Pages

16 April 2011

Kini Golongan Ketiga Disukai


Dulu sebut saja orang ketiga semua orang pasti tidak menyukainya. Katanya dia ialah penghancur rumah tangga, pemecah belahan perhubungan, dan pengaakibat penceraian. Golongan ketiga ini penyebab kehancuran sesuatu perhubungan yang baik itu selalunya. Yaalah, kekasih dirampas kasih sayangnya oleh orang lain atau teman wanitanya mesra dengan lelaki lain. Siapa tidak marah bukan?

Tapi yang menghairankan sekarang sudah menjadi trend golongan ketiga ini menjadi pelengkap perhubungan. Tidak kira yang masih berkasih sayang, couple, yang sudah bertunang ataupun yang sudah berkahwin. Mereka tidak kesah membiarkannya. Semua bebas ber kasih sayang sesama mereka.

Semestinya mereka tiada perselisih fahaman yang berlaku apa bila golongan ini muncul. Apakah penyebab mereka mula mengubah persepsi ini? Adakah semua orang sudah mula menerima golongan ketiga ini secara terang-terangan? Bagus atau tidak? dan siapa golongan ketiga ini?

Golongan ini dibenci tapi sekarang disayangi. Golongan ketiga ialah pelengkap hubungan diantara lelaki dan perempuan yang berdua-duaan tampa ikatan pernikahan. Golongan itu di kenali sebagai Syaitan. Yaa.. sekarang orang sudah mula menerima golongan ini menjadi sebahagian hidup mereka.

Seharian mereka bersama, setiap masa. Sampaikan ke kamar pun ia akan bersama tampa dihalau atau dicerca. Si lelaki gembira, si wanita bahagia, dan golongan ketiga itu pun ketawa penuh dengan rasa dihargai. Alangkah bahagianya hidup mereka bukan? Hahahahaa... sesungguhnya mereka itu tidak sedar. Mereka menuju kegelapan hati. Sayangnya sampailah lahir anak dari hasil mereka bersama golongan ketiga. Anak siapakah itu?

Sedarlah wahai rakan-rakan sekalian. Golongan ini sentiasa sayang pada kalian sehingga mahu mengajak hidup kau disayangi sampai ke akhir hayat dunia akhirat. Bagus atau tidak, fikirka-fikirkanlah. Anda sendiri tahu jawapannya di dunia ini. Dalam diam-diam adakah anda mangsa golongan ketiga ini? 

8 ulasan:

  1. hanya ada sepasang kekasih bkn berpasang2 hehehe

    BalasPadam
  2. tak suka golongan ketiga nie.. klau dia jd kawan baik hancurlah mse depan.. urmmm.. hope org ketiga nie takut dgn kita smua..

    BalasPadam
  3. hehe.yup biar setia.. hehe satu poon susah nk jaga.. hehheee

    jangan sekali2 wat kawan golongan ketiga tu.. hehee haru yoo~~

    BalasPadam
  4. syaitan memang ade kat mane2, kalau kita pandai jage diri, pasti boleh elak perkara2 yg tak elok kan?=)

    BalasPadam
  5. setuju dengan entri. benci dengan golongan ketiga tu. tak habis2 nak cuba rosakkan kita.


    psstt : Maharaja Lawak : Best Ke??

    BalasPadam
  6. best entri ni. alhamdulillah dilindungi Allah dari buat kerja2 zina @ hampir kearah zina tu. huhu. syukur~

    BalasPadam
  7. katakan x nak pada 0wg ke-3.....
    (=

    BalasPadam
  8. haha . . btol ckp Az tu . .satu pun susah nak jaga kan kan kan
    :)

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^