Malas, yaa penyakit yang hampir semua golongan dan berbagai jenis lapisan masyarakat mempunyai penyakit ini. Seperti mana yang anda tahu, sudah berbagai-bagai tips yang diberikan oleh orang bijak pandai. Semuanya betul, tapi hanya hati seseorang itu saja mampu mengubahnya.
Hari ini, Az dapat lagi pengalaman untuk dikongsikan bersama. Malas memang malas, tapi apakan daya itulah tanggungjawab kita. Hendak bangun awal-awal pagi, memang malas, bersiap untuk mencari sarapan pun malas dan tambahan lagi mahu menulis entri pun malas. Yaa tidak dinafikan, itulah hakikatnya. Az percaya semua orang merasakan sebegitu.
Apa penyebab malas?
Sikap sambil lewa, dan tidak mengambil endah hal lain. Kesan dari itu semua pun tau, pastinya akan menyesali perbuatan tersebut. Tapi bakal mengulanginya.
Apa jalan penyelesaiannya?
Jalan itu ada pada anda. Tepuk dada tanya diri. Setiap orang mempunyai cara tersendiri. Melalui tanggungjawab yang harus dipatuhi, anda perlu merubah diri. Jangan kata anda tidak berupaya mengubahnya.
Cuba bayangkan ada dua bakul, satunya berisi pelam, dan satu lagi berisi mangga. Mangga itu di kanan, pelam itu di kiri. Anda pula ada tangan yang sihat. Pilihlah ikut cita rasa sendiri. yang kanan atau yang kiri? Ramai yang melangakah kekiri. Alasannya lebih dekat dan mudah, walau hakikatnya kepahitan tetap terasa. Sedangkan dia sedar bahawa yang kanan itu lebih manis.
Kenapa dia tidak melangkah kekanan saja? Kerana dia sendiri memilih untuk senang. Pilihlah dengan betul dan bijak sana, jangan sampai menyesal, kerana ada orang lain yang datang mengambil mangga itu.
Tidak Allah itu mengubah sesuatu kaum, melainkan dia sendiri yang mengubahnya.
Sekian.
malas memang penyakit yang sukar untuk diubati.
BalasPadamwalau cuba dielak, pasti akan datang lagi.
huhu =(
bagi pendapat I, bila malas.....apa pun tak jadi.
BalasPadamMACAM TERKENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI NI XD
BalasPadamaiippp..!
BalasPadamjgn mls2..
hehe =))
malas nak buat kerja opis...rajin buat blog saja...
BalasPadamitu nak kira mcm mana...
Adoi ! ! !
BalasPadamTerasa nya tasha =)
ummm..cam tekena batang idung kita jer..
BalasPadam