Pages

27 Februari 2011

Nyawa atau Perasaan

Menjamah selera di warung-warung ataupun gerai-gerai makan menjadi pilihan segelintir masyarakat bertaraf sederhana. Makanan sedap, murah, dan cepat disediakan menjadi pilihan. Tetapi dengan kehadiran seekor kucing kandang kala boleh menghilangkan selera sesetenggah orang.

Dari kecil aku sudah terbiasa ada sifat belas kasihan (bukan nak promote diri). Kalau kami sekeluarga makan di gerai atau restoran tom yam, yang selalunya ada kucing yang menanti. Sisa-sisa manusia menjadi hidangan istimewa seharian bagi mereka.

Sampailah satu ketika ada kawan ku menegur perbuatan ku. Katanya, tidak baik berbuat demikian. Aku pelik dengan kenyataannya. Maka dia pun menerangkan kepadaku.

"memberi makan makhluk Allah yang kelaparan ada pahalanya bahkan besar ganjarannya, macam kisah Pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum anjing. Akan tetapi kau tidak fikirkah, yang kau sudah menyusahkan ramai orang secara tidak langsung.  
1. pemilik gerai, 2. pelayan gerai, dan  3. pelanggan mereka.  
Disebabkan perbuatan kau, kedai mereka kotor, dan menyebabkan kurang pelanggan. Tidakkah kau rasa bersalah??". 

Aku tidak terkata apa-apa, benar apa yang dikata.

Semenjak itu aku tidak lagi memberikan mereka makanan. Walau ada ketika hatiku memberontak. Seungguh kasihan kau wahai makhluk Allah. Aku tidak mampu, juga tidak berupaya membantumu. Maka timbullah sangkaan ku, "bila makan di gerai makan jangan menyusahkan orang lain"

Namun pada suatu hari, seakan-akan semuanya terjawab. Sewaktu itu setahun berlalu, ketika bersama rakan, menjamah selera di warung kuala kangsar, datang seekor kucing. Mengiau-ngiau dia meminta belas kasihan. Aku tidak terdaya. Tiba-tiba, seorang rakan ku (bukan orng yang sama) dengan selambanya memberinya makan. Aku segera bertanya, dan memberitahunya akan kesalahannya. Dia tersenyum lalu menjawab,


"Antara nyawa dan perasaan mana lebih utama? kalau bunuh orang dosa besar hukuman gantung sampai mati, kalau mencuri harta potong tangan. So mana lebih utama?" 

Maka aku membuat kesimpulan. Kalau tak nak menyusahkan pemilik kedai ni. Suruh Pemilik kedai ni bagi makan pada kucing-kucing niew atau pastikan gerai ni tak ada kucing. Lantai boleh di sapu, lap dan mop. Kucing ialah makhluk Allah yang bernyawa dan mati tidak akan kembali. Setiap makhluk Allah akan diperhitungkan amalannya jika dikaitkan dengan manusia. Jika baik perbuatannya maka  baiklah balasannya macam kisah "si pemberi minum anjing". akan tetapi kalau tidak?

Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”
Maka sama-samalah kita ingat memperingati sesama kita. Nyawa itu bernilai, dan bukan bermakna perasaan diabaikan. TIDAK! tetapi ikut situasi. Pesanan, ini bukan sebagai mesej unuk mengotorkan kedai-kedai orang. Tetapi hanya pesanan berbuat kebaiakan pada semua makhluk. Insyaallah.

Sama-samalah kita renung-renungkan.

wassalam.. 

7 ulasan:

  1. amat amat amat tersentuh dengan entri ini..terima kasih..

    BalasPadam
  2. hahaha... ewmm... just luahan hati saja tQ
    =D

    BalasPadam
  3. comel kucing 2...mcm gue...hahhahaa

    BalasPadam
  4. hehheee.... iyaaa... tp mane buleh tnding kamu hik3.. :)

    BalasPadam
  5. thanks...perkongsian menarik....

    BalasPadam
  6. Thanks coz sudi memberi komen.. saja dikongsi2 pengalaman :)

    BalasPadam
  7. btol tu..kalo kite xbagi kucing tu makan..sape lg nak bg..

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^