakaian, lelaki mudah jatuh hati. Melalui godaan, lelaki mudah cair, lagi-lagi bentuk badan perempuan yang NAMPAK menawan, buat lelaki lemah.

Itu yang selalu didegarkan dan saya ada terlihat iklan Ustazah Pilihan dan Imam Muda berbicara mengenai isu pembuangan bayi. Masing-masing macam err.. "menunding jari kearah sesama mereka"?? (penin den nengok orang yang bakal memimpin cam gitu

Perempuan ada menyalahkan lelaki, kerana semakin ramai lelaki yang tidak setia dan suka main tak aci dalam permainan kayu konda kondi (lari topik jauh sikit). Ada juga lelaki yang tidak serius dalam apa jua urusan mahupun hubungan. Ada juga mereka mengatakan lelaki apabila sudah dapat apa yang dimahu, dia tinggalkan wanita tersebut terpinga-pinga dan terkontang kanting tanpa arah tuju.

Bagaimana pula kalau saya katakan wanita yang bersalah, adil tak? Ye lah.. pakai macam-macam, mana lelaki tak tahan, sampai menjual macam-macam. Semua tu betul, dan sebenarnya bagi saya semuanya terletak pada diri sendiri. Masing-masing perlu mengambil peranan dalam menyelesaikan masalah ni. 

Lelaki sebagai pembimbing, mereka perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Mereka juga lebih panjang akal dalam memikirkan satu-satu masalah dan menyelesaikannya. Mereka yang lemah selalu tertidas dengan akal yang jahat.

Wanita sebagai pemberi semangat, mereka perlu menjaga diri dari menyalah gunakan kelebihan yang ada. Ketelitian dan kesungguhan yang wanita ada melebihi lelaki. Tapi jangan terdorong dengan nafsu, kerana wanita bakal lemah.

Wanita adalah tulang rusuk lelaki, dan lelaki tidak boleh hidup tampa sokongan wanita.

4 ulasan:

  1. salah kucing sebenrnyer..zz zz zz..kahkahkah:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. eee... xde kaitan! chait! hahaha salah domo ar

      Padam
  2. salah lelaki dan perempuan sebenarnya sebab tak tahan nafsu

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^