jangan_tikam_belakang_kawan |
Dahulunya dia berjaya menempah nama membuka membuka mata semua bangsa. Bila sudah megah namanya, mulalah ada yang dengki akan kejayaannya.
Itulah lumrah kehidupan, ada saja yang tidak suka walaupun ianya baik untuk semua. Benci membawa kepada hasad dengki, kemudiannya dendam manakluki diri, dan akhirnya boleh mengundang ketidakwarasan akal untuk berfikir nanti. Bila akal tidak waras maka tiba masa dirinya bakal dihasuti nafsu dan syaitan yang direjam.
Kenapa perlu dengki dan benci sesama sendiri?Kalau aku berjaya adakah kau akan membenci aku?Apa pula kau akan dapat bila aku ni benci?Kepuasan, kemenangan, atau ketidakwarasan???
Benci tidak mengundang apa-apa. Bila sudah tidak waras mula kau akan menuduh semborono tampa mengkaji sedalam-dalamnya. Kerana apa, kerana kau bukan lagi manusia. Hari ini aku kesian dengan seseorang, bila dulu namaya dibangga. Bila jatuh dihina sehinanya. Kiri dia cuba bangun dan bakal berjaya, tapi di kritik begitu saja. Janganlah biar akal dikawal. Kalau dia dipihak yang benar semoga Allah membantunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^