Sudah hampir sebulan lebih aku cuba menyahut cabaran untuk menjadi seorng blogger. Dengan pengalaman yang aku dapat sepanjang aku menulis didalam blog ini, aku boleh katakan ianya bukan suatu yang mudah.
Bercakap senang, tetapi apabila hendak melakukannya bukan suatu perkara yang mudah seperti yang disangka. Aku cuba selama sebulan untuk menarik pembaca-pembaca luar, dan juga blogger-blogger untuk datang kepada blog aku.
Ia bukan suatu perkara yang mudah.
Umpama aku baharu sahaja membuka gerai makan, dan sudah pasti orang disekeliling ku, di sekeliling taman atau kawasan itu belum tentu tahu kewujudan ku, dan belum pasti akan kemampuan gerai makan ku.
Promosi, antara perkara yang bukan mudah untuk dilakukan. Mungkin bagi yang ada wang mungkin mudah baginya untuk menempah nama. Membuat iklan besar-besaran. Membuat kontest dengan hadiah lumaian. Memaparkan iklan-iklan besar di blog yang ternama untuk menjadi santapan.
Sungguh mudah dan pantas. Tapi itu tidak cukup untuk mematahkan semangat aku. Aku masih berusaha memperomosikan blog aku dengan blog walking. Untuk jangka masa sebulan aku sudah berjaya menarik 100 lebih follower. Sikit bukan? akan tetapi ianya satu kepuasan pada yang sudah berusaha keras.
Usaha yang berterusan, membawa kejayaan
Kini aku masih lagi berusaha untuk mencapai matlamat ku.
Sebelum mengakhiri entry kali ini, ada satu persoalan yang timbul. Apakah cukup blogwalking saja?
Sama-samalah kita berusaha.
Sekian. Terima kasih.
aku blogger separuh masa...
BalasPadamBlogging in , pakai aku untuk praktis skill penulisan aku. Maklum la, mau jadi penulis. Malah, blogging adalah salah satu cara untuk aku menyampaikan penadapat aku sebab verbal communication agak sukar bagi aku...
BalasPadam