Pages

26 November 2011

Kasih sayang adalah anugerah

Kata-kata sayang memang mudah semudah ungkapan "selamat pagi" pada setiap hari pada masa kini. Ia umpama perkataan tanpa maksud atau makna yang seerti. Boleh diguna pakai sesuka hati tanpa diiringi keikhlasan hati. Itulah hakikatnya. Itulah luahan hati seorang yang lemah bergelar wanita. Aku tidak terkejut, tergamam apatah lagi, kerana manusia kini tidak faham apakah itu erti "sayang". Bagi mereka ia seumpama, 

I LOVE U

Perkataan yang selalu dipakai buang bangsa orang putih. Ini bukan pampers pakai buang. Perkataan yang digunakan untuk menipu orang lain, perkataan yang digunakan untuk mempedayakan orang lain, dan mempergunakan mereka yang mudah menerimanya. Itu adalah satu kesalahan. Janganlah persiakan dan jangan rosakkannya.

Sayang, itulah cara kita hendak menghargai seseorang dan menerima penghargaan orang lain pada kita. Andai kita diberi anugerah "sayang", hargailah ia, dan jika sayang seseorang berilah anugerah "sayang" itu padanya. Tolonglah, jangan musnahkannya. Hargai ia selagi masih ada.

Sayangilah orang yang kamu sayang,
dan sayangilah orang yang menyayagimu,
pasti kelak kamu disayangi selalu..

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^