Pages

27 April 2011

Bila Syaitan Merasuk Maka Badan Menjadi..

Bila_syaitan_menggila_merasuk_diri
Bila orang sudah membenci kita, apa yang kita lakukan dan usahakan pasti menjadi seperti rumput dijalanan, yang mana kewujudannya tidak dihiraukan. Sedangkan tampa rumput itu sudah pastinya sebuah padang menjadi gersang dan kelihatan merah tanahnya dan lecah diwaktu hujan. 

Bila marah semua kerja tidak menjadi, seperti memijak kuman sampai mati. Bila semua benda tak menjadi, habis orang lain menjadi mangsa semburan naga berapi. Kenapa tidak lihat kelemahan diri, dan mengapa mencari alasan melepaskan diri. Kalau kau betul-betul pasti mahu mencari kebenaran dalam diri, pergi bangun dan solat hajat bersama solat dhuha, insyallah diberi hidayah dan dimurahkan rezaki.
Blogger benci blogger, 

blogger dengki sesama sendiri, 
blogger nak bunuh diri, 
blogger kena tangkap lagi, 
blogger penjenayah, 
dan blogger anti blogger???

Semalam group kami Blogger Perak diserang kulat jangkitan virus kemut semut sedut buat pertama kalinya. Bertempatkan di wall group facebook BP [ link] tiba-tiba ada seorang yang baru masuk membawa sahabatnya mula berborak diruangan tersebut. Tapi yang peliknya, mereka mula berborak mengenai topik yang pelik-pelik. Sampai menimbulkan rasa tidak senang pada kami. Ada yang menegur dan mereka mula naik berang.

Habis semua orang dia komen mencarut memaki macam anjing bercakap. Fuuhh... Pedass... Hanya mereka yang berada di sana sahaja dapat mengagak situasi tersebut. Dalam 15 minit semuanya beransur pulih, selepas berjaya ditendang keluar dari group oleh admin yang penuh dengan sopan dan santunnya. Walaupun ianya sudah reda akan tetapi luka dihati ahli masih merah berbirat-birat. Harap semua ahli dapat menerima pengalaman ini dengan terbuka. Paling yang Az tidak tahan, mereka siap memperomosikan page "ANTI Blogger" sedangkan mereka itu sendiri blogger. Hehehehe nampak sangat dengkinye. Maka dengan itu dengan suka citanya dimaklumkan,

Bila Syaitan Merasuk Maka Badan Menjadi Busuk. Sekian.

13 ulasan:

  1. itu le gaye nye..dorg anti blogger tp jd blogger gak..hadoi..nnt ade plak yg anti twitter, anti tumblr, anti YM, anti Skype..sume nak anti...mungkin mksud dorg nk jd anti=aunty..makcik blogger??hahahahah

    BalasPadam
  2. hahaahahaa mencik!! mencikk!!! XD hahah lalaaa... nak anti DLSR ok x?? hehehhee (dengki) hehe

    BalasPadam
  3. anti DSLR??heheheh(gelak jht)..nnt ko da x ghupe ko da klu anti DSLR..aku nk anti Camera Compact Digital Olympus la..hahahaha

    BalasPadam
  4. hahahaha wehh! tak baik tauukk.. hehee jahat bebenoo! XD .. t pinjam leh?? nk try gune laaar heheh (baikkan3??)

    BalasPadam
  5. Tak patutla main dengki-mendengki ni..

    BalasPadam
  6. @shafiq
    ewm2.. tau xpe.. nak buat mcam mane.. dah hati ornag x leh kawal

    BalasPadam
  7. kenapeee mesti kemut semut sedut lagi?? HAHAHAHA(gelaksetan)

    BalasPadam
  8. Napelah manusia skrg nie kan, takde pasal nak cari pasal. Kenapa suka cetus kan 'api' di sana sini...

    Series makin lama makin teruk perangai2 syaitan mcm nie...sudahlah tu, cukup-cukup lah tambah dosa :(

    Latest n3: Arissa Di Cium Kucing Biru!

    BalasPadam
  9. kemut siput sedut?
    penyakit pee tu?
    hahahahahahaha....(gelak tahap dewa)

    ps: da foloww blog kamu.

    BalasPadam
  10. jahat nye dia org ni . . .
    suke2 je nak ktuk2 org lain

    BalasPadam
  11. ish2,,apa nak jadi...org nak happy2 ja blog nh..

    BalasPadam
  12. Ko nk pinjam??bleh2 bayor le!!Sejam RM10..hahahahahaha..bapak mhl giler..mcm ni mmg xde spe nk dtg dekat ngn aku kn..lalalalala~~klu nk pinjm aku kne ade skali la..pemantau..hihi

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^