Pages

20 Julai 2011

Kenapa Doa Tidak Termakbul?

Doa_Tidak_Termakbul

Dikala kesusahan doa adalah satu-satunya cara untuk meminta pertolongan yang maha esa yang hanya mampu mengubah segala-gala keputusan, yang di minta ditunaikan, yang diimpi kesempaian. Tapi rata-rata ramai berungut,
"kenapa doa tidak termakbul, sedangkan waktu berdoa pada waktu yang mujarab dan lokasi mustajab?" Tambahan pula ada yang sanggup pergi ke mekkah iaitu tempat karamah lagi mustajab doa disana, juga tidak menjadi nyata. Dimana silapnya? (tidak dikaitkan dengan sesiapa)

Sebenarnya anda sedar atau pun tidak, Allah boleh memakbulkan doa pada bila-bila masa jika anda sudah bersedia. Apa yang saya maksudkan bukan bersedia menerima pemberiannya, akan tetapi bersedia menerima ujian dari padanya.

Rezeki bukan sebarangan pemberian,
  tersalah bagi membawa kehancuran, 
sesungguhnya Allah selalu memberi pertolongan, 
  bukan hanya sekadar pemberian sembarangan.


Setiap pemberian yang diberikan selalunya bersesuaian dengan penerima. Jika tidak, maka sia-sia dan tidak berguna. Kalau saya terus bermadah pujangga pasti ramai terbelit lidah terkaku kata. Hahaaaha.. tak faham apa.

Setiap doa diiringi dugaan dan ujian. Kalau tidak berjaya melepasinya maka doa itu tidak akan dikabulkan. Dugaan akan terus datang sehingga, orang yang berdoa itu berjaya melepasi ujian. Selagi tidak berjaya selagi itu ia terus bergoleh memberi kesusahan. Akan tetapi selepas berjaya melepasinya maka Allah akan kabulkan permintaannya. Insyallah.
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan dia mengubah dirinya sendiri.
Samalah seperti IMAN. Orang yang mahu dirinya beriman, seringkali berhadapan dengn dugaan nafsu dan syaitan. Berbisik-bisikan, sentiasa menerima tomahan, dan apatah lagi dugaan kemaksiatan akhir zaman.  Semua itu harus di lawan jika mahu keIMANan.

Jika Allah memakbulkan doa tampa ujian, maka tiada erti doa itu. Dan manusia tidak akan berusaha.

Artikel kali ini memang sukar difahami, kerana terlalu banyak bermain kata-kata. Jika ada pertanyaan sila utarakan dalam ruangan komen.

3 ulasan:

  1. tampa bukan tanpa ke?hahaha...
    ujian itu penghapus dosa..

    BalasPadam
  2. berdoa kena bersungguh2 dan berusaha mencari rahmatNya..

    BalasPadam
  3. semoga Allah redha...

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^