Pages

22 April 2011

Mencegah Kemungkaran Dengan Tangan Penulis dan Blogger

Tangan_Penulis_dan_blogger_pencegah_kemungkaran

Kita adalah golongan yang berkuasa atas kekuatan tangan ini selain pemimpin. Iaitu menggunakan tangan untuk mencegah kemungkaran. Orang yang ada kemampuan untuk mencegahnya perlulah dimanafaatkan kemampuan yang ada, sebelum nikmat itu ditarik kembali. 

Yaa, kenapa mensia-siakan peluang yang ada. Kenapa tidak membantu mencegahnya dari terus berleluasa? Kenapa tangan ni terus menulis tampa isi yang berguna, dan kenapa kenapa kenapa, tidak langsung terdetikkah untuk mencegah sesuatu yang didepan mata? Kita suarakan, lakukan, dengan penuh keikhlasan dan bukan dengan kebencian. 

Tapi perlu diinggatkan, tegur perlu ada batasan, sindir pula perlu ada tapisan, mengata jangan sampai mengaibkan, tapi biarlah tegur yang penuh dengan hemah dan kesopanan, agar mudah diterima semua lapisan golongan. Bukan mudah untuk membawa kebaikan dan bukan susah untuk terus hidup dalam kegelapan. 

Setiap yang baik akan dibantunya, ingatlah susah bagaimanapun 300 orang tentera baginda mampu mengalahkan tentera lawan yang lebih gandaan bilangannya dari mereka dengan kemenangan yang membawa kejayaan.

Maksiat sukar untuk ditangani tampa ada tangan yang berkuasa membantu untuk mengubati dan mencegah dari terus berleluasa. Hari ni bukan nak berkhutbah tapi nak merubah tanggapan orang yang kita penulis atau pun bloggerlah pun ada kuasa tersebut. seperti mana ada hadis mengatakan,
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan lidah, jikalau tidak maka hendaklah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
 Jangan sampai menyesal satu hari nanti.

2 ulasan:

  1. kalau kita tengok tol tol , maksiat dah semakin beleluasa kat dunia ni , perasan ta ?

    BalasPadam
  2. Salam Bro Azqar...

    Akak follow yg ke 475...

    Sila follow akak ya..

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^