Amalan_baik_dipupuk_dari_kecil |
"Eh, eh nak buang tisu niew kat mana? susahlah nak simpan dalm poket je."Kakaknya terus mencapai tisu tersebut lalu dibuangnya ke luar tingkap kereta yang sedang dipandu bapa mereka. Kenapa mereka ataupun rakyat malaysia sendiri tidak ada kesedaran tentang amalan menjaga kecantikan negeri kita sendiri?
Ramai orang membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan perasaan diri sendiri. Itu baru kata dijalan raya, belum lagi sungai, hutan, taman rekriasi dan lain-lain. Mungkin kerana mereka merasakan sudah cukup dengan membayar cukai kepada kerajaan untuk mereka menjaga kebersihan.
Cukup ke? hahahaa..
Inilah sikap sambil lewa dan pentingkan diri dikalangan masyarakat sekarang. Bila dah kotor mulalah nak membebel kata, "kerajaan tidak ambil pedulilah, kerajaan tidak mengambil beratlah, makan gaji buta dan macam-macam yang di carutkan". Sedarlah, ini adalah inisiatif diri sendiri. Kalau kita tidak sedar, dan tidak cuba mencari cara jalan pencegahan, maka masa depan rakyat kita didalam bahaya. Sama-samalah kita renung-renungkan. Apakah pendapat sekalian?
Biar orang mengata kita kolot, jangan biar diri kita jumut.
Kesedaran sivik ni , kenea didik dari kecik. Kan kan kan ?
BalasPadam