Semenjak dua ni, Az disibukkan dengan kerja yang menjadi rutin seharian. Ditambah pula dengan projek baru menerima tempahan Header, Banner, Watermark, dan lain-lain Art lagi [LINK]. Semakin hari menjadi semakin sibuk. Hidup makin tidak terurus. Masa tidak terkejar bagai tersungkur di pertengahan larian, kerana sentiasa tidak dapat mencapai apa yang harapkan disebabkan berbagai cabaran baru kerap saja timbul.
Kerana kerja? atau projek? atau tidak reti menguruskan masa.??
Bila tugas semakin berat, maka tanggungjawab semakin banyak, dan di situlah semakin kerap aku bertangguh dan terlupa akan urusan lain. Salah aku tidak pandai menguruskan masa. Masa yang ada sentiasa disia-sia. Kadang-kadang masa berlalu begitu saja kerana satu kerja yang tidak menjadi. Pada masa itu Az mula menyalahkan diri, kenapa aku tidak..
"Ukur baju di badan sendiri"
Bergantung pada kemampuan diri. Bukan semua orang mampu melakukan banyak kerja dalam sesuatu masa. melainkan dia bukan manusia. Jangan salahkan orang lain, "tempahan heade banyak sangat", "tokei bagi banyak kerja sampai penat-penat", atau "mak ayah selalu suruh itu ini pagi pagi masa tengah berehat santai"..
Diri sendirilah kena pandai menguruskan diri, masa, dan aturan hidup. Kita sudah belajar berdikari, sampai masa kita perlu mengusahakan hidup sendiri. Bukan kita memijak kepala mereka atau melawan mereka, tapi carilah jalan penyelesaian sendiri. Kalau anda ditempat Az bagai mana agaknya ya?
setuju :)
BalasPadamTake a deep breath..pastu senarai kn kerja yg perlu dibuat..pastu bhagikan masa bila nk wat kje ni mse bile nk wat kje tu..da snaraikan kerja yg perlu dibuat baru la leh susun dan kerja akn nmpak teratur...insyaallah..
BalasPadamheader aku bila nak siap weh? aku nak flash header.
BalasPadamperancangan masa mesti teratur kalau nak settlekan semua kerja..kalau x, mmg tercicir la...silap2 hb, yg dikejar xdpt, yg dikendong keciciran
BalasPadamitulah . .byk sgt projek tempahan header kot . .hehehehe
BalasPadamhuhu..tue dia bz..lex weh..ang leh nye handle..
BalasPadamang kan kuat semangat.
p/s; mybe kne da time table supaya menda-menda lain leh bawak seiringan ^^