Pages

01 Julai 2011

Menangani idea terlampau blogger - Utusan

Menangani_idea_terlampau_blogger
Siapa yang ada membaca akhbar ini pada hari ni pasti terperasan akan tajuknya. Bukan menyokong tapi kita ambil baik dari buruknya.

Kata-kata dari pada penulis mengambarkan blogger kini semakin bahaya. Antara risikonya golongan ini, menyebarkan maklumat palsu, menokok tambah maklumat yang melampau batas, isu agama yang diberikan hujjah atau dalil dari orang yang bukan dibidangnya atau mahir dalam sudut tafsiran. Penyebaran berita tampa usul periksa, rujukan tampa pengesahan dan kajian yang terperinci bakal mengundang kecelaruan maklumat dan membantutkan ilmu pengetahuan masyarakat dalam dunia serba moden kini. 

Katanya, perlu ada satu golongan lagi yang mahir dalam sesuatu bidang perlu tampil membetulkan sikap blogger yang membuta tuli ini. Pada pendapat anda siapakah yang layak membetulkan blooger yang menyalah gunakan kuasa ini?

Pada saya dia adalah,

blogger


Yaa, tiada siapa yang mampu mengubah blogger melainkan blogger itu sendiri yang mengubah diri mereka dan seterusnya mengubah persepsi masyarakat terhadap blogger. Tiada golongan lain lagi yang mampu mencapai kebolehan blogger yang mana kebolehan mereka melampaui batasan penulis biasa yang pada  hakikatnya, mereka menerajui ruangan maya dengan begitu mantap sekali. Hatta seorang penulis hebat sekalipun jika menulis diruangan blogger pun belum tentu mendapat perhatian melainkan dia menjadi seperti kami, seperti seorang blogger dahulu.

Rakan-rakan sekalian, kita sebelum berbicara, sebelum berkata, dan sebelum membuat keputusan, pastikan Kita mengkaji dahulu apa yang nak diulaskan. Apa yang ditulis biar bertepatan dengan apa isi kandungnya. Ini adalah untuk membantu orang lain atau memudahkan masyarakat akan datang menilai isi yang disampaikan. 

Blogger adalah sama dengan penulis, bahkan lebih besar tanggungjawabnya dari penulis biasa. Kerana dari penulisan blogger ia boleh menjadi rujukan plajar-pelajar IPT sekarang yang mana gemar menggunakan saluran Google sebagai enjin pencarian apa saja. Maka dengan itu tulislah dengan sebaik mungkin.

Pada penulis atau ilmuan di luar sana, Harap anda bersama kami membawa ilmu pengetahuan didalam ruangan maya ini agar dapat dimanafaatkan bersama. Ilmu perlu seiring dengan zaman tenologi agar dapat disuaikan pada waktu kini,

Kita sebagai blogger harus juga ada disiplin tersendiri. Jangan cemarkan budaya ilmu ini. Sekian.


Pena umpama sebilah pedang
 keybord umpama pistol laser
kalau benar ingin berperang
 sunnah dan quran menjadi sumber

6 ulasan:

  1. so true!erm~~tak tau nak komen ape dah..hehe

    BalasPadam
  2. hahhaa... x tau nak komen pe? adoi.. hahahhaa TQ

    BalasPadam
  3. hurm, artikel yg sama...hehehe....memalukan kalau blogger terus buat mcm tu kan

    BalasPadam
  4. hehe tau xpe... blogger perlu revolusi! XD

    BalasPadam
  5. nasib la aku takde blog. fuhhh~~ klu tak, dah sentap dh aku.

    BalasPadam
  6. kadang terfikir gak camtu.. ada sesetengah blogger yg terlalu ekstrem dalam berkata2. mungkin dia memang berani ambik risiko. macam ss, tak berapa berani so sekadar menulis tanpa menyebut mana2 pihak. zaman skang ni internet dah jadi salah satu saluran informasi. jadi pandai2 la kita menjadi saluran informasi yg betul. tak gitu? ^___^

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^