Pages

10 Mac 2011

Widget Punca Kemusnahan Sebenar Blog!


Banyaknyer widget..!!! 
Rimasnyew..!!!
Aaarrghhh.....Benci benda alah niew.!!!
Tekanan..!!!!!!!
Sloww...! !

Maka dengan hati penuh emosi, anda terus menghalakan anak panah mouse kearah "X" yang berada hampir di penghujung kiri atas monitor yang bewarna merah. 

"Klik"

Maka itulah kesudahahan blog yang penuh dengan widget! Juga boleh dikatakan terlalu slow, dan teramat perlahan, tambahan line sekarang yang tidak menentu lambatnya. Kes ini mengundang masalah kepada blog anda. Maka mulalah anda merungut kekurangan follower 
Sedarlah wahai blogger sekalian. 

Apa kelebihan widget..?? Apa kelebahan widget....?? 
Apa yang kita boleh simpulkan dengan widget ini....?? 

Apa kelebihan widget?
Fungsi ini amat memudahkan pengguna dalam segala hal. Adakalanya ia memberi keceriaan kepada blog kita. Adakala widget nie membantu kita dalam menunjukkan fungsi-fungsi lain blog kita, ada yang menampakkan keunikan lagi. Bak kata orang,
"cantik itu nikmat, seri itu azimat"
Tapi bayangkan seorang wanita yang cantik, berjalan-jalan. Bila dilihat dilengannya penuh dengan gelang emas smpai ke siku! rantai pula ber ketul-ketul loket. Agak-agak nampak lagi tak cantiknya itu? hehee.. jawab sendirilah. Sahabat sekalian, manafaatkanlah kelebihan yang ada, dan jangan kufur nikmat. Lambat laun Susah yang dapat

Apa kelemahan widget? 
Blog yang mempunyai widget yang banyak akan melambatkan lagi loading blog anda. Setiap widget mempunyai kodenya yang tersendiri. Kalau diikutkan lagi  mengikut teori rumusan Sains, 
"semakin banyak widget, semakin lambat loading."
Kalau dah lambat loading pasti ramai akan malas tunggu, hatta kalau kawan anda yang selalu follow blog anda pon akan lagi. Sedarlah sahabat, jagan jadikan blog anda tamak. Jangan tunjukkan kerakusan anda. Percayalah, bersyukur apayang ada, adakalanya simple itu lebih cantik dari yang berlebih-lebihan.

Apa yang kita boleh simpulkan dengan widget ini?

Apa akan jadi bila kelebihan terlalu banyak, maka kekurangan bakal mengundang.
"orang yang cukup sihat lagi dimakan vitamin, menjadi mudarat"
Ambil mana yang perlu, tinggalkan apa yang tidak perlu, kurangkan yang tiada kaitan. Twitter, Facebook, iPad, Amazon, Follow mE???? dll... banyak-banyk buat apa? pakai ke? ada guna ke? Percayalah padaku,
"Janganlah kau pentingkan diri, kelak diri akan rugi.""Janganlah kau tamak, kelak akan buat diri menjadi semak.""Bersyukurlah dengan apa yang ada, atau kelak akan menjadi tiada."
Sekian, renunganku buat mu sahabat ku, :)

Wassalam.  

6 ulasan:

  1. sy nyer blog byk widget x??

    BalasPadam
  2. setuju!

    banyak2 widget buat ayung rimas dan cepat jer jari jemari nih tekan X..

    ngeee~~~:D

    BalasPadam
  3. @aim
    hehehe.. x pon.. pus hati dan boleh dipuji laa. haa.. :P kemas dan tersusun..

    @ayung
    toi3!! blog macam tu.. selalu mangsa Benda alah warna merah "X" hehehee

    BalasPadam
  4. saya pakai UNIFI so xde masalah pasal loading, tapi yng x tahan blog ade widget lagu, pastu x jumpe maner nak tutup suara, mmg terus pangkah r,huhu...

    BalasPadam
  5. emm ..sang ratu amat setuju.cantek memang la cantek tapi loading lambat..sang ratu setuju!!

    BalasPadam
  6. @az
    unifi laju kew? stremix kalah?
    hehe memang pon.. ade widget lagu yang amat menjengkelkan.. rase cam nak je bad benda alah tu hahaha

    @ratu
    heehhe semestinya! mcm pakai gelang bnyak2.. berat tgn tau!.. (bukan berat tulang ke?" hehe

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^