Pages

30 April 2011

Mengenali Seseorang Melalui Perlakuannya

Gila_shopping_tak_ingat_dunia
Waah baju ni cantik! eh.. eh.. tak ada saiz pulak. Emm... haa baju ni nampak menarik sangat-sangat. Tapi.. jap-jap, mungkin kat bawah rasanya (tanganya terus menarik-narik baju itu keatas). Haa.. da jumpa! laki I mesti suka baju ni.. (jalan berlalu meniggalkan raga baju yang pakaiannya berlonggokkan).
Pada pandangan sesetengah orang itu perkara biasa. Pembeli ada berbagai ragam, meninggalkan begitu, melipat caca merba, buat muka tidak bersalah, dan kadang-kadang berlagak seperti pemilik shoping complex dengan mengatakan "maaf ye dik, saya saja nak bagi kerja" (kata kepada aku yang bekerja sambilan semaktu dulu). Heyy, mak cik tidak beri saya gaji ok! (jerit dalam hati sambil menampilkan senyuman manis sebagai tanda mengharapkan dia pergi dari ku). Itulah hakikatnya.

Dalam suasana sibuk membeli-belah bersempena minggu gaji bulanan, ramai berpusu-pusu mencari barang sampingan dan keperluan hidup seharian. 

Apa yang Az dapat dari pengalaman itu, adalah kita dapat mengenali seseorang itu melalui perlakuan. 80% dari percakapan adalah perlakuannya dan perlakuannya menampakkan peribadi seseorang. 

Situasi : Seseorang lalu di tempat jualan murah, lalu ternampak pakaian terlipat rapi dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang memuaskan.  

1.  Orang yang mencari dengan perlahan-lahan dan melipat baju tersebut sambil lewa 
---> bersahaja yang selalu kurang berbicara. 
2.  Orang yang mencari dengan teliti dan melipat seperti sediakala 
---> pandai menjaga hati orang lain 
 3.  Orang yang mencari memunggah tampa perasaan dan membiarkan baju tersebut  
---> pentingkan diri sendiri dan segala-gala yang disayanginya.   

Itulah yang dapat datang dari pengalaman untuk dikongsikan. Walau apapun yang kawan atau orang yang terdekat melakukan sesuatu, anda pasti dapat membaca hatinya. Lihat perlakuannya, lihat responnya, perhatikan gerak gerinya, dan cuba buat catitan. Rumuskan apa yang ada dapt. Insyallah 80% anda dapt kenali dirinya.

7 ulasan:

  1. 0hooo...agk2 yg mne yer aku...renungan utk diri...hehehe

    BalasPadam
  2. shera org yg memunggah uh mmg rasa nk marah.. kengkadang shera sound "Tak pernah pergi shopping ea? kat sana ada display" Lantak lar, kalau nk kne buang kerja xpe.. Kita kerja.. tapi agk2 lar.. shera mmg benci org mcm ni.. Semua bangsa sama jek.. dah punggah2.. biarkan.. Peh.. Shera tak pernah jumpa customer yg lipat blk.. Tak Ada.. kengkadang baju tu dah longgok mcam durian dah.. mcm baju bundle pun ada.. haiyaa.. (emo plak.. sbb pernah rasa kerja mcm tu..)

    BalasPadam
  3. itu la pengalaman yg perlu kita hadapi selagi bergelar 'kuli' ;)

    BalasPadam
  4. wow ! ! marah nyer shera ! hehe sha akn bkerja kt tmpt mcm tu . .hrap tasha kuat mcm Az yg sntiase syum mlayan org2 mcm tu kn :)

    BalasPadam
  5. Aku pun wat jugak cenggitu..tp aku tgk la klu semua bju2 tu mmg da terpunggah mcm bundle aku pun punggah je la..tp klu tersusun rapi samada ade aku x usik atau tgk2 gitu je..klu brkenan mntak tolong org kt situ je la...

    BalasPadam
  6. memang bengang je bila ada orang punggah2 baju. kalau beli takpe la. ni tak beli. punggah macam nak beli 10helai. lepas tu blah buat muka tak bersalah. kita tak boleh buat apa. senyum jela.. dalam hati "kojaq akak ni. bulu kaki dah la lebat! " rasa nak santau je

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^