Pages

19 Mac 2011

Merung Menggenggam Keris Atau Pisau Rambo ??


Mungkin ada yang mengatakan sebegitu, kerana mereka merasakan tersangatlah janggal melihat Merong Mahawangsa dalam filem KRU selaku pengguna keris menagkis serangan pedang dan parang seperti menggunakan pedang atau lebih sedap dikatakan seperti pisau Rambo.

Hahahaa.. lawak-lawak.. Tapi ini serius, memang seriuss.
Perkara sebegini memang tampak remeh, akan tetapi ia memperlihatkan kekurangan pengetahuan kita, tambahan orang melayu akan penggunaan senjara pra sejarah itu sendiri. Kalau tidak dimasukkan silat tidak mengapa, sebab kurang pasti akan kewujudan silat pada masa itu.


Berikut katanya seorang yang tahu. .

Keris ada juga menghiris ia dipanggil seni mati, menghayun dipanggil amok tok nadim dan permainan keris ada juga menangkis senjata lain, dalam permainan keris senaman keris ada kaedah menangkis senjata lain. Pelajaran keris terlalu banyak dan bukan mudah nak mengendalikan musuh yang cekap permainan keris. Hanya orang peringkat tertentu sahaja akan mempelajari permainan keris.

Sapa lagi yang tahu ilmu sudah ditinggalkan ini. Hanya sebahagian saja yang masih mempelajarinya.


Disini aku memohon maaf kalau tersilap kata, hanya meluahkan apa yang sepatutnya. Aku tidak mahu anak-anak muda sekarang yang kurang pendedahan budaya ini rela ditelan zaman kemodenan. Sama-samalah kita mengangkat motivasi dan kata-kata semangat dalam filem HMM KRU.

Sekian. 

2 ulasan:

  1. belum sempat tengok lagi merung ni. tapi kalu betul begitu, memang ada silap la bab hayun keris tu..

    BalasPadam
  2. xtau la.a. kata org ok jew.. hehee tah la.. pi laa tgk..

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^