Pages

23 Februari 2011

Ulu Kenas warisan kita bersama

Ulu kenas
Ulu Kenas Kuala kangsar, adalah salah satu pusat rekeriasi yang masih ada serinya, dan masih terjaga. Kemudahan awam yang disediakan makin hari makin cantik dari sebelumnya. Keindahan alam semula jadi masih terpelihara dan masih di nikmati penduduk setempat.

Mandi manda sungai 

Alhamdulillah, ia belum tercemar dari kerosakan yang berpunca dari manusia yang jahil. Aktiviti bermandi minda, BBQ, perkelahan dan lain-lain menjadi aktiviti pilihan ditempat ini.


Ketenangan

Walau pun ada kalanya sampah dimerata-rata, tidak dibuana pada tempatnya, tetapi masih ada yang cuba membersihkannya. Sudah pastinya mereka adalah golongan yang faham erti bersyukur dan berterima kasih pada alam yang memberikan kenikmatan pada mereka. Syukurlah Allah SWT masih menyayagi kita dengan memberi lagi nikmat kepada kita.


Kepuasan kita bersama

Suasana indah dan nyaman memberi ketenangan pada diri. Dunia masa kini yang sibuk dengan bermacam-macam masalah boleh menyebabkan stress dan tekanan. Program santai sebegini boleh membawa kepada ketnangan pada diri seseorang. Kita perlu sedar, kita adalah manusia yang sudah pasti sebati dengan alam semula jadi dan bukannya hutan batu yang dipenuhi sesawang eleterik. Teknologi bukan segalannya.




Peta Ulu Kenas
( A ) 


Selamatkanlah Sumber Air, Hutan kita, dan Rakyat kita  

(^_^)


Sekian,

Wassalam.



2 ulasan:

  1. caantik pemandangan n cantik shoot gambar..:D

    BalasPadam
  2. Alaah biasa sajaa.. bru blajaq2 shoot.. hehe..
    thanks.. moh t kite lak bgambo huaahahaa

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^