Menang_atau_kalah |
Perkara ini selalu berlaku dalam situasi pasangan samada kawan, tunang ataupun keluarga. Sabar selalu dikaitkan dengan kekalahan. Salah seorang yang tidak mahu mengaku kalah akan terus melawan, sehingga salah seorang mengalah. Tapi jikalau kedua-duanya tidak mengalah, maka terjadinya perbalahan hanya disebabkan perkara kecil sahaja. Tapi tahukah anda, mengalah adalah kemenangan. Kenapa saya berkata demikian? Padahal dalam situasi mengalah itu berasal dari perkataan "KALAH" bukan? Perhatikan fomular berikut yang mana satu betul,
(a) mengalah = men + kalah ( saya kalah )
(b) mengalah = meng + alah ( menanglah )
Kata asal memang nampak jelas perkataan KEKALAHAN akan tetapi hakikatnya adalah MENANG. Yaa.. sebab itu kalau anda perasan atau tidak, pernah merasa atau tak, bila masa dalam pertelingkahan salah seorang akan terasa kalah dan tiada jawapan balas dia akan berkata,
Nak menang sangat, ambik!! ( ayat paling gempak! )
Pada saat ini, jelas penerima kata-kata ini tidak akan puas hati dan merasakan kekalahan yang amat-amat sangat sebenarnya (hehe saya tidak tipu) dan si penyebut sudah mendapat kemenangan yang TOTAL.
Tapi kalau ingin menyelesaikan masalah bukanlah cara sebegitu, itu hanyalah ujian perasaan sahaja. Sebaiknya mengalah dengan cara terbaik adalah berkata baik, nada yang rendah, penerangan situasi dalam keadaan tenang, ditambah raut wajah yang menyenangkan, dan lagi-lagi senyuman yang penuh keikhlasan. Pendengar automatik akan terkedu diam senang hati. Saya jamin semestinya anda adalah pemenangnya pada masa itu! Ego tidak berguna jika situasinya berkaitan dengan keharmonian hidup.
Fakta : Mengalah adalah kemenangan.
sabar itu menang! hehe:)
BalasPadamkucing rinduu woo dkat dy..bile nak date lgi ni? -.-
Pndai ko belit2 ayat...
BalasPadamTetibe je yg kalah leh jd menang..
Wkakaakakaka...
Entah formula ape ko dpt..
Ko leh jd pakar motivasi bro..
Saat aq komen ni malaysia ketinggalan 3-2 dibaham bahrain..
Ko ptot dihantar ke kem malaysia skg bro...
Btw,ko bdk psscm rupanya..
Sedara arhh kita..
Aq dri cawangan BM..
@eyka hahhaa jom2.. ajak reramai :P
BalasPadam@Ezad hahahhaa tu perli atau puji? ilham spontan je tuu.. bola da x menang, sabau je lee... AHLI? waaah den ipoh mari.. aktif lagi ke? BM??