Tidur_pagi_merugikan |
Dalam keadaan tidak sedar, kau mungkin tidak merasakan apa-apa pun. Tapi pada hakikatnya, setiap detik berlalu begitu sahaja dengan sia-sia. Tiada ada langsung kebaikan yang diperolehi, hanya kepuasan sementara.
Sudah pasti masih ramai lagi yang berdengkur pada waktu ini bukan? Sedar atau tidak bergantung pada empunya badan, kerana yang kerugian adalah mereka. Secara umumnya Islam itu sendiri telah menjelaskan, orang yang tidur selepas subuh adalah dikalangan orang-orang yang rugi. Secara teorinya, waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk badan menerima Vitamin E dari suam-suam cahaya matahari berbanding memakan pil Vitamin E yang baru-baru ini diberitakan boleh membawa maut kalau tidak mengikut dosnya.
Kalau nak dilihatkan orang yang berjaya selalu tidak mengendahkan tidur paginya kerana, pada masa itulah ia akan memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Kalaulah seseorang penjual ikan itu lewat datang kepasar untuk menjual hasilnya pasti tidak laku, kerana ikannya sudah tidak segar lagi. Kalaulah pula pembeli ikan iaitu lambat turun kepasar, pastinya pulang dengan hampa mungkin ikan habis atau hanya dapai ikan yang kurang disukai..
Ada motif sebenarnya solat dhuha ini disunatkan. Bagi Az adalah memupuk sikap sentiasa bersedia awal pagi dan mendisiplinkan tubuh menjadi sihat kerana tidur ikut masa yang ditetapkan. Sebab itulah bangsa cina berjaya berbanding orang barat. Lihat saja waktu mana mereka bangun dan kajilah. Sebab itulah negara China mampu berdiri sama tinggi dengan negara barat.
Kalau mereka boleh, kita ummat Islam pasti boleh! Insyaallah akan diperkenankan, jika kena dengan usaha yang dilakukan. Sama-samalah kita salain memperingati. Sekian.
i like..=)
BalasPadamsinggah sini baca entri..jumpa kt innit td..salam perkenalan..
BalasPadamDOUBLE TRIPLE LIKE ^_^
BalasPadam